Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Throwback - Adam 2 Month (Mat Edem)


Sila refresh balik muka Adam masa Newborn until 1 month old.  Masa tu umur sebulan. Pada 10 Mei 2014 yang lepas, 2 hari lepas Birthday B, Adam dah cukup 2 bulan usianya. Alhamdulilah. Adam ni progress dia sangat cepat. Lebih kurang umur dia 1 bulan 2 hari lebih kurang, dia dah smile for the first time. Cepat kan? Aku pun pelik. Kalau cerita kat orang pun orang tak percaya. Nasib baik ada bukti bergambar, heh. Tapi ramai yang cakap Adam cepat betul mengagah. Pandai bagi respon bila orang usik dia. Bila aku upload kat Fb pun oarang cakap, "wow, baru sebulan lebih dah pandai mengagah".

Masa ni Adam dah takde jaundis. Kalau perasan entri masa umur sebulan tu banyak gambar dia pejam mata, tidur aje, tak aktif. Sekarang dia dah start main. Lepas pantang, Adam dah tak berjaga malam, mujurlah. Dia tidur malam (bangun 2, 3 kali nak menyusu) pastu siang banyak main. Plus, he enjoyed his bathe time very much, tengkuk pun dah keras sikit takdelah seram sangat nak dukung ^_^

1 BULAN 1 MINGGU

Kecik sangat Adam masa ni.

Masa ni Adam senyum tak tunggu diagah. Dia senyum tiba-tiba je. Ikut suka hati dia. Kalau rasa nak senyum, dia senyum.



1 BULAN 2 MINGGU

Dah besar sikit. Besarlah sangat.

Masa baru lepas pantang.

"Hensem tak saya?"


Tidur gaya manja.

Masa ni Adam tengah kuat sangat menyusu. Habis lenguh-lenguh bahu susukan dia. Makin obvious yang dia ni penyuka budaknya. Selalu senyum. Boleh nampak muka dia makin tembam dan badan dia dah makin berisi. 


1 BULAN 3 MINGGU

Hi, am I cute? 

Hellllooo ladies...

Saya tak suke awak. Buwekkk.

Yes. Any problem?

Nape? nak gado ke?

Gambar ni Adam nampak tembam sangat kan.

Dah boleh tidur mengiring dan peluk bantal.

Masa ni adik Ummar dah lahir.

Tengok gambar-gambar Adam ni He can do various of facial expression by now. More respond towards affection. Selalu sengih-sengih, pandai angkat-angkat kening. Siap jelir kat orang lagi.


2 BULAN 


On the way balik kampung, umah nenek kat Kuala Krai.

At umah nenek.

Like father, like son.

On abah's birthday. Nak balik Kemaman dah.

My first visit at Mesra Mall. Datang jauh2 cuma untuk 'berry' and minum susu aje. 

Mok cik

"Hihihi, lucunye cerita ni moksu"

Jangan kacau saye.........

Hi all.  I'm Adam n I'm officially 2 months old today. Besarnya Adam punya fist. Looks weird.

Masa nak dekat 2 bulan ni, especially 4th week Adam dah macam pandai refuse botol. Masa tu kami kat Kuala Krai. Kesian uncles dengan aunties dia tak boleh main sangat dengan Adam sebab kerja dia pe'el dengan menyusu je. Since dia dah pandai tamao botol, dia asyik 'bergayut' dengan aku je. Apa pun tak boleh.
Adam, Adam. 


Lepas umur Adam cukup 2 bulan, almost semua baju yang dia pakai since newborn dah tak muat. Kenalah kemas baju-baju dia masuk storage box. Emotional sangat masa tu. Rasa macam cepatnya anak amam besar. Kalau nak shopping baju, dah kena beli 3-6 month punya saiz (kalau Disney, 3-6 month pun sendat-sendat je).

P/s: Ammar Faris mula-mula tak pandai sebut 'Adam'. Dia sebut Adam versi mat saleh (bunyi Edem). Tu yang aki sampai sekarang duk panggil 'mat edem' kat Adam =)

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol