(Entri ini juga sudah berhabuk dalam draft)
Adam, seorang sahabat lama mama post gambar ni dekat wall FB dia. Bila baca, terus terasa macam ni adalah teguran Allah buat mama. Macam mama cerita di dua entri (Part I dan Part II) sebelum ni, semakin dekat hari mama patut masuk kerja, hati mama makin bimbang. Perasaan bimbang tu makin kuat sampai mama lupa sepatutnya hari-hari akhir mama bercuti ni, mama patut enjoy breastfeed Adam sepuas-puasnya, main dengan Adam, manfaatkan sebaik-baiknya masa yang tinggal sedikit ni. Perasaan bimbang tu menghilangkan keseronokan mama.
Tapi kuasa Allah, bila hambaNya asyik memohon, pertolonganNya tiba tepat pada masanya. Abah ajak mama bawak Adam keluar jalan-jalan dekat The Store masa mama terjumpa produk dari Anakku ni. Nipple shields ni tujuan dia untuk avoid puting dari luka dan sakit masa menyusukan baby. Tapi mama dapat idea untuk guna shields ni supaya walaupun mama direct feed Adam, Adam dapat biasakan diri dengan bau silikon tu. Silikon ni pulak sangat soft jadi Adam tak merengek pun hisap susu walaupun mula-mula tu macam pelik. Bila dah familiar dengan bau silikon, harap-harap Adam tak mengamuk lagi bila mama bagi minum botol.
Dapat idea masa nampak nipple shield ni. |
Then, few days after masa Adam tengah nangis takmau botol, ibu suruh mama try botol adik Rifqi. Tiba-tiba, wah Adam hisap habis 2 oz. Sekarang mama tau, Adam nak botol Avent macam adik Rifqi. Malam tu jugak mama keluar Manjaku beli 2 bijik botol Avent yang mahal macam petir tu. 4oz punya, RM42 hengget. Choi!!
Tenkiu Rifqi sebab bagi abang Adam pinjam botol =) Cayanggg Rifqi. |
Akhirnya setelah bermacam-macam cara, berbagai-bagai ikhtiar, penyelesaian masalah kami muncul jua. Tadaaa!!!
Botol ni bukan Avent UK. Rasanya produk Philips Malaysia ni. Maybe yang UK punya kualiti lagi bagus. |
Bakponyo tok ghoyak nok botol Avent abe Ade weiiiii....... |
No comments:
Post a Comment