Assalamualaikum mommies.
Currently berat aku
mencecah 53.3Kg untuk ketinggian 158cm. Masih kategori selamat la kan. BMI pun cantik
lagi. Aside from ada extra ‘spare tyre’ kat perut ni, selebihnya I’m happy with
my body. In fact, sangat-sangat happy. Sejak dari kecik sentiasa underweight
aje, sekarang ni barulah merasa memiliki berat badan normal.
Tapi ada pulak problem
lain. Sejak masuk kerja 2 bulan lepas (selepas maternity leave) berat aku constantly bertambah. Dalam masa 2 bulan ni naik
dari 51kg ke 53kg. Memang tak banyak, sebab every week bila aku timbang akan naik
lebih kurang 100 – 200g je macam tu. Tapi berat aku sentiasa bertambah,
sikit-sikit. Aku takut sikit-sikit dia mendaki puncak kejayaan sampai cecah 80kg je. Bimbang jugak kan.
Being underweight my
whole life, aku memang tak reti sebarang perkara berkaitan diet dan penjagaan berat badan
tak kiralah sama ada eat clean, jaga portion makan, kurangkan air manis, suku-suku-separuh, kira
kalori, snacking, malah bersenam tu jauh sekali. Yelah, selama ni kau makan
gajah rimau sekalipun memang badan takkan naik punya. Dahla aku punya favourite fast
food KFC, Pizza, McD semua tu. Haih.
Aku nak mula jaga badan
dari sekarang, sementara badan masih elok. Nanti kalau dah ter’overweight’ nak
kasi turun dah payah pulak. Aku punya target weight ialah 51kg. Yes, macam agak kurus
tapi asalkan aku rasa selesa dan pakai baju nampak cantik.
Since beberapa hari
lepas, aku dah mulakan aktiviti berjogging. Aku jongging lepas Subuh pukul 6.45
pagi dekat Monica Bay. Cantik tau dengan seaview, udara pagi yang segar.
Lagipun sekarang subuh awal dalam 5.35 pagi camtu so pukul 6.45 tu hari dah
terang. Nampak comel je makcik pakcik sebaya mama abah jalan berpasangan pagi-pagi =)
Izzah temankan aku.
Selalunya dia lari laju tinggalkan aku (maklumlah atlit). Aku lagi pentingkan 'endurance'. Slow and steady, heheh. Badan rasa sedap bila keluar peluh (aku
jenis yang payah berpeluh). Rasanya last aku berlari 11 atau 12 tahun lepas di
UiTM masa zaman-zaman jadi Komander Kesatria dulu.
Doakan aku dapat terus
istiqomah untuk berlari, dan istiqomah untuk tidak breakfast roti canai banjir
dan teh tarik selepas berlari. Eh?
Adik 55kg. 13 years old. Atlit tenis dan lontar peluru. |
View yang cantik sebagai sumber motivasi. Ada jugak manusia hanat yang suka buang sampah tepi pantai ni tau. |
31 years old try to get as fit as 13 years old. Di mana ada kemahuan.. |
Ok dik. Jom kita cari breakfast. |
No comments:
Post a Comment