Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Asam Pedas Ikan Merah

Selamat hari cuti mommies! Cuti-cuti ni jom masak special sikit kasi laki gosok perut. Definisi 'special' bagi orang tak pandai masak macam aku ialah bila kita ada beli ikan yang upgarade sikit dari selar dan selayang, masak selain daripada celur-celur sayur dan cicah budu dan ada lebih dari sejenis lauk. Hihi.
Hari ni aku nak try masak Asam Pedas Johor. Selalunya asam pedas aku versi Terengganu punya. Takde menumis, cuma rebus je ala-ala singgang jugak. Sebab tu ada orang Terengganu panggil asam pedas tu singgang pedas. Ok, back to the point. Ini kali pertama aku masak asam pedas Johor. Resepi pun cilok internet (jujur jek) jadi tak sure original Johor ke tidak resepi ni. Nanti kalau terjumpa balik blog masakan tu aku akan creditkan ke empunya resepi. Resepi ni bagi aku adalah guideline sahaja. Terpulang pada kita untuk ‘improvise’ mengikut selera dan citarasa masing-masing. Tidak ada salahnya dengan resepi itu. Aku pilih versi yang ini pun sebab dalam banyak-banyak resepi asam pedas ini yang paling simple.
Ini kali pertama aku jadi rasanya belum sempurna. Kena buat beberapa kali lagi untuk bagi expert. Tapi takde complaint dari mama dan B dah ok dah pada aku. =) Ok jom tengok resepi.

Bahan A (Blend)
·        Setengah genggam cili kering

Bahan B (Blend)
·        5 ulas bawang putih
·       3 ulas bawang merah
·        2cm halia
·        2cm kunyit

p/s: tak ada gambar sebab tiba-tiba nenek dah ambil pergi blend semua. Niatnya nak menolong. Dah susun elok-elok tak sempat snap. Wuwuuuu.

Bahan-Bahan lain
·        3 potong ikan merah
·        Bunga kantan - belah dua
·        Serai - dititik
·        Segenggam daun kesum
·        5 @ 6 batang bendi
·        Sebiji tomato - belah empat
·        Sedikit asam jawa
·        Air
·        Garam, gula dan perasa


Cara Penyediaan
1. Tumis cili kering sampai pecah minyak (Tips: Rebus dulu cili kering, blend, dan tumis sangat lama).
2. Masukkah bahan blend B dan tumis lagi sampai naik bau.
3. Masukkan air asam jawa (Tip: bancuh pekat-pekat dan tapis biji)
4. Masukkan bunga kantan, serai, bendi & daun kesum. Tambah sedikit air.
5. Apabila mendidih, masukkan bahan perasa.
6. Akhir sekali barulah masukkan ikan dan tomato (Tips: selepas masukkan ikan, jangan kacau lagi kuahnya takut ikan dan tomato hancur).

Macam yang aku cakap tadi, ini kali pertama aku masak lauk ni. Aku sendiri belum berpuas hati. Kena buat beberapa kali lagi dan cuba improvise sana-sini but overall ok lah, ada rasa asam pedas. Huhu. Yang menjadikan asam pedas ni menarik ialah bahan-bahan tambahan kat dalam macam tomato, bendi, bunga kantan, serai & daun kesum. Membangkitkan bau dan rasa masakan.
Nenek rajin tolong gorengkan telur dadar. Ada dua lauk cukuplah untuk kami bertiga. Tak baik membazir.
P/s: Ikan merah cari di pasar pagi semalam. Rm26/kg =)

Next week nak try Siakap Tiga rasa pulak.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol