Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Be Strong Lynas

Assalamualaikum mommies.

Seperti dijanjikan, aku nak share sikit outcome (personal opinion) semasa Public Hearing berkaitan Lynas semalam. Aku stay sampai tengahari jadi aku dapat dengar sampai selesai pembentangan dari semua pihak.
Kami bermula dengan pembentangan dari Agensi Kerajaan seperti MIDA, MITI, DOE, DOSH, AELB, Health Ministry dan pakar-pakar penyelidik dari Universiti tempatan. Seterusnya pembentangan dari pihak Lynas dan akhir sekali dari NGO seperti Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) dan Himpunan Hijau. Apabila legal bodies memberi kenyataan yang memihak Lynas kami teruja sangat dan bertepuk tangan sampai kena tegur dek salah seoorang Review Committee.
To summarize the yesterday events:-
         1)     Semua agensi kerajaan sebulat suara menyatakan Lynas mematuhi semua ‘rules & regulation’ yang ditetapkan. Malahan telah memberi lebih lagi dari yang diminta.
        2)     Pihak Lynas akan akur terhadap segala syarat dan peraturan sekiranya kerajaan bertindak memperketatkan lagi undang-undang atau mewujudkan akta-akta baru berkaitan sisa radioaktif.
           3)     90% pakar-pakar penyelidik menyatakan perkara yang positif tentang operasi Lynas.
        4)     Pihak NGO tidak dapat mengutarakan sebarang fakta yang tepat selain tohmahan dan tuduhan termasuk mempertikaikan integriti badan-badan kerajaan yang terlibat memantau operasi Lynas. YB Wong Tuck dengan angkuh bertanya pada Pengarah AELB adakan beliau menerima dana dari Lynas untuk memihak kepada Lynas dalam isu ini. Kesimpulannya, aku rasa tak kira apa apa sekalipun ‘fact & figures’, kebenaran dan finding yang kita hidangkan pada pihak sebelah sana, mereka tetap akan memekakkan telinga untuk mendengar dan meneruskan dengan misi jahat untuk mendesak kerajaan menutup Lynas.
       5)     Pihak sebelah sana beria-ia memuat provokasi dengan tujuan mencetuskan kemarahan dan akhirnya menimbulkan kekecohan. Mujurlah pihak pengurusan sentiasa mengingatkan kami supaya bertenang dan menunjukkan sikap bertamadun dan jangan mengendahkan provokasi mereka. Kedengaran kata-kata seperti “Balik Australia” dan “Stop Lynas”.
        6)     Review Committee yang dipilih menunjukkan kredibiliti yang tinggi selain tidak menunjukkan sikap memihak kepada mana-mana pihak.

I can stop but thinking, walaupun sekiranya keputusan review Committee nanti menyebelahi kami, pihak sebelah sana tetap tidak menerima dengan hati terbuka akan keputusan ini. Malah mungkin ada yang kena tuduh makan rasuah pula. Adakah bagi YB Wong Tuck semua individu di dalam legal bodies tidak berintegriti dan mempunyai moral yang begitu rendah?

Rakyat Malaysia yang bijaksana, ambil masa beberapa minit untuk bertanya soalan ini kepada diri anda:-
1)     Terdapat lebih kurang 7 industri yang mempunyai hazard yang sama dengan Lynas, tetapi kenapa hanya Lynas yang dijadikan isu?
  2)     Mengapa membandingkan operasi Lynas dengan Bukit Merah yang mana kadar radiasinya adalah 44 kali lebih tinggi berbanding Lynas? Adakah ini perbandingan yang wajar?
     3)     Mengapa pihak sebelah sana tidak mencadangkan kepada kerajaan untuk penambahbaikan dari segi akta berkaitan radioaktif agar bukan sahaja dapat menambahbaik operasi Lynas tapi juga industri di Malaysia secara keseluruhan?

I’ve been here more than 2 years now dan dapat melihat pihak Lynas sentiasa terbuka dengan lawatan dari pihak luar. Tidak ada apa-apa yang perlu disorokkan, malah sedaya-upaya cuba menghebahkan 'the truth' tentang operasi Lynas. Kami tidak pernah bersikap tutup pintu terutamanya dalam soal penyelidikan berkaitan radiasi. Jelaslah bahawa pihak sebelah sanalah sebenarnya berniat jahat dan membuat tuduhan secara membuta-tuli. Jika tidak, takkanlah sampai sanggup mempergunakan warga tua, memakaikan pakaian tema Himpunan Hijau dan bila ada di kalangan kami yang nakal bertanya pada pakcik dan makcik "kenapa makcik datang sini?" Jawapan yang kami terima:-
Kami datang nak pergi jalan-jalan kat Teluk Cempedak
We can do nothing more but to wait for the Review Committee to submit their findings to cabinet and wait for the results. But trust me, this kind of people like YB Fuziah Salleh and YB Wong Tuck, they will never stop. Please remind me why we vote for this kind of people again?

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol