Assalamualaikum.
Ok, hari ni nak cakap pasal planner pulak. Dah nak masuk new year ni kan. Since bulan November lagi dah start survey planner sebenarnya. Tapi B cakap rugi kalau beli awal2. Nanti dekat2 akhir tahun lagi banyak design yang lawa2 keluar. Kalau fikir balik, logik jugak. Nanti dah beli, pastu jumpa yang lagi lawa, takkan nak beli lagi sekali pulak kan. So, tangguhkanlah dulu niat nan suci itu.
Setakat ni, semua planner yang dah tengok dekat MBS, POPULAR, belum ada lagi yag menepati citarasa. Aku cerewet sket pasal planner punya features. Bukan cover dia, tapi isi dalam dia. Hamekau, pasal planner pun nak cerewet bagai. Lantak la, aku jugak yang nak tulis dalam tu. Tapi B sporting, dia tak kisah kalau aku cerewet pasal benda2 camni sebab dia pun jenis yang particular. Ok, entri ni bukan pasal B, pasal planner.
Planner ni penting sebab dialah everything. Even sekarang dah ada IPad, tak tau ngape aku tak boleh nak fully utilize benda alah ni. Lagipun aku tak reti pakai. Lebih selesa guna cara manual. TULIS. Entah, mungkin sebab dah terbiasa sejak dulu kot. Macam best bila boring2 boleh selak baca cerita lama2. Kalau dengan gadget, touch screen bagai, macam kurang feeling.
Yang paling penting, main purpose ada planner @ diari ni adalah untuk AUDIT DIRI. Macam mana kita hari ini. Lebih baik dari semalamkah? Apa planning kita untuk esok pula? Lebih baik dari hari inikah? Korang kena ingat, kita cuma hidup dalam TIGA HARI. Semalam, hari ini dan esok. Yang pasti, semalam akan berlalu semakin jauh, hari ini akan jadi semalam bagi esok, dan pada esoknya hari esok akan jadi hari ini. Pening? Kalau pening, bagus.
2012 ni, nilah planner yang aku usung ke sana ke mari. Sampai balik kampung raya pun aku bawak.
Beli tanpa survey, tu yg dapat besar gedabak cenggini. |
1) Executive planner yang plain.
Warna aku tak kisah, yang penting plain =) |
Starbuck planner - yang warna putih cantik kan =) |
yang ni, design cover dia tu from leather... unik =) |
Sebenarnya, ada macam2 design yang cantik, girly, feminin, tapi entah. Aku ni takde jiwa seni agaknya. Aku kalau tengok diary lawa2, warna pink, design pelik2, kalau cantik aku akan cakap memang cantik. Tapi untuk kegunaan sendiri, maaf. Aku tak suka serabut2 macam design2 kat bawah ni (macamla cover tu penting sgt pun).
Rimas + Serabut = Ribut |
Takde apa yang tak kena dengan planner ni. In fact, this is one of 50 best 2013 planner. Cuma terlalu feminin, tak menggambarkan aku langsung. Ngee~~~ |
Aku langsung tak paham abstrak |
Kalau scenery camni, boleh terima sket =) |
Aku kalau dah start membebel, memang mustahil berhenti dalam masa yang singkat, ngee~~. Same with writing. So, limited space memang haram tak cukup [macam planner 2012 aku]. Contohnya:-
Sakit hati betul macam ni. Tengah syok tulis, pastu tak cukup space. |
Macam ni lah jadinya. Financial, meeting, daily notes, semua sumbat sekali. |
At least 1 page/day macam ni. Baru puas. |
3) Financial planning.
Yang ni, sangat important. Kalau tak catat belanja hari2 nanti, mesti bulan tu OVERHEAD lagi besar dari INCOME T___T. Design macam kat bawah ni the best. Ada banyak space untuk daily notes, appointment schedule, daily expenses. Mana nak cari ek??
Tapi kalau details macam ni, confirm planner tu sangat tebal pulak. |
4) Weekly/Monthly planning.
Reminder for simple events such as holiday, sick leave @ emergency leave, outstation date, meeting, customer visit etc. etc.
Quick review for that whole year highlighted events. Usually annual @ lifetime event such as Wedding [ececece], Anniversary, Convocation, Birthday, newborn, etc. etc.
So, jom kita muhasabah diri kejap. Ambil pengajaran semalam, lakukan yang terbaik hari ini dan mendoakan yang terbaik untuk esok.
And whoever emigrates for the cause of Allah will find on the earth many [alternative] locations and abundance. And whoever leaves his home as an emigrant to Allah and His Messenger and then death overtakes him - his reward has already become incumbent upon Allah . And Allah is ever Forgiving and Merciful. [An-Nisa: 100]
Google punya google, aku tetiba TERsuka planner ni:-
Aik, bukan cakap nak yang plain ke?? |
No comments:
Post a Comment