Tadi terbaca satu post ni, pasal pengurusan kewangan. Macam cantik je, macam comel je. Eh, silap. Macam interesting je. Rasa berminat sangat nak tulis pasal financial management pulak (tetiba jek. Ko dah kenapa?) Rasanya memang dah cukup layak bercerita pasal cara menguruskan dana sebab B dan aku bermula dari susah. Keluarga yang susah. Kami bermula bukan dari kosong (0), tapi negatif (-) sebab kedua-dua kami tanggung pembiayaan belajar dengan HUTANG. Kami mulakan kehidupan dengan berhutang.
Itu realiti.
Itu realiti.
Tapi kami keluar dari keadaan daif tu dan hidup lebih selasa sekarang despite of komitmen kami yang sangat besar terhadap keluarga dan hutang-hutang kami. Alhamdulillah, masih mampu hidup macam orang lain (yang tidak perlu berhutang untuk belajar dan kahwin, yang tidak ada komitmen untuk keluarga).
Satu je perkara yang tak melayakkan aku nak bercerita pasal topik ni. Aku dan B masih belum BEBAS HUTANG sepenuhnya. Wah, ko cakap macam cantik jek nak ajar orang uruskan duit, ko tu hutang keliling pinggang ye cik Bajilah. Aku dan B masih ada hutang:-
- PTPTN Aku
- PTPTN B
- Loan Kawin aku
- Loan Kawin B
Personal Loan- Hutang along (dulu along tolong belikan kereta 2nd hand cash untuk aku)
Mujurlah B tak pakai kereta baru, cuma pakai kereta Kancil yang famili dia bagi. Kalau tak, mesti lagi berat beban kami. Sebelum ni aku dah make full settlement untuk Personal Loan aku. One thing about loan (dari pengalaman sebenar akulah), masa meminjam kita rasa mampu dan kecik je amaun yang kena bayar bulan-bulan tu, tapi bila bayar mula rasa terbeban.
Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : "Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham".
Matlamat kami, nak bebas dari semua hutang (except for housing loan) by 2016. We are half way now. Yakin boleh! Bagi memastikan matlamat ni tercapai, kami spend over RM2000/month untuk hutang-hutang ni semua. Pehh, kalau dikumpul-kumpul boleh pergi hanimun 3, 4 kali setahun. One thing about us, kami sangat gigih bayar hutang. Biarlah kami tak mewah. Biarlah kami hidup berjimat. Asalkan hidup kami tenang tanpa hutang. Aku tak mau buat hutang baru lagi dah, biarlah aku belajar dari kesilapan dulu. Serik dah time membayar personal loan dulu.
Konklusinya, aku belum sedia bercerita soal kewangan. Aku belum layak dan aku takmau merapu benda-benda yang aku tak tau, which I don't experience it myself.
Sabar ye Bazilah. Tahun 2017 nanti baru tulis pasal Pengurusan Kewangan ye. Sabar!
No comments:
Post a Comment