Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

7ujuh

 Assalamualaikum mommies.
Jangan terkejut pulak tengok gambar mommy besar gedabak kat sini. Ni gambar pagi tadi waktu pergi Lynas Public Hearing. Awalnya venue ditetapkan ialah di Bukit Gambang Resort City tapi kemudiannya ditukar ke Sri Manja Boutique Hotel, Indera Mahkota. Nanti kita cerita panjang lebar pasal Public Hearing ni ye sebab ni entri movie review, hihi. Nak dijadikan cerita, hubby kebetulan bercuti jadi angkutlah dia sekali menemankan (padahal nak suruh jadi drebar je, oppss).
BASF di German, Lynas di Australia. Di Gebeng Kuantan bertemu jua. 
Nampak tak excited laki kita tu. Support solidarity for Lynas. Event tu habis dalam pukul 1 lebih juga. Memandangkan kami ni payah benar nak ada ruang keluar berdua, jarang-jarang sekali bila ada peluang macam ni memang takkan dilepaskan. Habis je event terus gerak ke Kuantan.
Lunch + Date.
Lepas siap makan, masa tu awal lagi baru pukul 4 lebih so survey-survey movie best yang NOW SHOWING. Aku yang excited lebih nak tengok movie sebab dekat Kuantan City Mall ada big screen. Kami tak pernah masuk lagi. Cerita yang kami nak tengok semua ditayangkan malam. Cuma ada The Grinch (citer katun) dan cerita Melayu 7UJUH. Bolehlah, kata nak support industri filem Melayu gitew.
Tengok dari poster tu nampak macam boleh tahan best kot cerita ni. Pelakon pun ramai jugak yang kenal; Marsha, Pekin, Cristina Suzanne, Aeril Zafril, Faizal Hussin dan ramai lagilah yang ada nama. Yang tak kenal pun ada jugak. Ni sisnopsis cerita ni ye. Copy paste from Wikipedia sebab malas nak taip (sejenis blogger pemalas).
Pada tahun 70an, tujuh rakan sedang dalam cuti semester telah bercuti di sebuah banglo mewah yang terletak di pedalaman, yang mana ia dijaga oleh ketua kampung dan anak perempuannya Suri. Mereka telah mengadakan parti dan meminta Suri untuk tinggal membantu mereka membersihkan rumah tetapi parti itu bertukar menjadi liar dan Suri telah dirogol. Dia kemudian telah membunuh diri dan menyumpah mereka yang dia akan menghantui mereka. Mereka pada mula tidak hairan, namun apabila mereka terperangkap di rumah itu dan seorang demi seorang mati, mereka perlu mencari jalan untuk melarikan diri dari sumpahan itu. 
Sumber: google

MOVIE REVIEW

Spoiler alert!!
Jujurnya, bila aku keluar dari panggung, 70 peratus perasaan aku macam Wow! Dah lama tak rasa puas macam ni bila tengok cerita hantu. Last cerita hantu yang aku rasa yang mampu mengagumkan aku ialah Jangan Pandang Belakang dan Khurafat aje. 30 peratus lagi aku rasa filem ni boleh dicantikkan lagi kalau beberapa aspek diambil berat. Jujurnya banyak yang boleh dipuji dalam cerita ini. Mekap dan efek digital superb. Nampak real bila Suri (Marsha) bertukar jadi hantu dan waktu Tina (Siti Saleha) kerasukan sampai mati.
Lakonan Wan Hanafi Su, as usual tidak sesekali mengecewakan. Superb dalam selamba. Memang nampak macam betul-betul Tok Batin dari kampung orang asli. Kita dapat rasa kemarahan dan sedihnya dia bila Suri hilang, dan dapat lihat dendam yang meluap-luap tapi takdelah sampai kena mata terbeliak, mengamuk tepuk-tepuk dada bagai macam sinetron Indon tu. Pandangan mata pun dah cukup untuk menzahirkan perasaan dendam Tok Batin pada budak-budak bertujuh ni.
Marsha should be given credit for her superb acting in this movie. Awalnya bila watak  Suri dibawa oleh Marsha aku fikir ia akan menjadi ulangan watak dia dalam cerita Laga. Tayang muka yang cantik, watak menggoda dan berkemban sampai habis cerita. Tapi tidak. Suri adalah anak Orang Asli yang naif dan manis. Malah aku sangat kagum dengan pembawaan Suri oleh Marsha. She’s amazing. Almost as good as Umie Aida in Dukun. Scene ketika dia bersumpah 7 jiwa tidak akan selamat, memang terasa meremang bulu roma. Sayangnya scene ini dirosakkan dengan penghayatan yang tak seberapa dari budak bertujuh tadi, kecuali Sam (Johan As’ari) yang betul-betul nampak terkejut dan bingung kenapa Suri membunuh diri. Cuma entah kenapa dialek percakapan Marsha tak macam orang Asli tapi macam orang Sabah. Mungkin kena berguru lagi dengan Wan Hanafi Su. Dialek orang asli dia sangat meyakinkan. Agak canggung di situ. Ayah cakap macam Orang Asli, anak macam orang Sabah.
Beberapa part yang tak berapa sedap kat mata aku (baca: untuk penambahbaikan) ialah klise. Selepas 7ujuh watak disumpah Suri, kita terus boleh agak jalan cerita seterusnya. Konfem! Seorang demi seorang akan mati. Sampailah habis ketujuh-tujuhnya. Pelakon yang paling tak femes, itulah orangnya yang akan mati dulu, hihi. Standard filem Melayu. Nasib baiklah cara matinya cukup mendebarkan, boleh tahan kejam jugak. Tapi tak bolehlah nak kejam sangat macam filem Saw tu, nanti tak lepas untuk tayangan pulak kan.
Filem ini berlatar masa tahun 70an. Mula-mula aku tengok apa ke pelik sangat fesyen theyolls ni? Tapi bila diorang start mention Led Zeppelin, artis-artis tahun 70an tu barulah faham, owh ok ini bukan cerita zaman sekarang. Tapi perlukah watak lelaki pakai wig yang menyemakkan tu. Sampai habis cerita aku rasa terganggu dengan wig diorang. Dah buruk bebenor rupa sensorang. Kelakar pun ada. Kalau Shaheizy Sam boleh menguruskan badan secara drastik demi Pinjamkan Hatiku, tak boleh ke pelakon ni semua simpan rambut panjang 2, 3 bulan demi 7ujuh ni. At least nampak real sikit.
Setiap watak ada kesalahan masing-masing yang dilakukan terhadap Suri. Sebab tulah Suri berdendam dan seterusnya menuntut nyawa mereka. When the story plot get boring (sebab kau dah tau lepas ni diorang semua akan mati), part saspens yang tinggal cumalah untuk tahu apa kesalahan yang setiap watak dah buat pada Suri. Terutamanya Yasmin (Cristina Suzanne) yang merupakan watak yang agak terkemudian mati. Agak kecewa bila dosa mereka di’reveal’, alahai kecik je pun kesalahannya tapi kena bayar dengan nyawa. Aku harap penulis lebih kreatif dan dapat fikir penganiayaan yang berbeza setiap watak lakukan terhadap Suri. Contohnya Ilyas (Aeril) dan Emma (Dee Dee Nash) sama-sama tahu apa terjadi pada Suri tapi bertindak merahsiakan. Tapi diorang tak buat apa-apa pada Suri. Macam tak adil bila diorang mati teruk giler. Tina, Sam, Mus & Ray. Yes, they get wat they deserve. Yasmin pula, bila dia mengaku kesalahan dia mencabar Tina untuk menggoda Suri, kita akan rasa alahai itu saja ke kesalahan dia. Lebih kepada kesilapan dan terlepas cakap sahaja. Jadi, bila scene dia mati instead of rasa puas aku rasa kesian pulak.
Beberapa perkara kecil lain yang aku rasa pengarah/penulis/production team terlepas pandang ialah:-
      1.     Apa rasional watak Inspektor Azmi yang sekadar datang menyoal kemudian balik. Datang lagi kemudian balik. Walaupun jelas ada sesuatu yang tak kena dengan budak bertujuh itu tapi dia nampak tak curiga langsung. Sudahlah mereka suspek utama. Mereka yang paling akhir melihat Suri. Last part, barulah Inspektor datang membantu Yasmin tapi watak itu tak memerlukan kaliber sehebat Faizal pun untuk merealisasikannya.
        2.     Lepas sekali cubaan keluar dari kawasan itu gagal, mereka bertujuh tak terfikir pun untuk follow Inspektor keluar dari situ. Macam mana Inspektor datang ke banglo tu? Ada laluan lain ke? Clearly Inspektor bebas datang dan pergi tanpa halangan.
3.     Apa mereka buat dengan mayat Ema? Lepas nampak kawan mati semua pakat keluar bilik. Turunkanlah mayat tu kot iye pun. Kawan kau kot tu. Korang budak kolej bukan budak sekolah rendah.
          4.     Dah ada kawan mati secara misteri pun ada lagi selera nak tidur. Siap tidur sorang-sorang lagi tu.
5.     LGBT. Mungkin sebab ni tayangan filem ni tertangguh sampai 5 tahun. Eloklah ditayangkan sekarang, sebab isu ni tengah hot kan. Ya, kami faham Tina tu lesbian, tapi sepanjang masa duk approach si Yasmin macam sepanjang masa desperate. Annoying tau.
          6.     Tak ada karekter yang cukup kuat dan meyakinkan. Tak ada sesiapa yang cukup courageous untuk buat perkara yang betul. Main ikut-ikut kawan je. Perkara sebesar rogol pun boleh nak cover. Alasan, simple je. Takut party tu stop, semua orang balik.
          7.     Jangan tanya soal moral. Cerita ni tak ada sentuh soal agama, tak ada orang solat, sebut nama Tuhan pun tak, botol arak bersepah-sepah, parti liar, rogol, homoseks. PG13 pun cerita ni. So the only moral lesson is “buat jahat dibalas jahat”. So padanlah dengan muka diorang. 
     Overall, boleh je nak pergi tengok cerita ni dengan kawan-kawan. Dengan anak kecik atau remaja macam kurang sesuai kot. Kalau nak tengok cerita hantu dan rasa takut, tengok jelah. Abaikan je kekurangan sikit-sikit tu. Kita bagi 3 bintang ^_^

RATE: ⭐⭐⭐


No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol