Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Kuantan With Family

Assalamualaikum mommies.
Termenung 2 minit nak fikirkan tajuk entri je. Last-last, itu ajelah yang termampu. Ini kisah kami this weekend. Plan awalnya nak pergi Kuantan melawat isteri kawan kerja B, Sarol yang baru deliver baby. Alang-alang nak cari hadiah, bolehlah pusing-pusing Bandar Kuantan shopping dan jalan-jalan. Tapi macam-macam hal pulak jadi hari ni.

ADAM: DOWNGRADE SUSU
Masih ingat lagi kurang dari seminggu lepas, saya cerita Adam dah mula minum Friso Gold Step 3. Badan dia nampak bambam sangat 2,3 hari lepas minum tu. Muka pun nampak bulat. Ingatkan dia serasi dengan susu tu sampailah kelmarin, Adam poopoo keras sikit. Semalam tak berak langsung. Pagi ni, hah siap dia meraung masa nak buang air. Tuhan je tahu pedih hati ni tengok anak kesayangan dalam kesakitan macam tu. Menangis panggil "mama, mama" sambil peluk saya sambil menahan kesakitan. Najis Adam keras macam batu, punggung sampai berdarah-darah nak berak. Hancur luluh hati saya masa tu.
Bila Adam dah nampak ok sikit, kami bawak dia ke klinik. Doktor bagi Biscodyl suruh masukkan dalam punggung. Doktor suggest downgrade semula susu Adam ke susu yang dia minum sebelum ni. Nampaknya perut Adam tak dapat cerna susu tu dengan baik. Sebab tu jadi sembelit. Biasanya, susu yang banyak bahan tambahan macam Selenium, DHA untuk otak, bla bla bla molekul dia besar dan susah diserap oleh baby. Kronologi dia macam ni:-
1. Lagi lama najis tu berada dalam usus, makin banyak air diserap keluar oleh usus.
2. Makin banyak air diserap keluar, makin keras najis.
3. Makin keras najis, makin susah nak keluar.
So, kesimpulannya ialah the simpler the formula milk structure, the better. Ini doktor yang cakap ea, bukan aku. Bila dah tau punca masalah, maka kami memerlukan action plan. 1st; balik rumah dan sumbat Biscodyl masuk punggung Adam. Akhirnya semua najis yang dah beberapa hari mengeras tu keluar. Terus tertidur anak mama. Sayu hati tengok anak tertidur macam tu. Tapi takpelah, the worst dah berlalu. 2nd; Beli balik Frisolac yang macam Adam minum sebelum ni. Yang warna biru. 5 tin Friso Gold Step 3 yang dah terbeli tu kena bagi sedekah kat oranglah nampaknya.

Kena minum yang ni balik semula.
AL-FARABI
We are heading to Kuantan, jadi ajak abang singgah Al-Farabi terus buat booking untuk nak bersalin nanti. Tapi tak dapat jumpa doktor sebab today takde klinik. Kena set an appointment dulu. Next appointment: 11.03.2015.

MEGAMALL
Paw abah gula-gula besar.
"Abah, nak turun! Nak turn!"
Dah dapat upah pun masam jugak.
This time, kami decide untuk shopping hadiah baby Sarol dekat Megamall Kuantan. Kami sangat jarang datang Megamall sebenarnya. Sini boring sikit. Tapi boring-boring pun sempat lagi sambar hamper kaler pink untuk anak Sarol. Anak dia babygirl, tu yang excited sangat nak ber'pink' segala tu. East Coast Mall lagi baru, macam lagi syiok nak jalan-jalan, watch movie dan window shopping. Lagipun, sana ada Daiso. Hihi. Nak tau kenapa kami datang Megamall?

AYAM PENYET
Haa, ni lah sebab dia. Sebab B dah kemaruk dengan Ayam Penyet. Sebenarnya dekat ECM pun ada Ayam Penyet tapi kiosk dekat Megamall ni lagi luas dan selesa. Lah B, dah kalahkan orang pompuan pulak dia cerewet pasal tempat makan.



Le' Menu


Ok, mama dengan abah duduk diam-diam. Biar Adam tolong orderkan.
Air dah sampai. Mocha dan mangga blended.
Add caption

Bagi adik rasa dulu bah!!

Abah, kenapa tak bagi rasa? Kan adik yang order air ni tadi?

Mana makanan saya?

Makanan dah sampai.
Dia pulak yang bersungguh-sungguh makan.












Dey, tolong jangan cakap saya gemuk ek!!

MELAWAT BABY
Before balik Kemaman, kami pergi Perumahan Indera Mahkota melawat baby baru lahir. Safiyya namanya. Comel, tapi segan nak amik gambar. Nanti takut mak ayah dia cakap kau dah kenapa bersungguh sangat amik gambar anak aku. Lagipun kan ada mak ayah yang jenis 'pantang' ambil gambar baby baru lahir kan. So, tak berani lah.

Eh, bangunlah sayang. Kita nak pergi rumah Uncle Sarol ni.
AMMAR & UMMAR SAKIT LAGI
Rasanya baru lagi aku update pasal Ammar & Ummar kena chickenpox kan. Tadi along hantar whatsapp anak-anak warded pulak. This time sebab cirit-birit dan muntah berpanjangan. Badan dah kurang air, terpaksa warded sebab nak masukkan air, blood test dan pemantauan rapi.






Ya Allah, rahmatilah keluarga ini. Berilah ketabahan kepada kedua ibu dan bapa anak-anak syurga ini semasa menjaga anak-anak yang sakit dan menahan kepiluan hati melihat anak-anak yang sedang tidak sihat dan lemah. Penyakit ini dari Allah. Baik buruk, ianya tetap dari Allah. Allah yang menguji hambaNya, dan Dia jugak yang memberi ketabahan untuk kita menanggungnya.
Sekian dulu berita hari ni. Semoga esok, hari yang mendatang akan lebih barakah dan ceria. Bye mommies.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol