Assalamualaikum mommies.
Nampak macam baik je dua beradik ni kan. Padahal hari-hari kalau tak bergaduh tak sah. Berebut mainan, berebut makanan, berebut nak naik atas riba and the list go on. Kadang-kadang kalau tak sabar, memang naik angin jugak dibuatnya.
My boy and my girl, walaupun zuriat dari ibu bapa yang sama dan dikandung oleh rahim yang sama, perangai mereka sangat-sangatlah berbeza. Aku masih cuba mengenal peribadi diorang dan sangat seronok setiap hari kita akan recognize benda-benda baru. Aku selalu rasa Adam dengan Aisya macam bertukar perwatakan. Sikap Adam tu macam tak sesuai dengan budak lelaki. Manja dan pemalu. Aisya pulak terlebih lasak dan lepas laku. Hish, anak dara sorang nih.
Bukannya aku cuba membandingkan anak-anak (sebab tiada yang kurang di mata aku), cuma seronok tengok betapa berbezanya sikap diorang walaupun mereka adik-beradik kandung. Adam lebih manja dan insecure sikit. Kalau tengok tv, nampak adiknya terkedek-kedek nak naik atas riba cepat-cepat dia pintas dulu, naik atas riba. Makanya, bila tengok tv aku akan riba Adam, Aisya duduk sebelah padahal Aisya tu adik. Hehehe. Tapi Aisya rilex je tak nangis. Lagi satu kalau Adam tengok tv mesti ada orang temankan, tak boleh sorang-sorang. Kalau tetiba dia sedar, 'eh! takde orang' dia akan merayau masuk bilik aku, bilik nenek, masuk dapur pastu heret je tangan siapa-siapa yang dia jumpa jak duduk depan tv sama-sama dengan dia. Kalau tak jumpa, dia akan ketuk pintu bilik ateh "kum....kum...kum...." panggil ateh suruh keluar.
P/s: Kum maknanya Assalamualaikum versi pelat Adam.
Gambar yang aku ambik ni, semua gambar dia tengah baring atas riba aku dekat depan tv. Aku akan riba dia sampai dia tidur. Kalau dari pukul 9 start duduk camni, maknanya hampir 3 jam aku riba dia (dulu Adam dengan arwah aki pun macam ni). Kalau pukul 12, pukul 12 lah. Kalau pukul 1 pagi pun, pukul 1 lah. Aku takkan pernah refuse request dia sebab tiap-tiap hari 8 jam aku berhutang masa dengan anak-anak. Ni bila bangun, dah macam tak ada kaki sebelah sebab kebas. Bila Adam macam ni, bersyukur sangat ada mama tolong tengok-tengokkan dan layankan Aisya. Bila Adam tidur, barulah giliran Aisya pulak nak cuddle.
That’s why aku cakap Adam ni jenis yang manja, Aisya pulak
lebih independent. Kalau bab-bab makan pulak, Adam memang sangat teliti. He’ll
make sure setiap bnda yang disuap ke mulut tu dia kena tengok dulu rupa makanan
tu. Dia takkan simply bukak mulut camtu jek. Even, kalau benda dah masuk mulut,
dia akan luahkan balik, tengok dulu kalau dia rasa nak makan baru dia makan.
Kalau tak dia akan letak makanan tu atas tangan aku. Kalau Aisya, heh aku nak
cerita pun payah. Kalau nak cakap tolak batu dengan kayu je pun masih tak
tepat. Sebab aku pernah je korek-korek dalam mulut dia, nah kau. Batu kerikil
dikunyahnya. Dia pantang nampak orang makan apa pun dia akan mintak. Nak!!
Nak!! Pastu bukak mulut besar-besar, bila orang suapkan, senyum lebar jek.
Happy.
|
Ye, sayelah budak yang sentiasa happy tu. |
Dari segi emosinya, Adam lebih mudah having mood swing
especially kalau tak dapat apa dia nak. Dia cenderung untuk jadi dramatik.
Menangisnya payah dipujuk. Merajuknya lama. Aisya pulak selalu ceria dan
menceriakan suasana. Kalau buat pape pun selalu nak tarik perhatian orang, nak
buat orang senyum dengan keletah dia. Kalau dia rasa dapat achieve something,
contohnya bila orang suruh kiss kat pipi then dia kiss, bila orang gelak-gelak,
cakap yay!!! immediately Aisya akan tersengih-sengih tepuk tangan. Bila orang
suruh bilang 1….2…3….semua orang tepuk tangan, dia akan tunjuk ekspresi yang
hepi giler. Adam memang sangat lembut hati. Kalau kita tinggi suara sikit pun
dah menangis. Aisya pulak setakat jatuh sikit-sikit tu selamba dek aje. Lasak dan
keras hati betul anak dara sorang ni. Kadang-kadang orang suka compare Adam dan
Aisya. Aku dah biasa dengar komen-komen macam “Aisya ni sengih sokmo (selalu
senyum), abang masam catum (masam muka)”. Takpun camni “payah betul nak tengok
budak Adam ni senyum. Mahal betul senyumnye”. Padahal aku je tahu manjanya Adam
ni bila dia berdua dengan aku je. Aku je tahu betapa manisnya senyuman Adam =)
|
Saye boleh senyumlah. saje jek malas! |
Sekarang nak cerita pasal fokus. Kalau korang nak tau (famili aku semua dah sedia maklum sangat), Adam ni sebijik perangai aku. Kalau dia
tengah tengok tv, Upin Ipin ke, Ultraman ke, tengah conteng buku ke, ko
panggillah seratus kali pun memang takkan paling kepala punya. Khusyuk sangat. Aisya
pulak, pantang dengar bunyi sikit, terus bergegas nak cari. Dia sangat peka
keadaan sekeliling. Lagi, apa ye? Ha! Adam ni, kalau nak tidur dia sangat
proper. Mesti nak botol susu, nak bantal busuk, mesti baring atas tilam kekabu dia
sendiri. Dah complete semua baru boleh baring. Aisya? Sumbat jari dalam mulut,
baring saja mana yang boleh. Beres.
They are so different. Agaknya sebab tulah Adam suka sangat buli
Aisya. Dia lagi prefer cium Arissa dari Aisya. But I understand him completely.
Adam tak nampak baby Arissa macam competitor. Arissa 24 jam dengan umminya plus
Arissa baru 2 bulan setengah, belum pandai duduk, belum pandai cakap, berebut
mainan. Sebab tu Adam saying Arissa. Kalau Nampak je Arissa atas tilam
sorang-sorang, Adam akan datang kiss pipi dia. Tak kiralah orang suruh atau
tidak. Lain kisahnya dengan Aisya. Aisya memang pesaing tegar. Apa yang abang
main, itulah yang dia nak. Dan Aisya jugak orang yang merebut attention aku, B
dan nenek dari Adam. Sebab tu bila nampak je adik merangkak nak naik atas riba
aku, cepat-cepat dia pintas dulu. Macam aku cerita awal-awal tadi, Adam duduk
atas riba, Aisya lepak kat sebelah jek. Huhu.
|
I kat mana-mana pun boleh. |
Dulu, masa aku cuma ada Adam sorang (Aisya belum lahir
lagi), aku selalu rasa yang Adam is totally my reflection. Manja, kuat merajuk,
dramatic dan choosy kalau bab makan. I always felt that “Adam, you are mini me.”
Now that I have both Adam and Aisya, I feel like Aisya potray me more.
Independent dan agak keras hati. Adam lebih soft, sentimental, manja dan
penyayang macam abah dia. Hihihi.
Sometimes we got to understand that certain children’s behaviour
is not their permanent character. Ianya hanyalah satu fasa dalam dunia bayi
mereka. Anak aku, 2 tahun dan sebelas bulan. Mudah untuk aku perasan perubahan
sikap mereka yang bermusim dan bergilir-gilir. Contohnya; dulu Adam yang selalu
menangis nak ikut aku pergi kerja tapi sekarang Adam dah ok, siap boleh salam
dan lambai-lambai tangan. Aisya pulak yang meraung nak ikut. Dulu, Adam selalu
mengamuk tak nak keluar bilik air lepas mandi, tak puas main air. Sekarang,
tutup je shower, dia terus hulur tangan nak keluar dari bath tub. Aisya pulak
yang menagis tiap kali siap mandi. But no worries. Aku tau tak lama lagi, sama macam
Adam she will recover from this phase.
But my biggest lesson is, tiap-tiap anak adalah tak sama karakter diorang. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan dengan cara mereka sendiri. Adalah salah untuk membandingkan dan melebih-lebihkan satu anak dari anak yang lain. Apapun sikap mereka, mereka tetap paling istimewa di mata kita.
|
"Sape kata Adam tak cayang adik? Adam cayanglah mama." |