Entri ni khas untuk fresh grad yang baru dapat kerja. Tapi kalau yang dah kerja lama yang dah dapat gaji ke sepuluh ratus pun boleh baca. No hal. ^____^ Apa nak buat dengan duit gaji pertama?
Kalau korang, apa korang beli
Aku mula bekerja sejak usia 16 tahun. Dah sangat lama dan dah lupa pun apa aku buat dengan gaji pertama aku. Terpaksa tanya mama pulak untuk flashback. Masa tu weekend, tak sekolah so tolong mama kemas rumah orang. Untuk sepanjang hari tu dari pagi sampai petang tuan rumah bagi RM30. Mama sedekah pulak RM10 dekat mak kawan aku yang bagitau ada orang nak cari maid kemaskan rumah. Dah tinggal RM20 tak tergamak rasanya aku nak share dengan mama sepuluh ringgit sorang. Jadi aku sedekahkan je bahagian aku tu dekat mama.
|
Rumah teres double storey camnila kami kemas. Besar woo, penat nak settlekan 1 rumah. |
Ketika zaman aku muda remaja, mama aku kerja dekat housekeeping department di sebuah hotel dekat Cherating. Tiap kali cuti sekolah atau semester break (masa buat degree kat Shah Alam), aku akan buat part time kat hotel tu. Hampir semua department aku dah pernah join. Kitchen , F&B, Housekeeping, Admin. Habis satu hotel aku round. Tapi dalam entri ni aku takmau cerita pasal kerja, aku nak cerita pasal duit yang aku dapat tu.
|
Promote hotel Residence Inn Cherating sket.
Source: ric |
Aku tak taulah hotel lain camner, tapi hotel yang aku kerja tu tak bayar on the spot lepas habis kerja. Lebih kurang selepas dua minggu baru part timer akan dapat upah. Sebab aku biasanya kerja masa sem break, bila aku dah start sem baru, barulah gaji aku masuk. Time tu biasanya duit PTPTN pun dah masuk jugak dan kebiasaanya lagi, duit yang aku buat part time tu aku hadiahkan kat mama je.
<Ini iklan racun serangga> Saja nak bagi korang tau mama aku sangat bertuah ada anak macam aku, huhu~~~
Kerja yang aku officially buat selepas grad, ialah pada Julai 2009 sebagai Pensyarah. Berhijrahnya aku ke alam perkerjaan menamatkan zaman malap keluarga aku (sebab aku anak pertama yang berkerja). Gaji first aku pada awal bulan berikutnya. Muda lagi woo, masa tu umur 22 dah kerja. Aku masa tu mana ada refer orang-orang yang ada experience pasal gaji pertama nih. Aku memandai-mandai sendiri jek. Duit aku, suka hati akulah. Kata aku dengan bongkaknya, wahaha~~~
2, 3 hari sebelum gaji aku dah suruh mama list out barang-barang dapur yang dia nak. Mama pun dengan cutenye ikut je cakap aku (padahal dia menyampah nak layan pe'el aku), mama pun tulis siap dengan bajet sekali, dalam RM200 semua kot. Dapat je gaji, terus call abang long (pada masa tu tunangan along merangkap drebar aku, sebab aku takde kereta lagi).
Aku : "Abang long, jom kua beli barang dapur".
Abang long : "Angah nak beli kat mana?"
Tu dia, sampai pasaraya aku biar abang long tolak troli, aku kutip semua yang aku berkenan (excited terlebih), kutip, kutip lagi, dan lagi, dan lagi, tengok-tengok total RM350.00. Dengan bangganya aku bayar. On the way balik baru la perasan yang aku tak tengok pun list yang mama buat tu, hahahampeh @_@.
|
Macam ni lah lebih kurang gambarannya. Dalam plastik banyak2, pastu tayang kat tgh2 rumah.
Aku ada amek gambar dulu, tapi N70 aku dah hilang T___T
Source: puteri1 |
Balik rumah tak payah cerita la berapa punya kembang hidung aku dapat beli barang dapur untuk rumah. Dulu, pernah ada sorang mak cik ni suruh mama aku balik tangan kosong masa nak amek barang dapur kat kedai dia. Time tu gaji lambat, so mama lambat sket bayar hutang barang makan. Pada yang tak biasa alami keadaan macam ni, apa yang terjadi ialah, kami akan amek dulu barang makan kat kedai, then bila gaji mama masuk baru bayar. Dah bayar, amek balik barang makan untuk bulan depan. Macam tu lah seterusnya.
Dah kata kerja dekat hotel, gaji bukannya masuk on time macam gomen. Bila lambat bayar tu, makcik tu tak bagi dah kami ambil barang untuk bulan depan. Padahal mama bukannya sengaja dan bulan-bulan sebelum tu tak pernah miss bayar pun.
Rasanya nak je aku cari mak cik tu pastu bagitau dia, "mak cik, sekarang kitorang dah tak hutang dah barang makan. Sebabnye? Sebab saya dah kerja. Saya dah mampu belikan barang makan untuk keluarga saya, tak payah nak hutang lagi." Tapi akhirnya aku tak cari pun mak cik tu.
Mama tak bagi.
Tak baik dendam kat orang mama cakap, nanti Tuhan amek balik rezeki tubaru tau. T___T ok, ok, insaf balik.
Next step, kutip semua bil. Bil letrik, bil air (masa tu Astro kami takdak lagi) siap tanya mama lagi takde bil lain dah angah nak bayar ni? Haha, ape ke sengalnya aku masa tuh.
Next weekend pergi bayar semua bil dekat TNB, SATU, semua buat manually sebab aku buta kayu lagi pasal online transaction walaupun aku seorang graduan. Heheh~~~
Dulu mama galas tugas abah support family. Lepas tu aku ambil alih dari mama. Aku pulak yang tanggung keluarga aku. Yang pasti aku bangga dapat support family. Siapa kata anak perempuan tak mampu jaga family ye dak? Aku tanggung whole family aku ok jek.
Jangan lupa keep all the bills transaction leklok, sebagai reference.
Tak lengkap cerita gaji ni tanpa cerita barang 'sentimental value' rasanya. Sebab aku dah habiskan duit aku untuk rumah, barang 'sentimental value' yang dibeli hasil duit gaji pertama aku adalah
tadaaa.......SEBUAH BASIKAL!!
|
Mak adik pandai bawak jek, basuh malas |
Hehe, comel je warna kuning. Masa aku beli basikal ni adik baru 4 tahun. Belum pandai kayuh pun. Sebab teringin nak tengok dia kayuh, tiap2 petang abah dengan aku gilir-gilir pegang basikal tu sambil dia kayuh. Ada sorang mak cik ni, jiran aku jugak la selalu tegur bila mak adik keluar dengan basikal kuning dia.
|
Adik , 4 years old with me. |
By the time adik pandai kayuh basikal tu, mak cik tu dah pun meninggal. Innalillah...Tak sempat pun dia tengok. Mana tak nye, aku beli basikal Ogos 2009, Julai 2012 baru dia pandai bawak basikal tuh. adik....adik....
Tu lah cerita gaji pertama aku. Ntah yang mana satu nak di'consider' sebagai gaji pertama pun tak tau.
Itu cerita aku. Kan aku dah cakap awal2 tadi aku takde mintak khidmat nasihat sesiapapun, aku belanja sesuka hati je. Tak planning pun. Tapi korang jangan camtu, sebaik-baiknya plan sejak gaji pertama lagi bak kata abang long aku. Pastikan gaji itu bermanfaat. Walaupun sedikit, tapi berkat.
Jadi, kalau korang tanya kak ilah korang ni apa nak buat dengan gaji pertama korang, saranan aku ialah:-
Bagilah sedikit kat mak bapak, amek berkat kata orang. Nanti korang jangan pulak gaji pertama je hulur kat mak bapak, gaji lepas2 tu takde dah. Lempang sekali nak?
2. Saving
Abang long pernah pesan dulu, at least simpanlah 10% dari gaji (tapi aku tak buat pon, almaklumlah degil). Let say gaji korang RM1000, korang pejam mata je dan anggap je gaji korang sebenarnya RM900 je, simpan RM100. It's better to have 2nd bank account. Asingkan duit tu dan tak payah fikir-fikir lagi dah. Aku baru je mula menyimpan dan menyesal tak mula lebih awal. Percayalah, mesti lagi senang istiqamah menyimpan kalau dah mula dari gaji pertama. Sebab starting korang kerja walaupun gaji kecik, tapi kurang komitmen. Semakin besar gaji korang, tanggungjawab pun makin berat. Macam aku, all my income dalam CIMB, senang sebab aku guna CIMB click. Mudah nak transfer sini sana. Saving pulak dalam Bank Islam. Takdelah terpakai duit saving tu.
3.SEDEKAH, SEDEKAH & SEDEKAH
Dah aku tulis sampai tiga kali nih, jangan korang pergi sedekah sampai 3 juta ringgit pulak. Pastu hujung bulan dah pokai menyusahkan orang pulak. Kalau boleh, walaupun sikit hulurlah sikit harta benda, wang ringgit korang yang berlebih tu kat sape-sape kalau mampu. Bukan apa, dalam limpahan rezeki yang Allah bagi dekat kita, terselit jugak hak mereka2 yang memerlukan. Korang jangan ingat duit tu hak korang sensorang jek.
Yang belajar guna biasiswa (kerajaan, mana-mana badan atau Pa&Ma) sila skip ke no. 5.
Belajar tinggi-tinggi, pinjam duit pandai korang ye. Dah kerja, tamao bayar. Happada. Korang pun taknak amalan korang tergantung mati esok-esok kan. Nak? Taknak kan. So, bayarlah hutang tu. Anak orang lain pun nak pakai jugak, nak belajar. Bukan ko sorang je.
JANGAN TANGGUH!! Bayar start gaji pertama. Kalau korang start bertangguh, korang akan liat nak mula membayar. Lagipun dia akan kacau korang punya monthly financial planning. Yela, sebelum-sebelum tak bayar, tetiba nak bayar. Kan senang kalau mula dari gaji pertama lagi =)
5. Cenderahati
Since aku tak beli pape untuk diri sendiri masa gaji pertama, satu-satunya benda yang ada 'sentimental value' yang mengingatkan aku pada gaji pertama aku adalah basikal kuning adik. yiiha!! Korang belilah apa2 untuk diri sendiri, kalau boleh benda yang boleh disimpan sampai bila2. Kenangan gaji pertama korang ^_^
Last but not least...
.
.
.
.
.
Korang kena jugak jugak baca post gaji pertama dari blog kereta mayat ni. Aku sendiri dah 7, 8 kali baca. Aku baca banyak kali sebab
1. aku suka penulisan entri ni,
2. aku sangat2 setuju dengan saranan En. Kereta Mayat.
Korang belilah sebuah......
6. Rak Buku
Aku menyesal gaji pertama dulu tak beli rak buku. Sekarang aku dah ada banyak buku, tapi aku still takde rak buku. Aku sumbat je semua buku dalam almari. Sama macam saranan En. Kereta Mayat, aku dan B ada projek buku kami sendiri.
Tiap kali gaji kami akan beli sebuah buku. For sentimental value purpose, kitorang akan bayar buku yang sorang lagi. B bayar buku aku, aku bayar buku B. As if buku tu hadiah kami untuk satu sama lain. Itu yang buat buku tu lagi valuable ^___^ bajet sweet je kan. So, tiap bulan dapat 2 buah buku. Lepas habis baca, kami akan exchange buku tu. Aku lebih kepada genre non-fiction and sometimes novel. B pulak suka buku-buku ilmiah, islamik, iq twister and sometime buku yang famous macam sekarang ni dia nak sangat-sangat buku Stephen Hawking. Don't worry, later on I'll share with you guys our books.
Cuma kami tambah satu lagi rule, siapa tak habis baca bulan depan tak dapat buku baru. Gotcha!! Kita kena baca buku, kalau tak lama-lama otak jadi beku.
Lagipun bukankah wahyu pertama yang disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh Jibril adalah seruan agar kita membaca (menuntut ilmu)?
Wallahualam. So, korang pulak camne? Apa korang buat dengan gaji pertama korang? Kalau ada additional suggestion share la dengan aku =)