Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Darurat

Salam Jumaat semua.

Makin kita menghampiri hujung tahun, makin berat dugaan yang kita semua kena hadapi. Tahun ni, sekali lagi merasakan darurat. Tapi tahun ini keadaannya paling teruk berbanding tahun2 lepas. Kami dah empat kali menghadapi banjir sejak empat tahun lepas. Tapi pengalaman tahun ini paling teruk.


OFFICE

Apapun Alhamdulillah, masih dapat menghadapi setakat hari ini. Aku super duper sibuk 2 minggu ni. Dekat ofis memang takde masa langsung nak menjengah blog nih. FB pun terpaksa curi2 tgk (heheh, yeke?). Tak berkesempatan nak update blog ni. Ni air pun dah surut sikit, sempat aku curi2 masa menulis. Di ofis sibuk dengan agenda hujung tahun. Filing yang bertimbun-timbun, invoicing, shipment, prepare dan bantu untuk audit. Kalau boleh takmo carry kerja2 ni ke next year. Apapun, Alhamdulillah. Audit punya progress berjalan lancar semalam. Terima kasih dekat ofismate, abg2 + adik2 workshop yang meringankan tulang membantu dan memastikan kelancaran audit semalam (apsal ayat aku skema semacam).


In progress work T___T


To make filing T___T

TUITION

Biasanya hujung tahun macam ni, aku dah sibuk dengan deco tuition + planning untuk tahun depan. Tahun ni terbantut sket sebab banjir ni betul2 kena pada hujung Disember nih. Cantik la. So aku slow down dulu progress tuition ni walaupun sepatutnya kalau tgk rekod tahun lepas, masa ni orang tengah kencang mendaftar. Tapi kalau fikir logik pun, siapalah nak mengharung air banjir datang daftar anak tuition neh. Bukak sekolah ni pun belum tentu lagi lancar nak mendaftar budak2 nih. Kesian sangat budak2 start skolah musim camni. Habis kotor kasut =(


Sign ni takmo bagi student crowded dalam office + larangan cinta monyet, mawas, siamang di tempat tuition.


RUMAH

Masa menaip nih, empat hari lepas rumah aku dah start masuk air. Nak buat canne, memang rumah dekat kawasan rendah. Dah nama pun Kampung Paya Berenjut. Dalam paya. Aku ada banyak jugak snap gambar time banjir. Dekat FB home pun penuh dengan liputan banjir. Dah macam wartawan kawan2 aku semua neh. Boleh faham la, sebab kebanyakannya baru first time menghadap banjir nih. Biasanya, kalau setakat hujan, tapi diorang tak lepaskan air dari empangan, cuma certain2 tempat je yang akan banjir (rumah aku le tew). Tapi tahun ni banjir kilat sebab dengar ceritanya masa hujan lebat ritu, diorang terpaksa lepaskan air empangan (takut empangan pecah kot). Nanti aku share dengan gambar2 banjir wokeh.


"Sejuk! Sejuk! Baby nak masuk dalam rumah boleh?"


KAHWIN

Progress wedding aku? Checklist sekadar checklist jelah. Sempat bawak ibu (along aku) pergi survey barang2 goodies dekat Era Nona je. Kesian pulak tengok ibu terkial-kial bawak Faris. Dahla hujan. Last-last berkampung dekat Cendol Kopitiam bantai mee goreng mamak sepinggan. Belanja ibu sambil mommy usik Faris yang super-duper cute ^___^ Lama tak sembang panjang dengan ibu. Dah cakap dengan B, nak pergi beli barang2 hantaran. B cakap, nak pergi camne, Kuantan pun dah banjir. Last2 semalam baru kuar, tu pun cari planner. Nak jadikan cerita, tak jumpa pulak yang berkenan. Lantak la dengan planner. Orang sibuk dengan banjir, aku sibuk dengan planner pulak.
P/s: Ok, cerita aku takde kena mengena langsung pasal kawen.


Posing sket ibu & Faris.


No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol