Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Melaka Trip 28 May 2016 (Part I)

Assalamualaikum mommies. 
Sambungan dari entri tadi [LINK]. Lepas B habis training kitorang balik rumah cepat-cepat packing apa yang patut, tinggalkan kunci rumah dekat saudara kitorang (sebab nak mintak tolong siramkan pokok bunga B), fetch atuk dekat rumah dia, dah siap semua dalam pukul 3 petang camtu kami gerak. Mungkin malam jugak akan sampai Dengkil.
Oh ye, this time punya trip yang pergi cuma aku, B dan anak-anak, mama dan Izzah serta atuk aku. Ateh dan abang teh tak dapat pergi sebab abang teh kena kerja. Memang frust tapi next time maybe. Abang teh awal-awal lagi dah hantar ateh dan Arissa balik Kuantan rumah mama dia. Jadi, sepanjang kami takde ni ateh tak payah duduk sorang-sorang kat rumah bila abang teh pergi kerja.

Ni masa dekat hentian Temerloh tadi. Entah hape-hape je tangkap gambar kat R&R bebanyak. Yang benornye geram kat bunga kertas belah kiri tu. Sebenarnya kami sampai tadi dah lewat sangat. Dekat pukul 10 malam. Jalan ramai-ramai camnilah. Setiap hentian yang kami tempuh tu kena berhenti. Kejap orang ni nak buang air, jap lagi orang lain pulak. Korang tak pandai nak membuang secara berjemaah eh? Hadoi. Pastu nanti jap lagi anak aku pun sama naik nak membuang jugak. Tapi diorang masih baby jadi tak disabitkan kesalahan. Eh.
Masa sampai tadi kami memang dah lunyai dengan badan yang penat, lapar lagi. Nasib baik along aku as tuan rumah dah siapkan special dishes untuk kitorang. Nasi lauk sambal udang petai dengan sayur bayam. Alhamdulillah, terima kasih tuan tanah, eh tuan rumah. Oklah, badan dah penat sangat nak rehat dulu. Esok nak jalan jauh lagi. Nak mandi jap, nak tido. Nite.

B Punya Safety Training

Assalamualaikum mommies.
Petang nanti kami dah nak gerak ke Dengkil. Dari sana akan konvoi dengan along ke Melaka. Tapi sempat lagi pagi ni B kena pergi Kuantan sebab kena attend company punya Safety Training. Plan asal dia ajak aku tu sebab nak suruh bawak Adam sekali. B cakap Adam mesti seronok main kat taman permainan. Aisya pulak tak boleh nak bawak sebab kalau dua-dua ada nanti aku pulak yang tak terkawal. Training tu dibuat dekat tepi tasik mana entah, dekat Kuantan. Memang cantik tempat ni. Khas untuk orang beriadah. Ada jogging track dan taman permainan untuk anak-anak. Tapi sayangnya, kami gerak awal pagi. Adam pun belum bangun lagi. Walaupun anak tak pergi, mak tetap nak pergi jugak. Heheh. Yang tu tak bleh nak kata apa la.
Cantik betul view.
Itu dia, baru nampak persertanya. Laju pulak laki aku ni berlari. Sempat lagi cakap kat dia masa dia lalu depan aku, 'slow-slow je bang, nanti penat." Hah, aci macam tu?
Dari tempat aku duduk ni, boleh nampak B punya training kat seberang sana. Nampaklah dari jauh B lari ulang alik, dan ada trainer yang ditugaskan untuk set masa dia. Aku tak pernah tau pun hubby aku boleh buat push up sebanyak dan secepat tu. Sebab tak pernah buat depan aku. Masa dalam kereta baru B cerita, dulu-dulu masa join kadet askar ke hape entah tapi pasukan beruniformlah dekat MRSM PC, push up 100 kali tu mainan jek. Aku cabar B buat seratus kali tapi letak Aisya atas belakang, terus B surrender. Hehehe. Nak cakap anak aku gemuk la tu.
Tengok tu, kalau bagitau dekat dia nak snap gambar mesti buat muka pelik-pelik.
Hah, kembangkan hidung pulak. Penat berlari katanya.
Barulah dapat gambar yang elok. Jambul tu yang buat kita jatuh hati dulu tu. Ouch!
Ok, kena balik cepat, barang tak packing lagi. Pukul 3 dah nak gerak. Agagagagga =/

Expectation VS Reality

Assalamualaikum mommies.
Pernah tak sebelum korang jadi ibu, membayangkan betapa indahnya jadi seorang ibu? Lepas tu bila dah jadi ibu camne? Indah tak? Hahahahah.
Sangat indah kan. Cuma expectation bebanding realiti sangatlah berbeza. Indah tetap indah Cuma dengan cara berbeza. A picture can speaks a thousand words kan? These pictures tell everything, Cuma kalau ada dua baby dalam gambar kat bawah ni, it will perfectly portray our family. 
B & me, with little Adam & Aisya. 








Dua Jenis Manusia

Kahkahkah. So true kan.
Me, type nombor 1. Kadang-kadang kalau terlampau letih dek aktiviti malam hari (seperti membancuh susu anak, anak bangun main tengah malam, teman anak tengok tv pukul 3.30 pagi dan sebagainya. Hihi, jangan salah faham ye) pernah jugak lepas terjaga tu terlena balik. Tapi bukan makin segar, makin penat lagi adalah.
Mengikut kajian (sorry, dah lupa baca kat mana), adalah sangat tidak disarankan oleh pakar untuk take a nap selepas bangun pagi. Sebabnya, sebaik saja kita lena buat kali kedua, we already in a new sleep cycle which we will not be able to finish. Sebab optimum duration untuk tidur ialah 8 jam kan dan kalau adult tu mungkin kurang sikit. Tapi kita mungkin sempat lelap 5-10 minit je. Sebab tu lah akan rasa sangat penat. Lebih kurang camtulah ikut kefahaman aku. Jadi, celik je mata tu, lekas-lekaslah pergi mandi ea. Jangan tidur balik!

Laki aku, dia type no. 2. Hehehheh. B, jangan marah sayang! I lebiu.


Jika




Sumber: FB

Our 3rd Anniversary

Alhamdulillah.
Genap 3 tahun pernikahan kami. Tiga tahun lepas, tarikh ni (malam ni dalam pukul 9 lebih) B tengah jabat tangan Tok Kadi dan dengan bersemangatnya melafazkan akad dan lepas tu dengan rasminya dia telah menghadiahkan title 'Puan' pada aku. Thihihi. Dahla semalam birthday aku. Berganda-ganda bahagianya. Cuba tengok Daisypath ni. Cantik angkanya.

Kahwin 3 tahun.
Adam 2 tahun.
Aisya 1 tahun.
I'm blessed. Ini sahaja hadiah terindah untuk aku. Ini lebih dari cukup.

Terima kasih sayang. Terima kasih sebab bagi saya peluang menikmati cinta. Terima kasih sebab jadikan hidup ini indah.
Bunga ni bukan dia belikan aku, aku yang yang belikan untuk dia. Appada B.

Last but not least, kami ada dua baby yang comel dan pandai. =)

Dari Kerana Mata.

Duk skroll skroll Fb dari tadi. Boring. Semua dah gerak balik Pekan. Biasalah hujung minggu camni. Sekeluarga balik rumah famili mertua. Mama dan Izzah ikut sekali. Aku pun B kerja malam pulak. Anak-anak pun dah tido. Baru perasan ramai betul yang share gambar jam Dior design baru ni. Sekali pandang terus jatuh hati.
Aduh....Biru memang menusuk kalbu betul kan. Sebenarnya ada banyak lagi kaler lain. Pepel, hijau, putih. Tapi entah kenapa yang biru ni eye cathcing sangat. Bila aku renung sedalam-dalamnya (cewah), perhatikan betul-betul, barulah perasan mak aih, putih melepak betul tangan model yang pakai jam biru ni. Jam lain-lain tu, tangan yang memakainya takde la putih sampai camtu sekali.
So sekarang aku confuse. Jam lawa ke, tangan model yang lawa. Eh?

Langkah pertama (Aisya Sudah Bertatih)

Assalamualaikum mommies.
Pagi tadi sedang siap-siap pergi kerja tiba-tiba tengok Aisya dah bertatih. Tapi dengan uminya. Excited sangat tengok. Dah agak dah Si Aisya ni macam dah nak berjalan sebab dia selalu bangun, meniti pegang kerusi meja, panjat sana panjat sini. Agak cepat sebenarnya compare to Adam. 13 bulan. Adam dulu 15 bulan baru boleh jalan. Sempatlah arwah aki tengok Adam bertatih 2, 3 langkah, jatuh. Bangun dan jatuh lagi. Tambah pulak dengan badan yang boleh tahan chubbynya. Memang nampak macam berat bontot sangat nak jalan. Hihi.
Orang tua-tua cakap budak kalau cepat bercakap, lambat jalannya. Aisya memang romeh mulut, banyak cakapnya. Tapi Alhamdulillah agak cepat jugak pandai jalan (sebenarnya lambat jugak, cuma lebih cepat compared to abangnya). As expected, mesti Aisya lagi cepat pandai jalan sebab Aisya merangkak masa umur 6 bulan, Adam pulak 9 bulan. Suka diingatkan di sini, progress anak-anak adalah perkara yang sangat bermakna bagi setiap ibu. Kerana kita sangat excited bila anak kita pandai merangkak, bertatih then berjalan. Sebab tu kita ingat every fact in detail ye. Kita ingat berapa bulan umur diorang masa mula-mula senyum, merangkak, berjalan, berlari. Bukan sebab nak sengaja nak compare anak yang ini cepat, anak yang ini lambat. Sebab setiap anak tu adalah berlainan fasa perkembangan mereka (wah, cakap macam pakar).
Back to our story, Aisya lagi senang disuruh berjalan dengan uminya. Kalau dengan aku, dia jalan macam nak berlari je lepas tu jatuh. Takpun, dia rendahkan badan pastu merangkak. Mudah, lagi cepat sampai agaknya. Pagi ni Aisya dapat 6 langkah. Quite an achievement. Tapi tak sempat nak ambik gambar. Mana nak pegang phone, nak galakkan dia jalan lagi, nak sambut dia lag. At last, tak snap gmabar pun. Malam baru dapat amik.
Hah, yang ni je ada. Seksi sikit sebab nak mandi. Kira bolehlah.

Waiting For 'Blue Tick'

Assalamualaikum mommies.
2 minggu lepas telefon B rosak. Salah sendiri. Dia letak phone atas bumbung kereta, pastu tak ingat. Masuk kereta, start, jalan. Bila dah start laju apa lagi phone tu pun melayang dan pecah berderai. Alahai B.
Kesian sangat kat dia sebab aku tau memang dia jaga phone dia leklok. Note II pulak memang terkenal lasak.  Sedangkan dengan aku yang lasak ni pun, masih ada hayat lagi Note II aku tuh. Bayangkanlah, tepon aku dah banyak kali giler jatuh, pastu aku asyik tak pakai phone cover. Bila jatuh habis tanggal-tanggal chrome dia. Untuk pengetahuan korang jugak pernah sekali tu phone aku terendam dalam besen yang penuh air. Aku pun tak tau dah berapa jam phone tu berendam dalam air. 
Ceritanya camni, malam tu Adam demam kuat. So, aku letak besen berisi air sejuk kat tepi tempat tidur aku. Pastu aku set alarm sejam sekali. Bimbang suhunya panas tetiba tengah malam dan aku tak sedar. Bila dah asyik bangun tengah malam tu, payah la pulak nak lelap semula. So aku godek-godek phone dan bila dah rasa ngantuk aku letak phone tepi bantal dan lelap sekejap sampailah alarm bunyi lagi jam berikutnya. Begitulah sepanjang malam. Aku rasa mungkin aku terlalu penat sampai tak sedar tertepis phone tu masuk dalam besen. Subuh tu, bila B kejutkan aku, "Yang! Yang!" Cemas bunyinya. B tunjukkan besen tu. Wah!! Phone tu siap menyala dalam air. Nasib baik lepas jemur bawah cahaya matahari Note aku hidup semula. 
Macam tulah lasaknya aku guna phone tu dan betapa tahan lasaknya Note II aku (bukan promote ye, testimony ikhlas). Lain dengan B, B sangat cermat orangnya. Sebab tu aku rasa kesian, sebab aku tau dia dah jaga sehabis baik. Sekali cuai, zass habes. Sedih pun ada jugak sebab ada sentimental value, phone tu kami beli sama-sama. Model sama cuma warna je lain. B punya hitam metallic, aku punya putih. Beli time aku tengah sarat mengandung, dan dapat phone lepas bersalinkan Adam. Dalam pantang duk amik gambar Adam dengan tepon baru je =)
Ni lah makhluknya. Dah hancur berkecai. Rasanya tak dapat repair lagi.
Oklah, yang banyak-banyak aku membebel tu baru intro pasal phone kami. Next chapter, nak cerita pasal perkara yang jauh lebih penting dan berharga dari phone tu sendiri. MY HUBBY. Alkisah bila dah beberapa hari tak ada phone tu memang nampak perubahan yang sangat ketara. Nampak sangat banyak masa extra (yang sebelum ni masa tu dipenuhi dengan pegang phone) yang dia dapat spend dengan aku dan anak-anak. Terasa diriku begitu berharga. Ahaks. Sebelum ni bukan dia tak main langsung dengan anak (suami saya sangat rapat dengan anak-anak ye), cuma bila takde phone ni lagi banyak masa nak main dengan anak. Mak nye jugak yang terabai. Sob, sob. 
Itu yang best. Yang tak best nye pulak, aku rasa kesian sangat tengok B bila tak ada phone. Selalunya bila lepas makan nasik dia akan lepak kat luar, belek-belek phone, war dulu seround, main Farm Heroes (dah level 400++). Sekarang nampak macam boring giler. Laki aku ni kerja shift, seminggu kerja 3-4 hari je maksimum. Selebihnya duk kat rumah. Memang nampak tetiba berubah jadi ulat buku (dah takde telefon, terpaksa bermanja dengan buku pulak) huhu. Jap, jap baca buku. Jap, jap baca buku. Tulah masalah kita perempuan ni kan. Bila somi asyik pegang phone, kita marah. "abang ni asyik pegang phone jek, asek-asek men COC. Cubalah bawak-bawak sembang dengan saya sama." Tudia, skrip drama pukul 7 petang aku. Tapi bila tak ada phone, jauh di sudut hati rasa kesian sangat bila tengok suami macam boring jek. Dull jek. Macam mati kutu tak tau nak buat apa kat rumah. Maka, dengan berat hatinya, 
"abang, abang belilah telepon baru. Ayang izinkan. Jangan cari bini baru sudah." Eh? 
Lagi satu, habit aku bila abang kerja malam selalunya aku akan update pasal anak-anak kat dia. Walaupun dia jenis jarang balas whatsapp, tapi bila naik blue tick tu hati aku dah cukup happy dah. Maknanya, mesej aku sampai dan dia dah baca apa yang aku nak bagitau. Semenjak minggu lepas, bila aku wassap abang dan tak nampak blue tick hati rasa sayu sangat. Sikit sebanyak aku boleh relate dengan perasaan seorang wanita yang sudah ketiadaan suami (suami meninggal especially). Macam keluarga mangsa MH370 & MH17 tu. Peritnya menanti "blue tick" yang tak mungkin akan muncul lagi. Sama macam bila aku send message kat no. arwah abah. Kadang-kadang macam berharap sangat nak tengok dekat message tu naik blue tick walaupun tahu itu mustahil. Ngeri bila difikir-fikirkan macam manalah kalau blue tick tu tak muncuk-muncul lagi. Naudzubillah. Pohon dijauhkan.
Sama-samalah kita menghargai masa-masa yang dianugerahkan Allah untuk kita bersama. Peringatan buat kalian dan untuk diri sendiri jugak. Kita tak tahu siapa yang akan pergi dulu. Kalau umur dia panjang pun, mungkin kita yang akan pergi dulu. 

Happy Birthday B, Happy Mother's Day To Me!

8th May, selamat hari lahir abang yang ke-29. Marks the end of your 20 series. Hihi. So, tahun ni last la boleh main-main dan berlagak muda lagi. Tahun depan kena berkelakuan macam orang 30-an pulak ye.
Saya bersyukur pada Allah setiap hari, dikurniakan awak sebagai teman hidup. Walaupun di awal perkenalan tak pernah menyangka awaklah yang Allah takdirkan untuk saya. Sayang doakan kita terus permimpinan tangan hingga ke Jannah. Sungguh, syurga Allah tidak murah. Maka tabahlah abang menghadapi segala dugaan hidup yang mendatang. Teruskanlah bersabar dengan karenah sayang dan anak-anak. Sesungguhnya, kami tidak sempurna.
Mama, Adam & Aisya sayang abah <3 <3 <3 
Pandang saya saje ye B. Sampai bila-bila. Jangan pandang pompuan lain. Hakhak.
Di kesempatan ni juga, nak ucapkan Selamat Hari Ibu pada mama dan ma. Angah doa kalau tidak sepenuhnya pun, kalau dapat mewarisi 70% dari ketabahan dan kesabaran mama dan ma angah dah rasa cukup hebat. Mama dan ma sumber inspirasi angah untuk terus memberi dan memberi untuk keluarga. Meletakkan keluarga sebagai keutamaan berbanding diri sendiri. Sesungguhnya, kamu berdua ibu yang hebat. Tiada kata-kata atau hadiah yang setimpal untuk menggambarkan kamu.
Ini wanita yang paling saya cintai di dunia ini.
Ibu Mertua yang sangat saya kasihi. Betui ni, bukan bodek. =) First love suami saya.


Al-fatihah Abah T_T

29 Tahun Adalah Usia Paling Busy?

Assalamualaikum mommies =)
Sekarang ni, rutin aku pagi-pagi sampai je office aku bukak web MSN Malaysia dulu. Briefly tengok apa cerita menarik berlaku dalam negara dewasa ini (perlu ke ayat cenni?). It takes 5 minutes only untuk aku dapat idea sikit apa yang sedang berlaku di luar dunia kecil aku.
My small world = suami, anak-anak dan keluarga aku.
 Seronok web ni. Complete dengan entertainment world, food, healthy lifestyle semua dia update. Seolah-olah macam pagi-pagi tu ambil masa 5 minit untuk baca paper kejap. Kerana jujurnya, aku tak ada masa untuk lepak baca paper sambil minum kopi, malah tak ada masa nak singgah kedai beli paper pun. Kadang-kadang nak breakfast pun tak sempat.
Pagi tadi terjah-terjah je website ni terjumpa satu artikel ni. [LINK]. Artikel ni cakap USIA PALING SIBUK DALAM KEHIDUPAN ADALAH 29 TAHUN. Lebih kurang camtu bunyi translate dia. Kebetulan pulak dengan aku yang lagi beberapa hari jek lagi nak cukup 29 tahun, terasa macam kena je artikel ni dengan diri ini. Cewah.
Sedikit quote dari artikel ni:-

People are at the busiest time of their lives at the very end of their twenties because of more personal commitments, growing "life admin" and ever-demanding social media, according to a survey.
Twenty-nine has been identified in a study as the most hectic time for adults, challenging the assumption that the middle-aged are the most harassed and time-pressed age group.
Secara generalnya, age gap yang dikatakan paling busy adalah antara 25-34 tahun. Tak dapat dinafikan oleh aku sendiri, inilah usianya ketika kita sedang membina keluarga, memulakan berbagai komitmen (rumah, kereta, hutang, etc, etc) dan mula bertapak dalam karier. Ini semua adalah kritikal dan memerlukan fokus yang tinggi. Ramai yang merasakan berjaya atau tidak seseorang itu pada fasa usia ini, akan menentukan berjaya atau tidaknya beliau sepanjang hidup yang akan datang.
Ini waktunya yang kita semua sentiasa sibuk mengejar sesuatu. Mengejar masa, mengejar deadline di office, mengejar temu janji dengan pelanggan, mengejar kedudukan yang lebih selesa dalam kerjaya, mengejar gaji yang lebih tinggi, belum termasuk janji dengan suami/isteri dan anak-anak. Ini semua menuntut masa dan tenaga.
Secara peribadi, fasa paling sibuk dalam hidup aku ialah 23-26 tahun. masa ni aku kerja siang malam kumpul duit. Di usia 24 tahun aku sudah punya sebuah pusat tuisyen. Kesibukan berkerja menuntut satu perkara yang sangat berharga dari aku. Kesihatan. Masuk 26 tahun aku melangkah ke alam rumahtangga. Sibuklah aku belajar menguruskan suami dan rumahtangga pulak. Sejak 2014 hingga sekarang sibuk aku masih tak habis-habis lagi. Sibuk menguruskan anak-anak pulak.
Kadang-kadang, dalam kesibukan 'mengejar' semua perkara yang sedang dikejar kita hampir terlupa pada sesetengah perkara. Perkara-perkara yang lebih bermakna dalam sisi kehidupan kita. Aku tak point dekat sesiapa, contoh terbaik adalah diri aku sendiri. 2 3 hari kebelakangan ni ada banyak tragedi yang berlaku dekat-dekat kawasan aku tapi aku tak tau pun. 
Semalam, ada anak gadis mati didera keluarga sendiri [LINK]. Ini kawasan perumahan colleague aku. Tak ada siapa pun di kawasan perumahan tu yang sedar budak ni dah bertahun-tahun didera. Betapa sibuknya kita semua.
Hari ni, seorang mak cik meninggal lepas dipukul penyamun beberapa hari lepas [LINK]. Taman Baiduri ni cuma selang satu perumahan dengan kawasan perumahan aku. Sedih.
Bila datang office pagi ni, kawan-kawan sibuk bercerita barulah aku tahu hujung pangkal. Kalau tak, sibuk dalam dunia sendiri sahaja. Betapa sibuknya kita sampai tiada masa nak ambil tahu hal jiran tetangga. Jangan-jangan, jiran rumah sebelah pun tak kenal. Woopps!
Lagi satu hasil kajian, social media pun terlalu banyak menuntut masa kita orang muda. Telefon 24/7 di tangan. FB, Twitter, Ig perlu diupdate setiap masa. Berpada-padalah kita dalam bersosial di alam maya ni kawan. Ada seorang kenalan aku ni, saudara dia cakap kalau pampers anak londeh ke, botol susu anak tertinggal kat mana-mana ke memang dia kurang nak peduli. Adik aku pun pernah ternampak dia ni suruh suaminya isikan makanan untuk mak dan nenek dia masa kenduri. Bukan mak si suami ye. Mak dia. Mertua dia pun selalu komplen dia ni asyik duk main telefon jek. Tapi sebab aku kenal dia ni dan memang friend FB aku jugak, hampir setiap hari jugaklah gambar selfie dia menerjah wall aku. Huhuhu. Ngeri kalau jadi obses camtu. Tapi diri sendiri pun pernah jugak tengah-tengah duk ralit mengulit phone, tetiba mak tegur
Angah, pampers anak dah londeh!
Ouch! 

Botol Baru Adam & Aisya

Assalamualaikum mommies.
Baru-baru ni FB Tommee Tippee FSO upload gambar botol baru lagi. Harga boleh tahan jugak RM27/bottle. Not bad la kan sebab yang ada warna-warni atau gambar-gambar ni selalunya US @ UK design. Tapi harga dia lebih murah dari standard botol Tommee Tippee yang biasa warna putih tu. Mana nak cari. Lagi satu elok je warna dia satu biru satu pink. Hah, elok dah belikan Adam satu Aisya satu. Siap terbayang-bayang di ruang mata Adam duk isap nenen botol biru, Aisya botol pink. Nampak tak how your brain keep giving you forgivable reason bila nak shopping. Hiks. 
Aku memang banyak history dengan botol Tommee Tippee ni. In fact, masa aku fully breast feed Adam dan Aisya, memang EBM tu bagi guna botol ni. Sebab lepas tiga bulan dah kena masuk kerja kan. Sebelum Adam lahir, aku dah beli Tommee Tippee starter kits macam dalam gambar kat bawah ni.[LINK] Pembelian yang nyata berbaloi-baloi sebab memang dah complete dengan bottle warmer, bottle sterilizer dan set botol susu pun memang banyak dia bagi. Senang kerja.
Pic Source
Next, masa ada sale kat Mid Valey. Banyak jugak aku rembat masa tu. 9 bijik botol rasanya. Tempah 10 biji, tapi ada 9 je available. Botol 5oz memang habis stok terus. Ini menunjukkan betapa ramainya ibu-ibu yang obses dengan botol susu seperti aku kat Malaysia ni. Hihi. Ayat cover perangai buruk gile shopping. [LINK]
Pic source
Next lagi, during preparation menyambut Aisya. Masa ni semua nak pinkish-pinkish jek. Almaklumlah babygirl kan. Pink Tommee Tippee Gift Set ni pun aku order dengan tuan FB yang sama ni jugak. Bila sampai, MashaAllah cute habis baq hang. Dalam set ni ada 1 botol 5oz, 1 botol 9oz, 1 pacifier (tak pernah guna pun), 1 bip, 1 set mitten & booties + hat and 1 napkin. Kain napkin dia memang lembut dan benang dia rapat-rapat sangat. Jauh sangat kualitinya bandingkan dengan napkin Anakku @ Disney.
Lagi lagi next, sebab Adam dah banyak botol spare yang aku beli kat Midval tadi, makanya Adam guna botol putih 9oz, aisya guna botol pink 5oz. Aisya kecik lagi time tu.
Ni masa mula-mula pindah rumah baru. Bulan puasa tahun lepas. Bulan pusa tahun ni, maknanya dah setahun duduk sini. Alhamdulillah.
Last sekali, ni gambar paling latest. Botol yang aku beli tu dah pun sampai. Comel sangat ada gambar buah pear kat depan. Dua-dua dah pakai botol 9oz. Tapi untuk Adam selalunya aku bancuh 8oz. Aisya pulak selalu minum 6oz jek. Sebab Aisya kuat makan, Adam macam kurang nak makan sikit sebab tu dia kuat minum susu. 
Itulah kisahnya. Dari awal baca entri ni pun dah tahu, yang ngengada obses dengan warna botol dan corak-corak segala ni adalah maknye. Yang si anak tu, kalo ko bubuh susu dalam tempurung pun disebatnye jugak. Apa ada hal?
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol