Adam Keletah dan Mengomel

Assalamualaikum mommies. 
Adam sekarang dah makin banyak keletah. Makin dekat nak dapat adik, makin pandai. Mulut tu kuat sangat membebel. Tangan tu ada je benda nak capai, nak explore, nak masukkan dalam mulut. Kalau orang tanya “Adam buat pe tu?” Dia jawab “KEJE..KEJE..” Banyaklah dia punya kerja. Lepas tu dah pandai panggil orang “MEH SINI, MEH SINI” dengan tangan-tangan sekali duk lambai-lambai. Lately aki lah yang selalu jadi mangsa dia. Naik je atas riba aki, terus seluk tangan dalam poket baju lepas tu keluarkan apa-apa yang ada. Lighter ke, rokok ke, buat main. Kalau aki tanya "Adam cari apa?" Adam cakap "NAK EYOK EYOK" maknanya 'nak tengok'.

Hish, cari apa tu Adam?


Nak eyok eyok.
Dah tu, Adam pun dah pandai sebut "AKI, AKI". Akinya pulak, tak kisahlah si cucu tu nak buat apa pun dia biarkan aje. Ni budak ni dah pandai tolong sikatkan rambut aki. Tapi tak nampak makin elok pun rambut aki lepas kena sikat dengan Adam. Makin serabai nampaknya.






Aki dah jadi bestfriend dia. Mama pun tak boleh cakap ape.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol