Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Bukan Sempurna



MEMBEBEL

Pernah suatu masa lepas dah berbakul-bakul membebel dekat B, aku tanya B (kurang asam, dah bebel kat orang tu pastu boleh interview pulak).

"Kenapa selalu kalau sayang marah abang diam je?"

Aku jenis tak suka bercakap dengan tunggul. Kalau kita luahkan perasaan@ bebel @ marah (memang akan rasa lega) tapi kalau tak dapat response aku jadi confuse. Kadang2 jadi semakin hangin.

Adakah orang tu marah dengan apa yang keluar dari mulut kita?
Orang tua2 cakap, diam tanda setuju. Adakah diam kerana setuju? Atau kerana tidak setuju, tapi malas berbalah panjang lebar mungkin?
Takpun memang malas nak layan. Lantak ko lah cakap sensorang sampai penat.

Nak tau apa jawapan B?


Ape tengok-tengok? Ngee~~~

MUHASABAH

"Abang diam untuk berfikir. Abang memilih untuk anggap abang bukan sempurna. Kalau ada perbuatan abang yang buat sayang kurang senang, itu kerana abang tak sempurna. Tak sempurna untuk betul serba-serbi, tak sempurna untuk betul dalam segala hal."

"Sayang tau tak, bila kita anggap diri tak sempurna, kita takkan melenting bila dimarahi. Kalaupun pada abang, abang betul dan sayang salah abang akan 'tune' balik pemahaman sayang tu. Tapi bukan sekarang. Bila marah sayang dah reda nanti" .......pandang aku, pastu senyum.

Aku???

~~~Diam sampai rumah~~~


No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol