Berzumba Di Rumah

Wah, wah. Sekarang dah pandai zumba pulak. Sebenarnyakan this is my very first time. Hehe. Orang lain dah start berkurun dulu. Aku jek yang baru nak mula.
Kisahnya begini. Adik aku ateh, dia memang ada group zumba dia sendiri. Coachnya seorang cikgu sekolah. Dia buat dekat rumah dia sendiri jek sebab suaminya kerja offshore. Jarang ada kat rumah. Memang syoklah kan, takdelah malu sangat nak goyang-goyang kat tempat tertutup camtu. Bolehlah bukak tudung. Peserta pun tak ramai. 
Fee: RM5.00/session. Duration: 1 hour/session
Hah, korang rasa berbaloi tak? Meh aku nak citer betapa berbaloinya buat exercise ni. Adik aku sebelum ni menunggu agak lama sebelum pregnant with her first child. Dekat dua tahun juga rasanya. Doktor cakap tak ada masalah pape pun cuma doktor recommend untuk kurangkan berat badan sikit. Sebagai alternatif nak kurangkan berat badan, selain jaga makan (sebab adik aku ni memang bukan jenis makan banyak pun), dia attend kelas zumba yang aku cerita kat atas tadi.
Dia punya nekad nak kurus, dia bantai sampai 3-4 sesi seminggu dan hasilnya, dalam masa 2 bulan je, berat dia kurang 10kg. Lepas tu dia mengandungkan Arissa. Alhamdulillah.
Memanglah rezeki dapat anak ni Allah yang tentukan. Basic thing yang semua orang tahu. Cumanya, kena jugak ada ikhtiar dari pihak kita kan. Doa lagi satu hal. Bila dah mengandung terus ateh stop aktiviti zumba dia. 
Ada jugak yang cakap kat aku, dah kurus nak zumba apenye lagi? Eh, jangan ingat orang kurus nis sihat tau. Ada je orang yang kurus tapi tahap kolesterolnya tinggi. Pastu siap ada diabetes bagai. Aku zumba bukan sebab nak kurus, sebab nak sihat. Ehee.
Baru-baru ni ateh bagitau aku yang group zumba diorang nak aktif semula tapi takde lokasi yang sesuai. Suami cikgu dah tak kerja offshore lagi, tak sedaplah nak buat kat ruma dia masa suami dia ada kan. So, ateh tanya aku tak nak ke offer rumah kami yang tak seberapa ni jadi tempat zumba? Opkos la aku tak boleh setuju macam tu jek. Rumah ni laki aku yang membayornye, bukan aku. Jadi kena mintak izin B dulu. Alhamdulillah, B mengizinkan dengan syarat zumba tu mestilah pada hari B kerja siang, maksudnya masa dia tak ada kat rumah.
Ok, fine. Makanya petang tadi setelah dipersetujui oleh semua ahli group zumba kami, ecece, maka aktiviti berzumba ni pun diadakan dekat rumah aku. Kami kosongkan ruang depan dan joget kat situ. Kami mula pukul 5.30 petang sampai 6.30 petang sebab aku pun nak join sekali lepas balik kerja. Sampai jek rumah petang tadi terus tukar track-suit, pakai stoking dan join sekali. Nampak je senang tau. Dia punya berpeluh macam tak hengat. Segar badan rasanya. Dah lama tak keluar peluh banyak cenggini. Mana taknye, aku zumba sambil dukung Aisya. Boleh pulak dia takut nak duduk bawah sebab tengok ramai orang kat rumah, plus pasang lagu kuat-kuat. Ramai jugak yang datang tadi, sekali dengan tuan rumah (aku, ateh dan mama) adalah jugak lebih sepuluh orang. Kira ramailah tu kan. Sebab buat kat rumah, bukan kat Padang Astaka.
Secara keseluruhannya, agak berjayalah even kami tadi. Cuma mama je slack pergi bancuh air teh o panas kat para peserta tadi. Dah bakar kalori, tambah kalori pulak minum manis-manis. Patut tadi minum air masak je tau. Ok, next session cikgu nak buat lagu Goyang Dumang pulak. Ewaahhh!!!
P/s: Disebabkan semua pesertanya tak menutup aurat dengan lengkap + berpeluh-peluh, jadi tak dapatlah nak tempek gambar kat sini. Sekian.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol