Mini Cooper Adam

Assalamualaikum mommies. 
Masih ingat lagi my Abang Adam punya birthday bulan 3 ritu? Ni LINK masa kami celebrate birthday Adam. Dalam entri sebelum ni aku pun dah pernah cerita hadiah yang aku plan nak bagi kat Adam kan. LINK. Boleh dikatakan planning aku menjadi kenyataan sebab kami dapat rezeki lebih sikit bulan 4 ni. Abah Adam dapat bonus. Jadi merasalah jugak abang Adam hadiah birthday idamannya. Eh, ke idaman mamanya? Eh, konpius aku.
Kami bawak jugak Adam pergi kedai Smart Hobby tu. Manalah tau kot-kot dia ada pilihan dia sendiri. Tapi Adam demam malam tu. Tak bersemangat sangat. Bila letak dalam kete suruh test drive, buat dek je. Tak larat sangat agaknya malam tu.
Ni Adam dengan Mini Coop baru dia. Amboih, anak ada Mini Coop. Mama kau nih naik kete ape jek Adam. Nasib baik Adam baik hati, tak kisah adik naik sekali. Inilah Adam yang behave. Very good boy, dia tak kedekut sanagt barang-barang dia. Tapi dia paling seronok kalau time Ummar & Faris datang. Dapat kejar Faris dari luar kereta pun tak pe. Asalkan dapat main ramai-ramai. Faris bawak kereta, Adam dengan Ummar tukang kejar. Hahahah.
Asalnya masa beli tu aku macam lebih minat Audi, sebab sporty, warna putih jugak dan boleh bukak pintu kiri kanan. Macam kereta betul. Bentuk pun lawa. Harga pun sama jek. Tapi nampak macam kereta perempuan dan kurang lasak. B pulak minat Jeep. Besar dan teguh. Tapi mahal sangat sampai RM600 macam terlebih bajet pulak. Agak-agaklah kan nak manjakan anaknye pun. 
So, setel dah hadiah Adam. Next, nak kena pikir hadiah Aisya pulak. Hadoih. Botak kepala mama cenni. Yang ni pun nasib baik abah yang sponsor. Hihihi.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol