Nama Indah Buat Puteriku

Assalamualaikum mommies.

Pening cari nama anak kan. Kalau ikutkan, semua mak bapak nak nama yang elok, makna yang baik, sedap disebut. Tak ada mak ayah nak nama yang tak elok untuk anak dia. Cuma silapnya, nanti dah bagi nama cantik-cantik, lepas tu lain pulak nama panggilan dia. Boy, abang, adik, kakak, baby, gemok, eh ada ke orang panggil anak dia gemok?

Our experience with Adam, aku memang nak suruh B kasi nama anak kalau anak lelaki. Kalau anak perempuan barulah aku nak bagi suggestion. Tapi B ni kan, dia rileks je aku tengok.
Masa 6 bulan, aku tanya "abang, nama anak dah ada lom?" Belom.
Masuk 7 bulan, " abang dah cari nama anak?" Belom.
Masuk je 8 bulan, I was having panic attack. Aku macam rushing giler cari nama anak sebab abahnye rileks semacam jek. Dan dapatlah beberapa nama yang aku berkenan. I came out with...
Muhammad Falahuddin Naufal.
Muhammad Faqihuddin Rasyad.
Muhammad Salahuddin Ayyad.
Aku simpan elok-elok, tulis dalam diari sekali dengan makna dia sambil tunggu masa sesuai nak propose kat B.

Satu hari tu, masa aku dah sampai bulan, kira tunggu masa nak bersalin je ni. Dalam kereta (tak ingat dah pergi mana masa tu) tetiba B cakap
Yang, anak kita abang nak bagi nama ADAM. Ayang tambahlah nama yang ayang suka, tapi abang nak nama ADAM.
Wah, wah. Nampak tak aura seorang yang mempunyai kuasa veto di situ? Sebab aku memang dah berkenan sangat-sangat dengan nama Falahuddin Naufal tu, aku amiklah jugak nama Falahuddin tu letak belakang nama Adam maka jadilah Adam Falahuddin. Masa nak daftar nama tu, pesan siap-siap kat B, "abang jangan lupa taruk Muhammad dekat depan nama anak ye."

Baru-baru ni B reveal yang masa aku tengah pregnantkan Adam, B tengah hafal beberapa verse dari Al-Quran dan dalam verse yang dihafal tu ada mentioned Adam. Jadi dia nak sangat-sangat nama Adam tu untuk baby kami. So Adam, that's how abah and mama dapat nama Adam tau. Dah baca ni, jangan tanya-tanya lagi dah. Hehe.

As for our second child, our babygirl Inshaa Allah, ada miracle happen. Sama macam Adam, I came out with several name but I when the time comes, masa nak cakap kat B tu ada satu nama asyik berlegar-legar dalam kepala ni. Tak ada kena-mengena langsung dengan nama-nama yang aku cari before this. *****. Simple. One word. Indah.

Yang bestnye, elok masa aku nak bagitau B tu, B cakap
Abang, kalau nama perempuan abang suka nama *****.
I was like, "Abang!! Ayang pun nak nama tu." Wah, kali ni tak ada percanggahan langsung. Teruja sangat bila B pun terfikirkan nama yang sama. Sekarang cuma tinggal nak fikir nama apa nak tambah kat belakang nama yang kami pilih tu. Yang manis-manis.

Moga insan yang bakal lahir nanti semanis namanya.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol