Kami Sepupu

Assalamualaikum mommies.
Semalam along sekeluarga balik Kemaman. Biasanya kalau balik tu diorang akan terus balik rumah mertua along dan esoknya tu baru along akan datang lepak dekat rumah. Tapi kali ni tak taulah, mungkin abang long nak bagi peluang along lepak dengan kami lama sikit kot. Anak-anak pun seronok boleh main sama-sama. Seronok tengok Adam happy bila Ammar & Ummar balik Kemaman. Kesian dia, biasanya dia main sorang-sorang tak ada kawan.
Alkisahnya, aku dah siap mandikan bebudak bertiga ni. P/s: sekarang musim panas, jadi memang kami tak pakaikan anak-anak baju tidur yang lengan panjang sebab sekejap je akan berpeluh dan naik ruam. Pastu tergaruk-garuk.
Bila dah siap kami biarkanlah diorang main sama-sama, aku masuk bilik jap. Rancangnya nak mandi. Tapi baru tak sampai 10 minit masuk bilik dah dengar kecoh-kecoh kat luar. Ingatkan bergaduh. Cepat-cepat aku keluar pergi check. Takut kena gigit ke, apa ke. 
Tengok-tengok.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TADAAAA!!!!
Dah siap bersalut tepung anak aku. Rupa-rupanya budak bertiga ni duk kerjakan bedak Anakku Adam dan Aisya. Diorang bergilir-gilir make up. Ammar dan Adam bedakkan Ummar, pastu Ummar dengan Ammar bedakkan Adam, last Adam dengan Ummar pulak tonyoh muka Ammar.
Dan hasilnya, wah sangat superb! Setengah botol bedak habis. Dan bebudak bertiga ni dah transform jadi 3 meow.
Hehehe. Tengoklah diorang ni. Gambar ni dapat banyak sangat like kat FB bila kau share. Kelakar. Tapi, ramai orang comment Ammar dengan Adam je yang buat muka bersalah. Ummar selamba dekk aje. 
Pic source
Hah, tengok ni. Sama tak?
Aip! Anak dara sorang ni apa cerita pulak?
Jangan salah faham ye. Yang ni memang pantang lepa dengan bedak. Takpayah tunggu abang-abang balik dari KL, dia sorang-sorang pun boleh buat kerja. Memang akan jadi tepung gomak camni. Muka dahlah bulat. Sebijik macam kueh. Heh.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol