Waiting For 'Blue Tick'

Assalamualaikum mommies.
2 minggu lepas telefon B rosak. Salah sendiri. Dia letak phone atas bumbung kereta, pastu tak ingat. Masuk kereta, start, jalan. Bila dah start laju apa lagi phone tu pun melayang dan pecah berderai. Alahai B.
Kesian sangat kat dia sebab aku tau memang dia jaga phone dia leklok. Note II pulak memang terkenal lasak.  Sedangkan dengan aku yang lasak ni pun, masih ada hayat lagi Note II aku tuh. Bayangkanlah, tepon aku dah banyak kali giler jatuh, pastu aku asyik tak pakai phone cover. Bila jatuh habis tanggal-tanggal chrome dia. Untuk pengetahuan korang jugak pernah sekali tu phone aku terendam dalam besen yang penuh air. Aku pun tak tau dah berapa jam phone tu berendam dalam air. 
Ceritanya camni, malam tu Adam demam kuat. So, aku letak besen berisi air sejuk kat tepi tempat tidur aku. Pastu aku set alarm sejam sekali. Bimbang suhunya panas tetiba tengah malam dan aku tak sedar. Bila dah asyik bangun tengah malam tu, payah la pulak nak lelap semula. So aku godek-godek phone dan bila dah rasa ngantuk aku letak phone tepi bantal dan lelap sekejap sampailah alarm bunyi lagi jam berikutnya. Begitulah sepanjang malam. Aku rasa mungkin aku terlalu penat sampai tak sedar tertepis phone tu masuk dalam besen. Subuh tu, bila B kejutkan aku, "Yang! Yang!" Cemas bunyinya. B tunjukkan besen tu. Wah!! Phone tu siap menyala dalam air. Nasib baik lepas jemur bawah cahaya matahari Note aku hidup semula. 
Macam tulah lasaknya aku guna phone tu dan betapa tahan lasaknya Note II aku (bukan promote ye, testimony ikhlas). Lain dengan B, B sangat cermat orangnya. Sebab tu aku rasa kesian, sebab aku tau dia dah jaga sehabis baik. Sekali cuai, zass habes. Sedih pun ada jugak sebab ada sentimental value, phone tu kami beli sama-sama. Model sama cuma warna je lain. B punya hitam metallic, aku punya putih. Beli time aku tengah sarat mengandung, dan dapat phone lepas bersalinkan Adam. Dalam pantang duk amik gambar Adam dengan tepon baru je =)
Ni lah makhluknya. Dah hancur berkecai. Rasanya tak dapat repair lagi.
Oklah, yang banyak-banyak aku membebel tu baru intro pasal phone kami. Next chapter, nak cerita pasal perkara yang jauh lebih penting dan berharga dari phone tu sendiri. MY HUBBY. Alkisah bila dah beberapa hari tak ada phone tu memang nampak perubahan yang sangat ketara. Nampak sangat banyak masa extra (yang sebelum ni masa tu dipenuhi dengan pegang phone) yang dia dapat spend dengan aku dan anak-anak. Terasa diriku begitu berharga. Ahaks. Sebelum ni bukan dia tak main langsung dengan anak (suami saya sangat rapat dengan anak-anak ye), cuma bila takde phone ni lagi banyak masa nak main dengan anak. Mak nye jugak yang terabai. Sob, sob. 
Itu yang best. Yang tak best nye pulak, aku rasa kesian sangat tengok B bila tak ada phone. Selalunya bila lepas makan nasik dia akan lepak kat luar, belek-belek phone, war dulu seround, main Farm Heroes (dah level 400++). Sekarang nampak macam boring giler. Laki aku ni kerja shift, seminggu kerja 3-4 hari je maksimum. Selebihnya duk kat rumah. Memang nampak tetiba berubah jadi ulat buku (dah takde telefon, terpaksa bermanja dengan buku pulak) huhu. Jap, jap baca buku. Jap, jap baca buku. Tulah masalah kita perempuan ni kan. Bila somi asyik pegang phone, kita marah. "abang ni asyik pegang phone jek, asek-asek men COC. Cubalah bawak-bawak sembang dengan saya sama." Tudia, skrip drama pukul 7 petang aku. Tapi bila tak ada phone, jauh di sudut hati rasa kesian sangat bila tengok suami macam boring jek. Dull jek. Macam mati kutu tak tau nak buat apa kat rumah. Maka, dengan berat hatinya, 
"abang, abang belilah telepon baru. Ayang izinkan. Jangan cari bini baru sudah." Eh? 
Lagi satu, habit aku bila abang kerja malam selalunya aku akan update pasal anak-anak kat dia. Walaupun dia jenis jarang balas whatsapp, tapi bila naik blue tick tu hati aku dah cukup happy dah. Maknanya, mesej aku sampai dan dia dah baca apa yang aku nak bagitau. Semenjak minggu lepas, bila aku wassap abang dan tak nampak blue tick hati rasa sayu sangat. Sikit sebanyak aku boleh relate dengan perasaan seorang wanita yang sudah ketiadaan suami (suami meninggal especially). Macam keluarga mangsa MH370 & MH17 tu. Peritnya menanti "blue tick" yang tak mungkin akan muncul lagi. Sama macam bila aku send message kat no. arwah abah. Kadang-kadang macam berharap sangat nak tengok dekat message tu naik blue tick walaupun tahu itu mustahil. Ngeri bila difikir-fikirkan macam manalah kalau blue tick tu tak muncuk-muncul lagi. Naudzubillah. Pohon dijauhkan.
Sama-samalah kita menghargai masa-masa yang dianugerahkan Allah untuk kita bersama. Peringatan buat kalian dan untuk diri sendiri jugak. Kita tak tahu siapa yang akan pergi dulu. Kalau umur dia panjang pun, mungkin kita yang akan pergi dulu. 

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol