Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Happy 5 months Elyas!

Salam aunties! Saya Elyas, saya dah cukup 5 bulan hari ni. 
Baby Elyas alhamdulillah sihat dan makin chubby. Tak sabar tunggu 6 bulan nanti nak start bagi solid food kat baby. Selain tunggu baby merangkak dan berjalan, bagi makan pun antara perkara yang mengujakan bila ada baby ni kan.
 Di kesempatan ini, aku nak ajak pembaca semua sedekahkan al-fatihah buat adik Adam Rayqal yang meninggal akibat kekejaman pengasuh. Bukan sahaja adik Adam tapi semua baby yang jadi mangsa tangan-tangan durjana ini. Agak trauma sebenarnya menunggu Elyas cukup 5 bulan sebab selalu terfikir, besar ni lah arwah adik Adam waktu dia dibunuh. Allahurabbi T_T
Ya Allah, lindungilah buah hatiku. Jauhkanlah mereka daripada manusia-manusia yang tidak berhati perut serta kekejaman dunia. Syukurlah anak-anakku dalam jagaan nenek mereka. Dijaga dengan penuh kasih sayang oleh darah daging sendiri. Aku doakan keselamatan untuk anak-anak yang memerlukan jagaan taska dan pengasuh. Semoga Allah lembutkan hati penjaga anak-anak kecil ini untuk memelihara mereka dengan penuh amanah dan belas kasihan. Amin ya rabbal alamin.
Ni gambar semalam. Elyas nak baby baru ke? Jangan harap!

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol