Aisya Nak Ikut Mama Pergi Work

1st time Aisya menangis nak ikut pergi kerja hari ni. Sebelum-sebelum ni bila mama nak pergi kerja elok je babai, senyum, cium pipi, tunggu depan pintu dengan nenek sampai kereta mama pergi. Hari ni, dah start pe'el baru. Start dari moment dia tengok aku sarungkan tudung lagi dia dah hulur tangan suruh dukung. Aku pujuk, dukung dan peluk dia lama-lama. Tak jalan jugak. Bawak masuk kereta kejap, pasang air-cond, layankan sekejap. Pun tak jalan jugak. Kalau ikut aku punya past experience dengan Adam, memang pada satu masa, fasa menangis nak ikut pergi kerja ni akan tiba juga. Dan inilah fasa yang paling memeritkan.
Note: Adam dah 2 tahun sekarang dan memang dah tak hirau langsung kalau mama dia nak keluar rumah pergi kerja.
Kenapa aku cakap memeritkan? Pertama. Sebab korang kena pandang anak yang menangis, dan nak tak nak korang still kena tinggalkan jugak sebab tanggungjawab. Mama ni makan gaji sayang. Itupun mama dah tolerate masuk 15-20 minit lambat sebab layankan karenah anak-anak. Tak sampai hati nak tinggalkan kalau anak tengah menangis, hulur tangan dengan penuh berharap nak ikut. Memang mama pulak yang menangis dalam kereta jawabnya. Kalau tak kuat iman, memang apply half day lah hari tu. Tapi ko mampu nak half day tiap-tiap kali anak menangis nak ikut pergi kerja? Annual leave bukannya ada banyak pun. Dan masa yang terlambat tu, tak tahulah macam mana mama nak justify 10-15 minit tu di depan Allah nanti. Yang terbaik mama boleh buat ialah, mama balik lambat sikit untuk gantikan masa yang masuk lambat tadi. Semoga Allah terima mama punya reasoning.
Kedua. Sepanjang masa korang di office tu kepala akan terbayang muka anak je. Macam terdengar-dengar suara anak menangis. Lain sangat emosinya bila tinggalkan anak yang sedang happy-happy main dengan anak yang sedang menangis. Sebab tu aku lagi prefer pujuk bagi dia diam sebelum keluar. Kalau tak, memang sepanjang hari tak dapat fokus kerja. Rasa resah teringatkan anak. Tapi budak-budak ni memang camtulah pe'elnya, kalau dah namanya nak ikut, selagi tak dapat apa yang dia nak selagi tulah dia teriak.
Sabarlah sayang, mana tau nanti perniagaan mama, ibu dan umi tetiba boom (rezeki itu milik Allah), kami jadi jutawan muda mama tak payah nak tinggalkan anak-anak pergi kerja dah. 24jam cuddle dengan baby2 mama 2 orang nih. Huhu (hati yang penuh pengharapan sebenarnya).
When baby's not happy, ain't nobody happy! Ada faham??


No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol