Check Up Nenek

Assalamualaikum mommies.
Hari ni bawak nenek pergi buat full check up dekat Klinik Hijrah, Kemaman. Dah lama nak buat sebab nak tau nenek ada kencing manis ke tak. Sebab atuk dengan aki aku dua-dua ada kencing manis makanya ada faktor keturunanlah. Alkisah, bila cakap je nak pergi klinik, nenek pun sibuklah siapkan Adam. Siap bagi pakai baju lawa lagi. Macam nak pergi mana je. Sempatlah snap gambar karenah Adam dekat klinik.








Nenek dah siap ambil darah tadi. Tinggal hantar lab dan tunggu result. Nenek cakap tak sakit pun cucuk ambil darah. Dr. Tan memang bagus sangat, aku memang prefer cara dia consult patient sebab tu sanggup datang Klinik Hijrah ni walaupun Takaful MiCare tak cover. T_T Lepas ni buat appointment untuk ambil result dan kalau betul ada kencing manis, nenek kena start makan ubatlah. Aduhai, nenek dahlah sangat culas ubat.
Tinggal aki je lagi sorang degil tak mau pergi klinik buat check up. Takpe, jangan putus asa. Pujuk lagi, pujuk lagi.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol