Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Doa Apabila Marah

Assalamualaikum mommies.
Kami (read:aku dan along) masa kecil memang kuat bergaduh. Langsung tak boleh ditinggalkan berdua, nak bercakaran saje. Padahal masa tu kami berdua aje yang ada pun. Bila main sama-sama baiknya 5 minit je, ada je benda yang nak direbutkan, ada je yang duk start usik-usik dulu ke, sorok barang ke, ketuk kepala, tarik rambut, siap 'wrestling' lagi atas katil tahu. Haa, begitulah dahsyatnya kami dulu-dulu. Bila masa tengah berbaik tu baik sangatlah pulak.
Arwah abah selalu nasihatkan kami. 
Waktu bersama ni sangat sekejap. Tanpa kamu sedar, kamu mula berjauhan. Mula-mula berpisah masa masuk asrama, lepas tu masuk universiti, kemudian kena berjauhan sebab kerja dan akhirnya kahwin dak bawak haluan masing-masing. Kamu akan ikut suami kamu masing-masing, tinggal dengan keluarga kamu. Along dengan adik tak boleh duduk dengan abah lagi. Masa yang dah pergi, kita tak boleh panggil kembali. Masa tu macam mana along dengan adik rindu satu sama lain, nak main sama-sama, nak tinggal bersama kamu takkan dapat lagi. Sebab tu masa bersama kena hargai.
 Macam tu lah cara abah. Walaupun kami budak lagi tapi nasihat dia memang 'hardcore'. Tembus ke jantung terus. Lagi satu abah ajar kami doa menghilangkan rasa marah ni. Kami hafal dan amalkan. Abah pesan, bila rasa marah terus baca. Baca dan baca lagi sampai hilang rasa marah tu. Aku dah lupa berkesan ke tak doa ni masa aku kecik dulu, hihihi. Yelah, budak-budak tau baca je, bukan menghayati pun. Seingat aku, aku mula rapat dengan along start sekolah menengah. Memang sangat close, simpan rahsia masing-masing dan sanggup berkorban apa saja demi satu sama lain. Masa along masuk matrikulasi, bila along balik bermalam (aku dah Form 4 masa tu), kami tidur sambil pegang tangan T_T
Aku google ayat ni tadi dan jumpa. Aku share di sini semoga bermanfaat untuk korang.
Pic Source
Zaman kami mula berbaik, aku dah kurang amalkan doa ni sebab tak ada benda nak dimarahkan sangat. Hehe. Aku bukan budak nakal, jarang kena marah dengan mama abah. Di sekolah kawan-kawan ok, cikgu ok. Di universiti dan tempat kerja pun 95% ok. Jarang datang perasaan nak marah. 
Tapi semenjak dua menjak dah beranak empat ni, aku dah pandai baran. KEPENATAN punca utama. Habis semua orang kena marah. Anak-anak, mama, laki, adik, pendek kata semua orang yang ada dalam rumah tu. Last sekali, aku akan marah kat diri sendiri. Dah kenapalah kau lepaskan marah dekat orang yang tak ada kena-mengena tu.
Anak-anak bukannya faham.
Suami penat berkerja juga.
Mama pun penat tolong jaga rumah dan anak.
Adik pulak cuma balik sekali-sekala.
Masa dalam kecelaruan inilah teringat balik kat doa yang abah ajar ni. Dua tiga hari ni dah rasa banyak beza pada diri sendiri. Masa anak sedang tantrum pun aku bacakan. Tiup kat ubun-ubun. Semoga ada keberkatan walau sedikit.
P/s: Di zaman semua benda nak viral, keyboard warrior dan segala macam kecanggihan aplikasi dan media sosial ni, semua orang duk gigih provok satu sama lain. Sampai habis ustaz dan ulama pun kena maki kena carut sekali. Eloklah korang amal doa ni bagi sejuk sikit hati tu.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol