Ahli Keluarga Baru (Khadeeja Azalea)

Baru balik dari Al-Farabi, Kuantan (Hospital Pakar MUIP). Nengok sepupu baru kami. Anak keempat ude dengan umi. Semua anak ude dengan umi sangat signifikan bagi aku. Semuanya ada cerita masing-masing yang related dengan family aku. But one thing for sure, anak-anak ude rapat dengan kami sebab kami sendiri memang manja dan rapat dengan family ude. Dah nama pun bapak saudara yang bongsu, jarak umur pun tak jauh. 
Masa anak sulung dulu, Irfan Syahmi semua memang tertunggu-tunggu. Sebab anak ude dan umi yang first kan. Rasa excited macam nak dapat adik baru, bukan sepupu. Lepas tu 3 bulan kemudian Izzah (adik bongsu aku) lahir. Jarak umur Izzah dengan ateh 12 tahun. Memang tak sangka langsung nak dapat adik baru. Jadi, diorang berdua ni membesar bersama-sama. Ingat lagi bila along dapat study loan dia akan belikan baju Izzah, dan belikan baju Syahmi jugak. Beli jam Kiko untuk adik, belikan untuk Syahmi jugak.
Izzah sebenarnya muda 3 bulan. Tapi tengoklah size dia. Hahahah.
Wah.....Sila panggung kau ya??
Ude aku. Tengok tu. Dahlah dia tumpang abah orang, dia pulak nak conquer sorang-sorang.
<Syahmi>"Apa hal dia ni?"
Next baby, Nur Khaleesa Nadiah. Masa tu baru putus cinta. Ingat lagi bila tengok baby Khaleesa, terasa macam putus harapan dah nak berkeluarga dan ada baby sendiri yang comel cenggini. Yelah, nak kawen apanya dah calon pun takde. Sampai menitik air mata masa tengok baby tu. Hah, drama kau! Umie pulak siap sound lagi
cari pakwe yang umur tua sikit. Jangan carik yang sama umur. Tak matang.
Tapi at last, aku tak dengar pun cakap umie. Aku kawen dengan yang orang sama umur dengan aku jugak. Hahahah. Bangsa degil!
Khaleesa & me. Gambar lama sangat dah ni.
3rd baby, Nur Khairin Nadhirah. Si manja sorang ni. Tak boleh berenggang langsung dengan umie aku. Yang ni pun kes dia lebih kurang sama macam Syahmi. Syahmi sebaya dengan maksu Izzah. Baby Erin pulak sebaya dengan anak along yang first, Faris. Khairin lahir bulan 6, Faris bulan 7. Bila dah sebaya tu, banyak jugak kami ambil gambar bebudak ni berdua. Lagi satu yang kami akan ingat sampai bila-bila ialah Erin ni masa dia masih baby, dia sangat bambam. Sampai kami panggil baby Michelin.
Sebelah kiri tu Faris. Sebelah kanan Khairin. 
Khairin with me. Hahahah, tengok tang peha yang semangat tu. Sama cam maskot Michelin tu kan. 
Ni aku share gambar dengan bebudak ni.
We all memang close. Umur ude aku cuma beza 10 tahun dengan aku. Kalau dengan along 8 tahun jek. Kadang-kadang tak rasa macam ayah, rasa macam abang sulung. Sebab tu kami manja dengan ude. Anak-anak dia pun tak rasa macam sepupu tapi ibarat anak-anak kami pulak disebabkan faktor umur yang agak jauh.
Last but not least....
.
.
.
.
.
.
.
TADAAA!!!
Welcome to our family Nur Khadeeja Azalea Bt. Mohd Nasir. Comey dok? Comey dok? Kalau dah namanya baby, mana ada yang tak comel kan =) Selepas 3 bulan (baby Arissa lahir bulan 1), dapat cium bau syurga lagi. Hah, lepas ni turn siapa lagi nak beranak? Cepat, cepat!!

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol