Botol Baru Adam & Aisya

Assalamualaikum mommies.
Baru-baru ni FB Tommee Tippee FSO upload gambar botol baru lagi. Harga boleh tahan jugak RM27/bottle. Not bad la kan sebab yang ada warna-warni atau gambar-gambar ni selalunya US @ UK design. Tapi harga dia lebih murah dari standard botol Tommee Tippee yang biasa warna putih tu. Mana nak cari. Lagi satu elok je warna dia satu biru satu pink. Hah, elok dah belikan Adam satu Aisya satu. Siap terbayang-bayang di ruang mata Adam duk isap nenen botol biru, Aisya botol pink. Nampak tak how your brain keep giving you forgivable reason bila nak shopping. Hiks. 
Aku memang banyak history dengan botol Tommee Tippee ni. In fact, masa aku fully breast feed Adam dan Aisya, memang EBM tu bagi guna botol ni. Sebab lepas tiga bulan dah kena masuk kerja kan. Sebelum Adam lahir, aku dah beli Tommee Tippee starter kits macam dalam gambar kat bawah ni.[LINK] Pembelian yang nyata berbaloi-baloi sebab memang dah complete dengan bottle warmer, bottle sterilizer dan set botol susu pun memang banyak dia bagi. Senang kerja.
Pic Source
Next, masa ada sale kat Mid Valey. Banyak jugak aku rembat masa tu. 9 bijik botol rasanya. Tempah 10 biji, tapi ada 9 je available. Botol 5oz memang habis stok terus. Ini menunjukkan betapa ramainya ibu-ibu yang obses dengan botol susu seperti aku kat Malaysia ni. Hihi. Ayat cover perangai buruk gile shopping. [LINK]
Pic source
Next lagi, during preparation menyambut Aisya. Masa ni semua nak pinkish-pinkish jek. Almaklumlah babygirl kan. Pink Tommee Tippee Gift Set ni pun aku order dengan tuan FB yang sama ni jugak. Bila sampai, MashaAllah cute habis baq hang. Dalam set ni ada 1 botol 5oz, 1 botol 9oz, 1 pacifier (tak pernah guna pun), 1 bip, 1 set mitten & booties + hat and 1 napkin. Kain napkin dia memang lembut dan benang dia rapat-rapat sangat. Jauh sangat kualitinya bandingkan dengan napkin Anakku @ Disney.
Lagi lagi next, sebab Adam dah banyak botol spare yang aku beli kat Midval tadi, makanya Adam guna botol putih 9oz, aisya guna botol pink 5oz. Aisya kecik lagi time tu.
Ni masa mula-mula pindah rumah baru. Bulan puasa tahun lepas. Bulan pusa tahun ni, maknanya dah setahun duduk sini. Alhamdulillah.
Last sekali, ni gambar paling latest. Botol yang aku beli tu dah pun sampai. Comel sangat ada gambar buah pear kat depan. Dua-dua dah pakai botol 9oz. Tapi untuk Adam selalunya aku bancuh 8oz. Aisya pulak selalu minum 6oz jek. Sebab Aisya kuat makan, Adam macam kurang nak makan sikit sebab tu dia kuat minum susu. 
Itulah kisahnya. Dari awal baca entri ni pun dah tahu, yang ngengada obses dengan warna botol dan corak-corak segala ni adalah maknye. Yang si anak tu, kalo ko bubuh susu dalam tempurung pun disebatnye jugak. Apa ada hal?

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol