Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tiga Hari


Assalamualaikum.

Ok, hari ni nak cakap pasal planner pulak. Dah nak masuk new year ni kan. Since bulan November lagi dah start survey planner sebenarnya. Tapi B cakap rugi kalau beli awal2. Nanti dekat2 akhir tahun lagi banyak design yang lawa2 keluar. Kalau fikir balik, logik jugak. Nanti dah beli, pastu jumpa yang lagi lawa, takkan nak beli lagi sekali pulak kan. So, tangguhkanlah dulu niat nan suci itu.

Setakat ni, semua planner yang dah tengok dekat MBS, POPULAR, belum ada lagi yag menepati citarasa. Aku cerewet sket pasal planner punya features. Bukan cover dia, tapi isi dalam dia. Hamekau, pasal planner pun nak cerewet bagai. Lantak la, aku jugak yang nak tulis dalam tu. Tapi B sporting, dia tak kisah kalau aku cerewet pasal benda2 camni sebab dia pun jenis yang particular. Ok, entri ni bukan pasal B, pasal planner.

Planner ni penting sebab dialah everything. Even sekarang dah ada IPad, tak tau ngape aku tak boleh nak fully utilize benda alah ni. Lagipun aku tak reti pakai. Lebih selesa guna cara manual. TULIS. Entah, mungkin sebab dah terbiasa sejak dulu kot. Macam best bila boring2 boleh selak baca cerita lama2. Kalau dengan gadget, touch screen bagai, macam kurang feeling.

Yang paling penting, main purpose ada planner @ diari ni adalah untuk AUDIT DIRI. Macam mana kita hari ini. Lebih baik dari semalamkah? Apa planning kita untuk esok pula? Lebih baik dari hari inikah? Korang kena ingat, kita cuma hidup dalam TIGA HARI. Semalam, hari ini dan esok. Yang pasti, semalam akan berlalu semakin jauh, hari ini akan jadi semalam bagi esok, dan pada esoknya hari esok akan jadi hari ini. Pening? Kalau pening, bagus.
2012 ni, nilah planner yang aku usung ke sana ke mari. Sampai balik kampung raya pun aku bawak.

Beli tanpa survey, tu yg dapat besar gedabak cenggini.


Untuk 2013, kalau boleh aku nak planner camni [pic: ehsan pakcik Google] :-

1) Executive planner yang plain.

Warna aku tak kisah, yang penting plain =)

Starbuck planner - yang warna putih cantik kan =)

yang ni, design cover dia tu from leather... unik =)

Sebenarnya, ada macam2 design yang cantik, girly, feminin, tapi entah. Aku ni takde jiwa seni agaknya. Aku kalau tengok diary lawa2, warna pink, design pelik2, kalau cantik aku akan cakap memang cantik. Tapi untuk kegunaan sendiri, maaf. Aku tak suka serabut2 macam design2 kat bawah ni (macamla cover tu penting sgt pun).

Rimas + Serabut = Ribut


Takde apa yang tak kena dengan planner ni. In fact, this is one of 50 best 2013 planner.
Cuma terlalu feminin, tak menggambarkan aku langsung. Ngee~~~

Aku langsung tak paham abstrak

Kalau scenery camni, boleh terima sket =)


2) Spacious daily notes.

Aku kalau dah start membebel, memang mustahil berhenti dalam masa yang singkat, ngee~~. Same with writing. So, limited space memang haram tak cukup [macam planner 2012 aku]. Contohnya:-



Sakit hati betul macam ni. Tengah syok tulis, pastu tak cukup space.

Macam ni lah jadinya. Financial, meeting, daily notes, semua sumbat sekali.



At least 1 page/day macam ni. Baru puas.


3) Financial planning.

Yang ni, sangat important. Kalau tak catat belanja hari2 nanti, mesti bulan tu OVERHEAD lagi besar dari INCOME T___T. Design macam kat bawah ni the best. Ada banyak space untuk daily notes, appointment schedule, daily expenses. Mana nak cari ek??

Tapi kalau details macam ni, confirm planner tu sangat tebal pulak.

4) Weekly/Monthly planning.

Reminder for simple events such as holiday, sick leave @ emergency leave, outstation date, meeting, customer visit etc. etc.



5) Yearly planning.

Quick review for that whole year highlighted events. Usually annual @ lifetime event such as Wedding [ececece], Anniversary, Convocation, Birthday, newborn, etc. etc.



So, jom kita muhasabah diri kejap. Ambil pengajaran semalam, lakukan yang terbaik hari ini dan mendoakan yang terbaik untuk esok.

 4:100

And whoever emigrates for the cause of Allah will find on the earth many [alternative] locations and abundance. And whoever leaves his home as an emigrant to Allah and His Messenger and then death overtakes him - his reward has already become incumbent upon Allah . And Allah is ever Forgiving and Merciful. [An-Nisa: 100]


Google punya google, aku tetiba TERsuka planner ni:-


 
Aik, bukan cakap nak yang plain ke??




Darurat

Salam Jumaat semua.

Makin kita menghampiri hujung tahun, makin berat dugaan yang kita semua kena hadapi. Tahun ni, sekali lagi merasakan darurat. Tapi tahun ini keadaannya paling teruk berbanding tahun2 lepas. Kami dah empat kali menghadapi banjir sejak empat tahun lepas. Tapi pengalaman tahun ini paling teruk.


OFFICE

Apapun Alhamdulillah, masih dapat menghadapi setakat hari ini. Aku super duper sibuk 2 minggu ni. Dekat ofis memang takde masa langsung nak menjengah blog nih. FB pun terpaksa curi2 tgk (heheh, yeke?). Tak berkesempatan nak update blog ni. Ni air pun dah surut sikit, sempat aku curi2 masa menulis. Di ofis sibuk dengan agenda hujung tahun. Filing yang bertimbun-timbun, invoicing, shipment, prepare dan bantu untuk audit. Kalau boleh takmo carry kerja2 ni ke next year. Apapun, Alhamdulillah. Audit punya progress berjalan lancar semalam. Terima kasih dekat ofismate, abg2 + adik2 workshop yang meringankan tulang membantu dan memastikan kelancaran audit semalam (apsal ayat aku skema semacam).


In progress work T___T


To make filing T___T

TUITION

Biasanya hujung tahun macam ni, aku dah sibuk dengan deco tuition + planning untuk tahun depan. Tahun ni terbantut sket sebab banjir ni betul2 kena pada hujung Disember nih. Cantik la. So aku slow down dulu progress tuition ni walaupun sepatutnya kalau tgk rekod tahun lepas, masa ni orang tengah kencang mendaftar. Tapi kalau fikir logik pun, siapalah nak mengharung air banjir datang daftar anak tuition neh. Bukak sekolah ni pun belum tentu lagi lancar nak mendaftar budak2 nih. Kesian sangat budak2 start skolah musim camni. Habis kotor kasut =(


Sign ni takmo bagi student crowded dalam office + larangan cinta monyet, mawas, siamang di tempat tuition.


RUMAH

Masa menaip nih, empat hari lepas rumah aku dah start masuk air. Nak buat canne, memang rumah dekat kawasan rendah. Dah nama pun Kampung Paya Berenjut. Dalam paya. Aku ada banyak jugak snap gambar time banjir. Dekat FB home pun penuh dengan liputan banjir. Dah macam wartawan kawan2 aku semua neh. Boleh faham la, sebab kebanyakannya baru first time menghadap banjir nih. Biasanya, kalau setakat hujan, tapi diorang tak lepaskan air dari empangan, cuma certain2 tempat je yang akan banjir (rumah aku le tew). Tapi tahun ni banjir kilat sebab dengar ceritanya masa hujan lebat ritu, diorang terpaksa lepaskan air empangan (takut empangan pecah kot). Nanti aku share dengan gambar2 banjir wokeh.


"Sejuk! Sejuk! Baby nak masuk dalam rumah boleh?"


KAHWIN

Progress wedding aku? Checklist sekadar checklist jelah. Sempat bawak ibu (along aku) pergi survey barang2 goodies dekat Era Nona je. Kesian pulak tengok ibu terkial-kial bawak Faris. Dahla hujan. Last-last berkampung dekat Cendol Kopitiam bantai mee goreng mamak sepinggan. Belanja ibu sambil mommy usik Faris yang super-duper cute ^___^ Lama tak sembang panjang dengan ibu. Dah cakap dengan B, nak pergi beli barang2 hantaran. B cakap, nak pergi camne, Kuantan pun dah banjir. Last2 semalam baru kuar, tu pun cari planner. Nak jadikan cerita, tak jumpa pulak yang berkenan. Lantak la dengan planner. Orang sibuk dengan banjir, aku sibuk dengan planner pulak.
P/s: Ok, cerita aku takde kena mengena langsung pasal kawen.


Posing sket ibu & Faris.


Wordless Wednesday



Source: mediaislamicfb

Musim Tengkujuh Tiba Lagi


Pagi ni bangun, gosok2 mata terus pergi cari abah. "Abah, angah mimpi ngeri malam tadi. Ada orang meninggal dalam rumah kita. Betul2 sebelum celik mata tadi dalam mimpi angah tu, kita semua tengah sibuk2 bersihkan darah dalam rumah. Ada apa2 tak abah?"

Abah cakap "cuba pergi tengok luar".

Hah, saspens ni. Kenapa kena pergi tengok luar pulak? Ape yang tak kena? Aku pun pegi luar dengan muka busuk2 tu dan tadaaa...........



Kanopi yang ranap dibaham ribut

Macam tak percaya lagi nih. Bila masa jadi macam ni? Abah datang dekat aku, "punyalah kuat ribut semalam, takde sorang pun bangun. Abah kena bukak 3 skru baru boleh bawak kuar kete angah".
Kete? Hadoila, kete aku!!!! Patutlah mimpi ngeri sangat semalam. Aku bergegas cari baby kesayangan aku pulak. Tengok2, tadaaa..........



Tu dia, bahana ribut.

Jahanam duit aku RM600 pulak kan ^______^ . Takpelah, dugaan semua ni, tak sedih pun (sedapkan hati sendiri). Aku pergi bisik dekat kereta aku "sabarlah sayang, berat mata memandang, rabak lagi poket mommy menanggung".

Aku pun tinggalkan segala perasaan duka lara kat situ, siap2 nak kena pergi office pulak ni. Breakfast, amek suppliment, pastu start baby aku yang dah cacat ni nak pergi kerja dah ni.

Baru nak keluar dari halaman rumah ternampak abah lepaskan baby Weq (pada korang yang tak tau baby Weq tu sape, tu anak kerbau abah aku ^__^). Sempat baby lari2 lumba ngan kereta aku. Pastu kena hon, mula ah terperanjat. Gelak sorang tengok dia pagi tadi.



"cuba korang cakap dengan jujur, comel ke idak shaye ni?"

Tengahari pulak, balik rumah lunch. Terjah rumah (dah bagi salam ea), "mama, masak apa rini?" Keterujaan aku adalah semata-mata kerana kelaparan yang amat sangat dah sebab keluar lunch pun dah pukul 2.
Mama cakap, "mama tak masak nasik rini angah, mama buat laksa penang jek (pensang)". Feveret aku tu....Baru nak jenguk dapur, mama sound, "tak payah! mama dah bubuh siap2. Pergi makan je". Huhu, terima kasih mama, I love U so strong ^___^


"heran pulak aku tgk bentuk telur rebus tuh"

Lepas bantai 2 pinggan (erp, Alhamdulillah) nak masuk keje balik. Tengok mak adik asyik duduk dekat aku jek. Dia susah berenggang kalau aku ada rumah, sebab jumpa aku sekejap2 je. Siang keje, malam tuition. Terus snap mak adik. "Adik, senyum sket!". Siap makan, mak adik suruh aku tangkap belalang, dia nak main. Takde kerja aku. Aku dahla geli. Last2 dia tangkap sendiri. Rupa2nya bukan nak suruh aku tangkap sangat, dia nak berlagak je, tunjuk kat aku yang dia tak geli pegang menatang tu. Siap sound aku lagi, "ala angah ni, belalang pun geli". Ceh!


Alahai, gediknya muka. Ni tak tau brape pinggan dah laksa selamat dalam perut dia.

Sepanjang 8 minit perjalanan aku drive balik office tadi, kepala aku asyik fikir. Hari ni pagi2 Tuhan dah bagi aku 1 sebab untuk rasa sedih. Tapi baru separuh hari, aku rasa aku dah ada 1000 sebab untuk ketawa + rasa gembira. Kalaulah pagi tadi aku sugul ke, menangis ke, marah ke, for sure petang hari ni aku akan rasa sangat malu pada Allah. Haih.  ^__^
  

Dan Allah Ta’ala berfirman:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأَمْوَالِ وَالأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155)

Source: fakhrulrasib


Kadang2 sebagai manusia, bila dapat satu teguran dari Allah, kita jadi lupa nak berterima kasih untuk sejuta lagi nikmat lain yang Dia berikan.
Harap2 aku, korang, kita semua termasuk golongan orang2 yang mendapat berita gembira. Amin.



Gaji Pertama

Entri ni khas untuk fresh grad yang baru dapat kerja. Tapi kalau yang dah kerja lama yang dah dapat gaji ke sepuluh ratus pun boleh baca. No hal.  ^____^ Apa nak buat dengan duit gaji pertama?
Kalau korang, apa korang beli

GAJI PERTAMA

Aku mula bekerja sejak usia 16 tahun. Dah sangat lama dan dah lupa pun apa aku buat dengan gaji pertama aku. Terpaksa tanya mama pulak untuk flashback. Masa tu weekend, tak sekolah so tolong mama kemas rumah orang. Untuk sepanjang hari tu dari pagi sampai petang tuan rumah bagi RM30. Mama sedekah pulak RM10 dekat mak kawan aku yang bagitau ada orang nak cari maid kemaskan rumah. Dah tinggal RM20 tak tergamak rasanya aku nak share dengan mama sepuluh ringgit sorang. Jadi aku sedekahkan je bahagian aku tu dekat mama.

Rumah teres double storey camnila kami kemas. Besar woo, penat nak settlekan 1 rumah.

Ketika zaman aku muda remaja, mama aku kerja dekat housekeeping department di sebuah hotel dekat Cherating. Tiap kali cuti sekolah atau semester break (masa buat degree kat Shah Alam), aku akan buat part time kat hotel tu. Hampir semua department aku dah pernah join. Kitchen , F&B, Housekeeping, Admin. Habis satu hotel aku round. Tapi dalam entri ni aku takmau cerita pasal kerja, aku nak cerita pasal duit yang aku dapat tu.

Promote hotel Residence Inn Cherating sket.
Source: ric
Aku tak taulah hotel lain camner, tapi hotel yang aku kerja tu tak bayar on the spot lepas habis kerja. Lebih kurang selepas dua minggu baru part timer akan dapat upah. Sebab aku biasanya kerja masa sem break, bila aku dah start sem baru, barulah gaji aku masuk. Time tu biasanya duit PTPTN pun dah masuk jugak dan kebiasaanya lagi, duit yang aku buat part time tu aku hadiahkan kat mama je.
<Ini iklan racun serangga> Saja nak bagi korang tau mama aku sangat bertuah ada anak macam aku, huhu~~~

AFTER GRADUATE

Kerja yang aku officially buat selepas grad, ialah pada Julai 2009 sebagai Pensyarah. Berhijrahnya aku ke alam perkerjaan menamatkan zaman malap keluarga aku (sebab aku anak pertama yang berkerja). Gaji first aku pada awal bulan berikutnya. Muda lagi woo, masa tu umur 22 dah kerja. Aku masa tu mana ada refer orang-orang yang ada experience pasal gaji pertama nih. Aku memandai-mandai sendiri jek. Duit aku, suka hati akulah. Kata aku dengan bongkaknya, wahaha~~~

MISSION IMPOSSIBLE I

2, 3 hari sebelum gaji aku dah suruh mama list out barang-barang dapur yang dia nak. Mama pun dengan cutenye ikut je cakap aku (padahal dia menyampah nak layan pe'el aku), mama pun tulis siap dengan bajet sekali, dalam RM200 semua kot. Dapat je gaji, terus call abang long (pada masa tu tunangan along merangkap drebar aku, sebab aku takde kereta lagi).

Aku : "Abang long, jom kua beli barang dapur".
Abang long : "Angah nak beli kat mana?"
Aku : "Nirwana kot."
Abang long : "Bereh."

Tu dia, sampai pasaraya aku biar abang long tolak troli, aku kutip semua yang aku berkenan (excited terlebih), kutip, kutip lagi, dan lagi, dan lagi, tengok-tengok total RM350.00. Dengan bangganya aku bayar. On the way balik baru la perasan yang aku tak tengok pun list yang mama buat tu, hahahampeh @_@.

Macam ni lah lebih kurang gambarannya. Dalam plastik banyak2, pastu tayang kat tgh2 rumah.
Aku ada amek gambar dulu, tapi N70 aku dah hilang T___T
Source: puteri1
Balik rumah tak payah cerita la berapa punya kembang hidung aku dapat beli barang dapur untuk rumah. Dulu, pernah ada sorang mak cik ni suruh mama aku balik tangan kosong masa nak amek barang dapur kat kedai dia. Time tu gaji lambat, so mama lambat sket bayar hutang barang makan. Pada yang tak biasa alami keadaan macam ni, apa yang terjadi ialah, kami akan amek dulu barang makan kat kedai, then bila gaji mama masuk baru bayar. Dah bayar, amek balik barang makan untuk bulan depan. Macam tu lah seterusnya. 
Dah kata kerja dekat hotel, gaji bukannya masuk on time macam gomen. Bila lambat bayar tu, makcik tu tak bagi dah kami ambil barang untuk bulan depan. Padahal mama bukannya sengaja dan bulan-bulan sebelum tu tak pernah miss bayar pun.

Rasanya nak je aku cari mak cik tu pastu bagitau dia, "mak cik, sekarang kitorang dah tak hutang dah barang makan. Sebabnye? Sebab saya dah kerja. Saya dah mampu belikan barang makan untuk keluarga saya, tak payah nak hutang lagi." Tapi akhirnya aku tak cari pun mak cik tu. 
Mama tak bagi. 
Tak baik dendam kat orang mama cakap, nanti Tuhan amek balik rezeki tubaru tau. T___T ok, ok, insaf balik.

MISSION IMPOSSIBLE II

Next step, kutip semua bil. Bil letrik, bil air (masa tu Astro kami takdak lagi) siap tanya mama lagi takde bil lain dah angah nak bayar ni? Haha, ape ke sengalnya aku masa tuh.

Next weekend pergi bayar semua bil dekat TNB, SATU, semua buat manually sebab aku buta kayu lagi pasal online transaction walaupun aku seorang graduan. Heheh~~~

Dulu mama galas tugas abah support family. Lepas tu aku ambil alih dari mama. Aku pulak yang tanggung keluarga aku. Yang pasti aku bangga dapat support family. Siapa kata anak perempuan tak mampu jaga family ye dak? Aku tanggung whole family aku ok jek.

Jangan lupa keep all the bills transaction leklok, sebagai reference.

MISSION IMPOSSIBLE III

Tak lengkap cerita gaji ni tanpa cerita barang 'sentimental value' rasanya. Sebab aku dah habiskan duit aku untuk rumah, barang 'sentimental value' yang dibeli hasil duit gaji pertama aku adalah 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaaa.......SEBUAH BASIKAL!! 


Mak adik pandai bawak jek, basuh malas

 Hehe, comel je warna kuning. Masa aku beli basikal ni adik baru 4 tahun. Belum pandai kayuh pun. Sebab teringin nak tengok dia kayuh, tiap2 petang abah dengan aku gilir-gilir pegang basikal tu sambil dia kayuh. Ada sorang mak cik ni, jiran aku jugak la selalu tegur bila mak adik keluar dengan basikal kuning dia.

Adik , 4 years old with me.
By the time adik pandai kayuh basikal tu, mak cik tu dah pun meninggal. Innalillah...Tak sempat pun dia tengok. Mana tak nye, aku beli basikal Ogos 2009, Julai 2012 baru dia pandai bawak basikal tuh. adik....adik....
Tu lah cerita gaji pertama aku. Ntah yang mana satu nak di'consider' sebagai gaji pertama pun tak tau. 


PERINGATAN

Itu cerita aku. Kan aku dah cakap awal2 tadi aku takde mintak khidmat nasihat sesiapapun, aku belanja sesuka hati je. Tak planning pun. Tapi korang jangan camtu, sebaik-baiknya plan sejak gaji pertama lagi bak kata abang long aku. Pastikan gaji itu bermanfaat. Walaupun sedikit, tapi berkat.

Jadi, kalau korang tanya kak ilah korang ni apa nak buat dengan gaji pertama korang, saranan aku ialah:-

1. Bagi kat mak korang!
Bagilah sedikit kat mak bapak, amek berkat kata orang. Nanti korang jangan pulak gaji pertama je hulur kat mak bapak, gaji lepas2 tu takde dah. Lempang sekali nak?

 2. Saving 
Abang long pernah pesan dulu, at least simpanlah 10% dari gaji (tapi aku tak buat pon, almaklumlah degil). Let say gaji korang RM1000, korang pejam mata je dan anggap je gaji korang sebenarnya RM900 je, simpan RM100. It's better to have 2nd bank account. Asingkan duit tu dan tak payah fikir-fikir lagi dah. Aku baru je mula menyimpan dan menyesal tak mula lebih awal. Percayalah, mesti lagi senang istiqamah menyimpan kalau dah mula dari gaji pertama. Sebab starting korang kerja walaupun gaji kecik, tapi kurang komitmen. Semakin besar gaji korang, tanggungjawab pun makin berat. Macam aku, all my income dalam CIMB, senang sebab aku guna CIMB click. Mudah nak transfer sini sana. Saving pulak dalam Bank Islam. Takdelah terpakai duit saving tu.

3.SEDEKAH, SEDEKAH & SEDEKAH
Dah aku tulis sampai tiga kali nih, jangan korang pergi sedekah sampai 3 juta ringgit pulak. Pastu hujung bulan dah pokai menyusahkan orang pulak. Kalau boleh, walaupun sikit hulurlah sikit harta benda, wang ringgit korang yang berlebih tu kat sape-sape kalau mampu. Bukan apa, dalam limpahan rezeki yang Allah bagi dekat kita, terselit jugak hak mereka2 yang memerlukan. Korang jangan ingat duit tu hak korang sensorang jek.

4. Bayar Loan
Yang belajar guna biasiswa (kerajaan, mana-mana badan atau Pa&Ma) sila skip ke no. 5.
Belajar tinggi-tinggi, pinjam duit pandai korang ye. Dah kerja, tamao bayar. Happada. Korang pun taknak amalan korang tergantung mati esok-esok kan. Nak? Taknak kan. So, bayarlah hutang tu. Anak orang lain pun nak pakai jugak, nak belajar. Bukan ko sorang je. 
JANGAN TANGGUH!! Bayar start gaji pertama. Kalau korang start bertangguh, korang akan liat nak mula membayar. Lagipun dia akan kacau korang punya monthly financial planning. Yela, sebelum-sebelum tak bayar, tetiba nak bayar. Kan senang kalau mula dari gaji pertama lagi =)

5. Cenderahati
Since aku tak beli pape untuk diri sendiri masa gaji pertama, satu-satunya benda yang ada 'sentimental value' yang mengingatkan aku pada gaji pertama aku adalah basikal kuning adik. yiiha!! Korang belilah apa2 untuk diri sendiri, kalau boleh benda yang boleh disimpan sampai bila2. Kenangan gaji pertama korang ^_^
Last but not least...
.
.
.
.
.
Korang kena jugak jugak baca post gaji pertama dari blog kereta mayat ni. Aku sendiri dah 7, 8 kali baca. Aku baca banyak kali sebab 
1. aku suka penulisan entri ni, 
2. aku sangat2 setuju dengan saranan En. Kereta Mayat. 
Korang belilah sebuah......

6. Rak Buku
Aku menyesal gaji pertama dulu tak beli rak buku. Sekarang aku dah ada banyak buku, tapi aku still takde rak buku. Aku sumbat je semua buku dalam almari. Sama macam saranan En. Kereta Mayat, aku dan B ada projek buku kami sendiri.

~~Projek buku~~
Tiap kali gaji kami akan beli sebuah buku. For sentimental value purpose, kitorang akan bayar buku yang sorang lagi. B bayar buku aku, aku bayar buku B. As if buku tu hadiah kami untuk satu sama lain. Itu yang buat buku tu lagi valuable ^___^ bajet sweet je kan. So, tiap bulan dapat 2 buah buku. Lepas habis baca, kami akan exchange buku tu. Aku lebih kepada genre non-fiction and sometimes novel. B pulak suka buku-buku ilmiah, islamik, iq twister and sometime buku yang famous macam sekarang ni dia nak sangat-sangat buku Stephen Hawking. Don't worry, later on I'll share with you guys our books.


B, sayang nak yang comel + besar macam ni ^____^
Source: apartmenttherapy

Cuma kami tambah satu lagi rule, siapa tak habis baca bulan depan tak dapat buku baru. Gotcha!! Kita kena baca buku, kalau tak lama-lama otak jadi beku.

Lagipun bukankah wahyu pertama yang disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh Jibril adalah seruan agar kita membaca (menuntut ilmu)?


Wallahualam. So, korang pulak camne? Apa korang buat dengan gaji pertama korang? Kalau ada additional suggestion share la dengan aku =)

Wordless Wednesday



Source: mytreehousetreasures


Aku, Dia & Pearl




Thanx B. Semangat nak sedondon raya ritu ^____^
My pearl brooch & his pearl button.


TV Hitam Putih



IKAN KALOI

Pernah dengar tak lagu ni? Ni lagu feveret sepanjang zaman. Kenapa sepanjang zaman? Sebab dari zaman atuk, sampai mama, sampailah aku. Semua minat lagu ni :) Sekarang, Izzah pun dah pandai nyanyi lagu ni. Nih link dia.


Wahai perigi... perigi airnya biru
tempat bermain... bermain pari dan mambang

Mohon izinkan hamba merayu ibu
izinkan hamba merayu ibu
bagi penawar hatiku yang bimbang
wahai bonda ibu kandungku

Wahai bondaku
bondaku si ikan kaloi
timbullah bonda ooiii...
timbullah tunjukkan diri

Nasi malukut dengan sayur keladi
nasi malukut sayur keladi
untuk bondaku di pagi hari
wahai bonda ibu kandungku


FILEM DULU

Bagi aku, zaman bawang putih bawang merah, filem hitam putih, Studio Jalan Ampas, filem2 P.Ramlee adalah zaman kegemilangan filem melayu. Sebab banyak tengok cerita lama, kecik2 dulu selalu berangan nak kawen dengan Mustapha Maarof. Kantoi suda.




Source: majulah-the-film-music-of-zubir-said
Beliau sangat hensem. So, tak bolehlah nak salahkan beta, huhu.



Zaman tu kita buat filem ikut citarasa orang kita, budaya kita & kalau filem tu filem lawak sekalipun, banyak pengajaran boleh kita ambil jadi iktibar. Orang zaman dulu 'smart'. Lawak derang simple, tapi cukup makan dalam. Tak caye?


Source: v12gether
Jangan tamak haloba macam Kasim Baba. Harta dunia ni macam air laut, lagi minum lagi dahaga woo.


Biar muka hodoh, jangan bodoh! Kata cikgu Rose =)




Source: bombay-913
Bahasa jiwa bangsa. Ada reti??



Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan kat sini? Isu2 yang berat + sensitif disampaikan pada masyarakat dengan begitu sinikal. Gelak, gelak jugak. Sentap, sentap jugak. Pada penonton yang rajin berfikir, kita dapat hiburan + pengajaran. Pada yang malas berfikir pun tetap tak balik tangan kosong. Tetap boleh gelak pecah perut dengan family ^___^ 


SCENE 1

Masih ingat lagi satu scene dalam filem Bujang Lapok? P.Ramlee kejar satu awek ni. Nama dia Perani. Awek ni guna muka lawa dia untuk tipu pakwe2 yang nak menggatal dengan dia. P.Ramlee tunjuk dengan jelas dalam citer tu betapa daif kehidupan watak Perani tu (yang dijadikan alasan untuk menipu). Walaupun dah kejar sampai rumah, yang bestnyer hero tak confront that girl. Dia cuma nak tau cerita sebenar.

Dan bila kena tegur, awek tu dengan selamba cakap kat mak dia "mana mak lagi suka? Perani menipukah atau Perani menjual kehormatan dirikah?"
That scene ended dengan Ramli bermonolog "inilah sandiwara dunia".

Tidakkah ianya satu realiti yang manusia sering bagi alasan pada diri sendiri tiap kali nak buat sesuatu yang salah? Macam-macam alasan kita bagi pada diri untuk akhirnya meng'halal'kan perkara2 salah yang kita buat. Lama2, yang salah dah tak jadi salah lagi.

"Kalau aku tak buat, orang cakap aku buat. Baik aku buat."
"Kalau aku jahat orang keji. Kalau aku baik, jujur, tak makan duit haram, bila family aku susah bukan ada yang nak tolong pun."
"Aku buat hal sendiri je, takde kacau hidup orang pun."

Rasulullah SAW dah bagitau semua ni lebih 1400 tahun dulu. Orang2 bijak pandai dah nampak semua ni 30, 40 tahun dulu. Hari ini, dengan sebanyak2 peringatan yang ada ni, orang kita tetap jadi macam ni. Rosak.



SCENE 2

Satu lagi scene dalam Seniman Bujang Lapok. Bila Azis tegur Sudin yang nak buat majlis kahwin besar-besaran (B mesti mengutuk kalau baca ni). Tetiba jiran bilik sebelah gaduh laki-bini. Bini mintak cerai sebab laki tak pernah belikan bini barang kemas. Laki cakap, masa kahwin mak bapak bini mintak sampai RM5000. Laki takde duit, laki hutang banggali. Sampai anak tiga pun hutang tak habis bayar. Bunga bertambah. Siapa yang salah?



SCENE 3

Scene dalam cerita Tiga Abdul. Bila bapak dia meninggal (tanpa sempat sebut nama adik bongsu), Abdul Wahab + Abdul Wahib dah start kira berapa bahagian harta masing2 dapat. Mayat bapak dalam rumah lagi tu. Ish ish ish.



SCENE 4

Sudin + Ajis tengah 'belajar' skrip bila Ramli balik dating bawah pokok. Dua2 sumbat telinga sebab jiran sebelah pasang lagu joget kuat2. Lepas tu bini tua datang serang. Ayat killer dia " owh, kalau pasal berbini ikut undang2 Islam ya. Kalau sembahyang, puasa, kenapa tak ikut undang2 Islam?"

Ajis pulak tambah lauk "tu la sedara, berbini dua pandai. Undang2 bodo. Gilir2 la, satu malam sana, satu malam sini. Selamat malam."



SCENE 5

"Butang baju Melayu abang mana Pah?" Hehe. Bini siang malam main mahjong, last2 husband bukak cawangan baru. Sampai 3 pulak tu. Remember Ayah Haji mertua si Jamil? How sinical the fact that he didn't mad at Jamil walaupun dah menduakan (atau menigakan) anak dia sendiri. Bermadu itu pahit sedari, tapi tak salah di sisi agama. Bak kata Ahmad Nisfu, "musti adil. Sama rata, sama rasa." Nice. 


NEGATIF

It's not that tak ada unsur negatif langsung dalam cerita Melayu lama. Derang pun seksi. Pakaian derang lebih daring lagi. Ketat, melekat. Tu belum kira fasyen berkemban tak kira masa lagi tu. Kadang2 pun kita boleh perasan ada scene yang selamba je pegang gelas arak. Night club, pompuan joget, etc.etc. (Sekarang pun 2x5 je).

Mama cakap zaman tu ramai orang masih jahil pasal agama. Perempuan tak pakai tudung, selamba. Derang cuma letak selendang nipis atas kepala jadi aksesori. Lepas tahun 70-an bila ramai lepasan Al-Azhar, student2 kita yang study kat neagara timur tengah balik, baru lah pelan2 lifestyle makcik2 + pakcik2 ni jadi islamik semula.

Abaikan part negatif tu, maafkan kejahilan derang, kita ambil aspek positif untuk dijadikan bahan perbandingan.




FILEM SEKARANG

(I should write another entri for this.) Hoho. Susah nak kata. Bila ada filem berkualiti dihasilkan, kaya dengan nilai2 artistik, konfem-konfem filem tu akan gagal di pawagam. 

Paling2 pun dapat award (kalau dapatlah). Untung tadak.

Yang untung, Cina bukit yang buat movie yang ntah ape-ape. Rempit + lawak = Sampah.

  • Bila musim cerita hantu, semua nak buat cerita hantu. Bila musim cerita rempit, makan, tido, mandi, berak semua merempit.
  • Bila zaman Saiful Apek naik, bernanah bijik mata tengok semua cerita ada muka Apek.
  • Zaman Rosyam Nor, filem Rosyam Nor, drama Rosyam Nor, iklan Rosyam Nor.
  • Sampai tahap Rashid Sidek pun pernah diangkat jadi hero filem. Begitulah desperatenye kita nak cari unsur2 komersial untuk melakukan filem.
  • Kita pernah ada filem2 perang yang bagus. Leftenan Adnan, Embun, 1957 Hati Malaya, tapi takde dengar pun filem2 ni box office.
  • Sekarang pulak, zaman pelawak tengah in. Semua nak buat cerita lawak pulak. Kadang2 kelakar nye tuh sampai tahap nak gelak pun kesian. Slapstik.
  • Cerita islamik pulak? Hampeh!! So called islamic movie like Aku Masih Dara, Syurga Cinta, 7 Petala Cinta, macam2 cinta lagi lah...Haiyoo, tahap sampah. Kalau dah namanya nak cari keuntungan, tak payahlah buat cerita islamik bila sendiri tak faham apa itu Islam sebenarnya. Cerita pun dah tak laku. Nak buat orang tersentuh jauh sekali. Script writer, please, please, please, do some readings, do some homework!
Aku sokong filem Melayu woo. Baru bulan lepas tengok Aku Terima Nikahnya. Tapi hasilnya sangat3x hampeh. 

Next2 time kalau ada filem2 best @ tak best yang aku tengok ke, tertengok secara tak sengaja ke, aku bagi review kat korang ea (mama + adik2 aku rajin betul purchase movie kat Astro First tu. Hujung bulan, tengok bil, @_@ pensang) . Best jugak kalau ada entri2 khas untuk movie kan. Hurm, we'll see. Tapi kalau ada cerita yang korang rasa best tapi aku cakap tak best tak payahlah mengamuk pulak. Lain orang lain citarasanya ye dak?

P/s: Contoh cerita lama asyik bagi filem2 P.Ramlee je. Sorry, aku memang obses citer P.Ramlee. 

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol