Lebih kurang sepuluh hari umur Adam, pusat dia berdarah. Aku tengah cuci pusat dia. Tengah-tengah taruk alkohol tu, belek sana, belek sini, tetiba alamak!! Pusat dia berdarah. Apalagi, paniklah aku. Dahlah darah merah pekat, banyak pulak tu. Dah kesat-kesat dengan tisu pun berdarah lagi. Rasa nak nangis dah. Dah la takut baby sakit, takut kena marah dengan hubby lagi.
Bagitau B, B terus suggest bawak Adam pergi klinik. Kami pergi klinik paling dekat dengan tumah, Klinik Azmi. Dr. Azmi takde, masa tu wife dia Dr. Mazwin yang ada. Dengan muka cuak aku bagitau doktor, "pusat anak saya berdarah doktor". Tapi doktor rilek je (mesti Dr. Mazwin cakap dalam hati, eleh benda gitu pun nak gabra. Kecoh tol.) Doktor cakap takde pape. Tali pusat adam memang dah nak tanggal sangat-sangat dah, jadinya dia sangat kering. Bila kering tu senanglah berdarah. Aku bukan ape, risau tempat luka tu nanti bernanah ke, kena infection ke.
Doktor cakap takde masalah, nanti dia bagi Terramycin (antibact) supaya luka tak melarat. Tali pusat pun cepat tanggal. Lepas tanya beberapa soklan pasal pusat Adam, lepas dah puas hati, kami pun bawak baby keluar dari bilik doktor. Masa tunggu nak ambil ubat tu aku rasa macam ada yang sesuatu yang tak kena. Aku pun tanya B.
AKU : Abang, masa sembang dengan doktor tadi abang dengar tak sayang sebut apa. Sayang sebut umbilical cord kan? Sayang sebut betul kan?
B : (Sengih, sengih) Tak lah. awak sebut spinal cord tadi (sengih lagi. Menghanjeng aku ler tu).
AKU : Hah, ye ke? Alamak, camne leh sebut spinal cord pulak?? Haish, nebes sangat tadi. Sayang nak sebut umbilical cord jadi spinal cord pulak. Malunyerr kat Dr. Mazwin abang.
B : Len kali sebut jelah tali pusat. Kan senang. Ni nak jugak ber'umbilical cord' bagai.
AKU : Dulu masa kat UiTM, masa lab Bio, sayang pernah tersasul. Nak sebut tali pusat jadi tali leher. Satu kelas gelakkan sayang. Trauma tau tak. Taknak bagi tersasul lagi, sebutlah ikut omputih pulak. Sekali ikut omputih pun salah daa....
B : Kah kah kah
AKU : $#%$&^*&$#%*^$
P/s: Kenangan semasa dalam pantang, waktu umur Adam baru 10 hari. Masa ni, kalau ada pape je yang tak kena, cepat je nak ke klinik. Hihi. Gabra tul.
No comments:
Post a Comment