Melaka Trip 28 May 2016 (Part I)

Assalamualaikum mommies. 
Sambungan dari entri tadi [LINK]. Lepas B habis training kitorang balik rumah cepat-cepat packing apa yang patut, tinggalkan kunci rumah dekat saudara kitorang (sebab nak mintak tolong siramkan pokok bunga B), fetch atuk dekat rumah dia, dah siap semua dalam pukul 3 petang camtu kami gerak. Mungkin malam jugak akan sampai Dengkil.
Oh ye, this time punya trip yang pergi cuma aku, B dan anak-anak, mama dan Izzah serta atuk aku. Ateh dan abang teh tak dapat pergi sebab abang teh kena kerja. Memang frust tapi next time maybe. Abang teh awal-awal lagi dah hantar ateh dan Arissa balik Kuantan rumah mama dia. Jadi, sepanjang kami takde ni ateh tak payah duduk sorang-sorang kat rumah bila abang teh pergi kerja.

Ni masa dekat hentian Temerloh tadi. Entah hape-hape je tangkap gambar kat R&R bebanyak. Yang benornye geram kat bunga kertas belah kiri tu. Sebenarnya kami sampai tadi dah lewat sangat. Dekat pukul 10 malam. Jalan ramai-ramai camnilah. Setiap hentian yang kami tempuh tu kena berhenti. Kejap orang ni nak buang air, jap lagi orang lain pulak. Korang tak pandai nak membuang secara berjemaah eh? Hadoi. Pastu nanti jap lagi anak aku pun sama naik nak membuang jugak. Tapi diorang masih baby jadi tak disabitkan kesalahan. Eh.
Masa sampai tadi kami memang dah lunyai dengan badan yang penat, lapar lagi. Nasib baik along aku as tuan rumah dah siapkan special dishes untuk kitorang. Nasi lauk sambal udang petai dengan sayur bayam. Alhamdulillah, terima kasih tuan tanah, eh tuan rumah. Oklah, badan dah penat sangat nak rehat dulu. Esok nak jalan jauh lagi. Nak mandi jap, nak tido. Nite.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol