Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Al-Fatihah untuk Kak Zah

Assalamualaikum.

Pagi tadi terima SMS dari mama, kawan tempat mama kerja dulu meninggal. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
Arwah dan mama sama-sama kerja mengemas bilik hotel, lama dulu. Masa tu aku belum habis degree lagi. Berbelas tahun kerja sama-sama. sejak aku sekolah rendah.

Allah S.W.T lah yang Maha Mengetahui segala sesuatu, dan dialah yang lebih menyayangi. Mungkin bagi kita, kehilangan seorang sahabat, jiran, teman baik malah seorang yang seperti ibu sendiri. Tapi bagi Allah S.W.T, kerana sifat Ar-Rahim, Dia menjemput hamba ini kembali ke sisiNya supaya tamat segala penderitaan, kesakitan, berakhir segala duka-lara. Jika kita kasih, Allah lebih kasih. Maka kita perlu redha.

Arwah semasa hayatnya menderita kanser peringkat 4. Walaupun harapan tipis, tapi dia optimis mahu meneruskan hidup, demi anak-anak.

Kenangan dengan arwah semasa zaman belajar dulu, dia sangat supportive kalau anak-anak sahabat belajar di peringkat lebih tinggi. Zaman tu, aku dan along di uni. Dia harap kami jadi contoh pada anak-anak dia yang lebih muda (anak-anak arwah sebaya ateh). Ingat dulu setiap mula semester, kalau mama mengadu tak cukup duit bila aku dan along nak balik uni lepas bercuti panjang, arwah akan bagi rantai di lehernya pada mama supaya gadaikan dan duitnya mama bagi untuk belanja kami sementara duit PT masuk. Bila PT masuk, kami tebus semula barang kemas arwah. Nak membantu dengan duit ringgit dia tak mampu, tapi tetap menolong sedaya mungkin.

Cubalah kalian fikirkan, dengan harta sebanyak mana dapat kami bayar pengorbanan sebesar itu? Seperti yang abah selalu pesan, kalau kita kasih pada seseorang jangan kuburkan arwah di tanah perkuburan. Kuburkan di hati. Tanda ingatan yang tak pernah padam, aku hadiahkan ayat-ayat suci supaya arwah damai di sana.

Sesungguhnya, Janji Allah Itu Benar. Mati Itu Pasti.
Al-Fatihah untuk Kak Zah.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol