Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Musim Tengkujuh Tiba Lagi


Pagi ni bangun, gosok2 mata terus pergi cari abah. "Abah, angah mimpi ngeri malam tadi. Ada orang meninggal dalam rumah kita. Betul2 sebelum celik mata tadi dalam mimpi angah tu, kita semua tengah sibuk2 bersihkan darah dalam rumah. Ada apa2 tak abah?"

Abah cakap "cuba pergi tengok luar".

Hah, saspens ni. Kenapa kena pergi tengok luar pulak? Ape yang tak kena? Aku pun pegi luar dengan muka busuk2 tu dan tadaaa...........



Kanopi yang ranap dibaham ribut

Macam tak percaya lagi nih. Bila masa jadi macam ni? Abah datang dekat aku, "punyalah kuat ribut semalam, takde sorang pun bangun. Abah kena bukak 3 skru baru boleh bawak kuar kete angah".
Kete? Hadoila, kete aku!!!! Patutlah mimpi ngeri sangat semalam. Aku bergegas cari baby kesayangan aku pulak. Tengok2, tadaaa..........



Tu dia, bahana ribut.

Jahanam duit aku RM600 pulak kan ^______^ . Takpelah, dugaan semua ni, tak sedih pun (sedapkan hati sendiri). Aku pergi bisik dekat kereta aku "sabarlah sayang, berat mata memandang, rabak lagi poket mommy menanggung".

Aku pun tinggalkan segala perasaan duka lara kat situ, siap2 nak kena pergi office pulak ni. Breakfast, amek suppliment, pastu start baby aku yang dah cacat ni nak pergi kerja dah ni.

Baru nak keluar dari halaman rumah ternampak abah lepaskan baby Weq (pada korang yang tak tau baby Weq tu sape, tu anak kerbau abah aku ^__^). Sempat baby lari2 lumba ngan kereta aku. Pastu kena hon, mula ah terperanjat. Gelak sorang tengok dia pagi tadi.



"cuba korang cakap dengan jujur, comel ke idak shaye ni?"

Tengahari pulak, balik rumah lunch. Terjah rumah (dah bagi salam ea), "mama, masak apa rini?" Keterujaan aku adalah semata-mata kerana kelaparan yang amat sangat dah sebab keluar lunch pun dah pukul 2.
Mama cakap, "mama tak masak nasik rini angah, mama buat laksa penang jek (pensang)". Feveret aku tu....Baru nak jenguk dapur, mama sound, "tak payah! mama dah bubuh siap2. Pergi makan je". Huhu, terima kasih mama, I love U so strong ^___^


"heran pulak aku tgk bentuk telur rebus tuh"

Lepas bantai 2 pinggan (erp, Alhamdulillah) nak masuk keje balik. Tengok mak adik asyik duduk dekat aku jek. Dia susah berenggang kalau aku ada rumah, sebab jumpa aku sekejap2 je. Siang keje, malam tuition. Terus snap mak adik. "Adik, senyum sket!". Siap makan, mak adik suruh aku tangkap belalang, dia nak main. Takde kerja aku. Aku dahla geli. Last2 dia tangkap sendiri. Rupa2nya bukan nak suruh aku tangkap sangat, dia nak berlagak je, tunjuk kat aku yang dia tak geli pegang menatang tu. Siap sound aku lagi, "ala angah ni, belalang pun geli". Ceh!


Alahai, gediknya muka. Ni tak tau brape pinggan dah laksa selamat dalam perut dia.

Sepanjang 8 minit perjalanan aku drive balik office tadi, kepala aku asyik fikir. Hari ni pagi2 Tuhan dah bagi aku 1 sebab untuk rasa sedih. Tapi baru separuh hari, aku rasa aku dah ada 1000 sebab untuk ketawa + rasa gembira. Kalaulah pagi tadi aku sugul ke, menangis ke, marah ke, for sure petang hari ni aku akan rasa sangat malu pada Allah. Haih.  ^__^
  

Dan Allah Ta’ala berfirman:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأَمْوَالِ وَالأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155)

Source: fakhrulrasib


Kadang2 sebagai manusia, bila dapat satu teguran dari Allah, kita jadi lupa nak berterima kasih untuk sejuta lagi nikmat lain yang Dia berikan.
Harap2 aku, korang, kita semua termasuk golongan orang2 yang mendapat berita gembira. Amin.



No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol