Tadi AXN main cerita ni.
Wind Chill. Tengok info cambest jek. B yang ajak aku tengok.
Sayang, best ni. Citer
hantu. Jom tengok.
Citer thrill ni memang
makanan kami laki bini la. Tak tau apsal minat sangat citer thriller padahal
dua-dua bukan jenis berani sangat pun. Sekadar minat tengok jek +_+ Citer ni
aku tertarik nak tengok sebab:-
1. Rasa macam pernah
tengok cerita ni dengan arwah abah before. Tapi tak ingat details. So kenalah repeat.
2. Emily Blunt (tapi
citer ni citer 10 tahun dulu, Emily Blunt muda lagi masa ni. Cantik sangat.)
Disebabkan anak-anak dah
tidur dan aku pulak yang tak boleh tidur, nak share lah sikit sinopsis cerita
ni.
Mengisahkan seorang ‘Girl’ ni yang belajar kat universiti nak balik kampung
time cuti Krismas tapi takde transport dan tiket pun semua dah habis. Biro
Perhubungan Luar Pelajar diorang jenis tak buat kerja mungkin. Korang jangan
ingat time raya puasa dan kat Malaysia je masalah macam ni melanda tau. So Girl ni
tengok-tengoklah dekat campus punya ride share board dan decide untuk tumpang
satu ‘Guy’ ni yang sama laluan dengan rumah dia.
|
Haih, sapelah yang aku nak tumpang neh. |
Bila mereka berdua
memulakan perjalanan bersama barulah nampak perbezaan karakter dua watak utama
ni. Girl ni seorang yang dingin, tak banyak cakap dan anti-sosial walaupun
luarannya dia memang cantik giler. Guy pulak lebih caring dan peramah (awek cantik
kot yang tumpang kereta dia). Dalam setengah jam pertama cerita boleh nampak Girl
sangat berwaspada sebab dia tak kenal pun siapa yang dia tumpang. Dahlah dengan
lelaki, Cuma mereka berdua pulak tu.
|
Kalau dah cantik macam ni, tahan je kete sape2 kat tepi jalan. Konfem brenti punyalah. |
Semakin menguatkan syak wasangka apabila
mereka sampai ke satu stesen minyak Girl terdengar pulak Guy tanya arah pada
pekerja kat situ padahal dia bagitau awal-awal tadi dia dah biasa dengan jalan kat
situ. Mereka decide untuk keluar dari lebuh raya utama dan memilih jalan yang
lebih sunyi dan tak selalu dilalui, ‘Route 606’. Guy cakap itu short cut dan tak kira macam mana Girl merayu Guy tetap nak lalu situ.
|
Aduh, dah ajak awek tumpang tapi lupa lak nak kemas kereta. Kacau, kacau! |
Satu kemalangan kecil mengubah
keseluruhan jalan cerita. Kereta mereka terperangkap dalam salji tebal, tingkap
kereta (rosak) tak dapat ditutup rapat menyebabkan angin dingin masuk ke dalam
kereta, laluan yang sunyi dan hari sudah semakin lewat. Nak dijadikan cerita tangki minyak pulak bocor jadi diorang tak dapat gunakan 'heater' maka kesejukanlan diorang.
Bayangkan kalau korang
ialah Girl. Terperangkap dalam situasi macam tu dah cukup teruk, ditambah pula bersama
dengan orang yang tak dikenali. Berdua. Lelaki pulak tu. Seiring perkembangan cerita,
kita akan jadi semakin curiga dengan Guy. Tambahan bila Girl dapat tahu rumah Guy sebenarnya cuma
10 minit dari kampus. Jadi, siapakah Guy? Apa tujuan dia menumpangkan Girl
dalam perjalanan lebih 6 jam? Bagaimana dia tahu Girl perlu ride untuk pulang?
Itu belum lagi masuk part kelibat yang mereka nampak berkeliaran di sekeliling
mereka tapi berlalu pergi macam tu je dan tak endahkan diorang.
|
Guy & Girl |
Bagi aku walaupun Critics
untuk cerita ni kurang bagus dan Box Office ‘rate’nya tak kebabom tapi
ceritanya sangat mendebarkan dan penulis cukup pandai mencuit rasa ingin tahu
kita untuk terus stay hingga ke hujung cerita. Apa yang aku suka ialah
bagaimana relationship Girl dan Guy berkembang dalam masa beberapa jam saja
mereka bersama dalam kereta tu, how they develop their trust towards each
other, dan juga flashback scene untuk reveal apa sebenarnya yang terjadi
kepada kelibat-kelibat yang mereka nampak. Siapa sebenanya mereka dan apa kejadian
yang pernah berlaku di ‘Route 606’ itu dulu. Cewah, banyak pulak persoalan. Oh ya, watak-watak dalam cerita ni semuanya tidak dinamakan. Sebab itu aku panggil diorang Girl & Guy.
Overall bagi aku cerita ni best (yang membuatkan aku ada mood nak menulis) Cuma
ending part sahaja kurang best. Macam cerita Titanic pun ada. Kalau korang berpeluang
tengok, mana tau Astro ulang lagi siaran aku recommend korang untuk tengok.
Best. Kalau ending dia sebaliknya, aku bagi 4 bintang untuk cerita ni. Ya, aku
perempuan. Aku emotional.
RATE: ⭐⭐⭐
P/s: Emily Blunt got
special place in my heart. I’ve start to notice her small role in Devil Wears
Prada and start to admire her act in The Adjustment Bureau alongside Matt
Damon. But I impressed most by her character in The Edge of Tomorrow and start
to become her fan. Looking forward for her many more to come, I believe she’ll be as
good as Meryl Streep. I do.