Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Dear Adam: Kenapa Tak Mau Botol Sayang? -Part II


(Entri ini sudah berhabuk dalam draft)

Dear Adam,

Untuk pengetahuan Adam yang manja, seperti dalam entri lalu there's still no progress untuk usaha mama, ibu, umi, nenek sejak beberapa hari lepas. Adam still tak nak menyusu dengan botol Tommee Tippee tu (come on Adam, bapaknye mahal mama beli botol tu tau tak). Macam-macam cara dah kami cuba. Ikut pengalaman dan saranan dari blogger2 yang dah lalui pengalaman sama.

1) Kulat Susu/ Oral Thrush


It starts with tompok-tompok putih kecil atas lidah Adam. 2, 3 hari kemudian tompok-tompok putih tu makin besar, banyak dan bercantum. Adam takde menangis ke demam, so mama assume benda tu tak sakit tapi menyebabkan kurang selesa nak menyusu.



  • Boleh mintak ubat sapu dekat klinik, sekali sapu esoknya terus hilang. Tapi Adam suka keluarkan air liur sebab ubat tu pahit (mama test dulu ubat tu before bagi Adam).
Macam nilah rupanya botol ubat tu.

  • Aki ada bagi madu untuk sapu atas lidah. Madu pun menjadi, sebab kawasan yang mama sapu atas lidah Adam, kulat tu hilang. Cuma ibu bagitau mama ada risiko bagi madu pada baby, baby mungkin alah pada spora dalam madu tu. I'm not dare to take the chance. Sebab tu mama mintak jugak ubat sapu kat klinik, tapi bila aki tanya mama cakap lidah Adam baik sebab madu tu. Hati orang tua kita kena jaga Adam.  


2) Fresh EBM VS Chilled EBM



Rasa EBM yang disejukkan/dibekukan mungkin kurang sedap berbanding yang fresh. Mama sendiri pun kadang-kadang rasa berbelah-bahagi nak bagi susu yang dicairkan tu. Tak tau berubah tak rasa dia. Dari segi bau tu memang tak dapat nak elak la sebab peti sejuk tu pun ada simpan makanan lain. So, mungkin EBM tu berbau macam makanan yang disimpan tu.

  • Kena selalu cuci fridge dan make sure makanan sejuk beku dan lauk-pauk tu simpan dalam bekas bertutup atau sealed.
  • Awal-awal ni mama akan bagi susu yang fresh dulu (tapi bagi guna botol bukan direct), pastu baru slow slow bagi chilled EBM, yang sehari, dua hari seterusnya yang beku. 




3) Nipple Confusion


Adam sangat manja dengan mama. Bukan Adam saja, semua bayi pun macam tu dengan ibu diorang. Perkara paling selesa bagi bayi adalah berdakapan dengan ibu. Tempat paling nikmat bagi bayi adalah nipple ibu. Suara yang paling merdu bagi bayi adalah suara ibu. Sebab ibu dan bayi adalah sangat rapat, bayi terlalu sensitif dengan bau ibunya. Dia kenal jika yang mendukungnya itu ibunya atau orang lain. Dia juga pandai membezakan puting ibunya dengan puting tiruan. 

Adam, Maha Suci Allah yang mengurniakan kefahaman dan kepandaian begitu pada makhluk sekecil Adam. Sebab itu mama bersyukur walaupun Adam refuse minum dari botol, itu menandakan anak mama ni bijak dan boleh sudah mampu membezakan sesuatu perkara.

  • Mama minta tolong nenek, abah, ibu, dan umi bagi Adam minum. Sebab Adam kenal mama, Adam tak mau menyusu botol dengan mama. Nak direct juga. Adam, Adam.
  • Dari internet, mama find out ada beberapa jenis puting yang recommended untuk baby yang refuse botol. Putingnya lembut dan bentuknya menyerupai puting ibu. Contohnya Tommee Tippee (out of choice), Avent, NUK, Dr. Brown dan MAM. Mama akan cuba satu-satu sampai jumpa yang Adam suka. Tommee Tippee punya puting tu buat hiasan kat rumah.

Puting NUK

  • Mama cuba susukan Adam sebelum menangis lapar. Masa Adam start masukkan tangan dalam mulut tu. Kadang-kadang masa Adam mamai-mamai masa hampir nak tidur tapi kadang-kadang tak menjadi jugak.
  • Ada yang suggest guna ikhtiar lain macam cup/syringe/sudu/tudung botol ubat. Mama tak try yang ni sebab takut sampai ke sudah Adam takmau hisap botol. Susah nenek nanti.
  • Kadang-kadang mama guna trick, baringkan Adam macam latching position, hadapkan muka ke dada mama lepas tu sumbat teat tu ke mulut.
  • Last sekali usaha mama, mama akan cakap dengan Adam. Pujuk Adam. Mama bagitau ni susu mama jugak, sedap. Adam kena minum kalau takmau lapar. Mama tau anak mama pandai, budak baik, dengar kata. Bayi ni suci dari dosa, hatinya lembut dan InsyaAllah boleh dipujuk. Adam akan faham mama sayangkan Adam. 
Semoga Adam dapat segala kebaikan dan khasiat dari titisan emas ini. Adam bertuah dapat mengecap nikmat susu ibu & mama bertuah terpilih untuk merasa nikmat menyususkan anak kesayangan mama. Mama takkan putus asa berdoa. 


No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol