13.06.2014 - umur Adam genap 3 bulan 3 hari. Sama dengan umur Armand waktu dia dijemput Allah untuk menemaninya di sana. Terusik sangat jiwa aku hari itu. Siapa Armand?
Awal Mei baru-baru ni, aku dan B pertama kali bawak Adam balik kampung. Masa di sana aku terjumpa blog ini. Bacalah kisah puan Marini ini. Wanita tabah yang melalui pengalaman terburuk boleh dilalui sesiapa saja: melihat anak menghadap Ilahi sebelum kita sendiri. Dia wanita pemurah yang tidak lokek berkongsi kisah kehilangan anak kesayangannya, si kunang-kunang syurga, Mas Armand Saif Mas Aidif.
AL-FATIHAH BUAT ANAKKU
SUSU TERAKHIR BUAT ARMAND
SEBELUM DAN SELEPAS ARMAND PERGI
Tak ada sekalipun aku tak mengalirkan air mata tiap kali baca kisah Armand nukilan Marini. Aku tak pernah kenal empunya blog ini, tapi kami berkongsi rasa seolah-olah Marini itu kakak aku dan Armand itu anak aku. Pemergiannya cukup menyebalkan. Aku dan Marini sebaya, Adam dan Armand juga sebaya kini. Tapi aku tek pernah mampu membayangkan kalau aku di tempat Marini. Umur kami mungkin sama, tapi ketabahan kami bagai langit dan bumi. Allahuakbar.
Terlalu banyak iktibar yang aku kutip dari kisah ini. Malah blog Nini pun tak pernah aku tutup dalam phone aku. Tiap kali aku rasa lelah menguruskan Adam, bila datang perasaan ingin mengeluh, cepat-cepat aku buka cerita Nini. Cepat-cepat aku fikirkan Armand, cepat-cepat aku beristighfar. Aku bertuah, Adam masih di sisi. Tapi semuanya milik Allah, Allah boleh ambil kembali bila-bila masa.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Memang aku tak lalui apa yang Nini lalui, tapi menyoroti kisah kehilangan Armand buat aku jadi selalu mengingatkan diri bahawa tiada apa yang kekal di dunia ini. Tiada apa yang akan kekal di sisi kita. Allah pemilik segalanya, Allah berhak atas segalanya. Aku pun jadi lebih menghargai masa-masa yang aku ada kini. Dengan B. Dengan Adam. Aku tak tahu bila Allah akan 'jemput' mereka yang aku sayang, atau mungkin aku yang dijemput pulang dulu. Nini beruntung sudah punya anak syurga. Armand dah tak ada di sisi, tapi Armand sedang tunggu Nini di sana. Aku berdoa semoga Nini diberi ganjaran syurga atas ketabahan menghadapi dugaan seperit ini.
Aku sangat-sangat setuju dengan Nini, bila Allah uji kita dengan kehilangan, sebenarnya Allah sedang uji sejauh mana keihklasan kita dalam melafazkan syukur padaNya. Abah pun pernah cakap, banyak bezanya antara mereka yang bersyukur ketika ada dengan mereka yang tetap bersyukur serta redha ketika ada dan tiada. Nauzubillah.
Lepas ni, sentiasa ingat! Jangan pernah mengeluh. Aku sendiri selalu hampir putus asa bila keadaan di tempat kerja kurang menyenangkan, padahal bila pulang ke rumah aku punya keluarga hebat. Kita selalu rasa kitalah insan yang paling malang, paling susah, paling tertindas, paling payah paling sering diperlakukan dengan kejam, sedang hakikatnya insan-insan lain Allah uji dengan dugaan yang maha berat tapi mereka masih mampu mengucap syukur pada Allah. Mereka tetap tidak putus asa mengharap belas kasihan dari Allah. Tak malukah kita?
Akhir sekali, kita merancang, Allah menentukan. Sepertimana Nini yang punya banyak perancangan untuk keluarga kecilnya, kita semua pun begitu. Cuma jangan lupa, manusia ini merancang. Allah S.W.T adalah sebaik-baik perancang. Abah pernah cakap dulu. Kita manusia hidup dalam 3 Hari. Semalam, Hari ini, dan Esok. Semalam telah berlalu, tak mungkin kembali lagi. Semalam telah menjadi pengalaman. Maka tak perlu kita sesali apa pun yang dah terjadi. Belajar daripadanya, ambil iktibar. Itu lebih baik. Hargai hari ini, buat sebaik mungkin hari ini! Kerana cuma hari ini yang kita ada. Jangan pernah berkata, "aku akan buat esok" kerana esok belum pasti jadi milik kita. Abah, betapa betulnya apa yang abah bagitau.
Semoga kita semua sentiasa bersyukur dengan rahmatNya, dan mampu redha dengan ujian dariNya. Wallahualam.
Awal Mei baru-baru ni, aku dan B pertama kali bawak Adam balik kampung. Masa di sana aku terjumpa blog ini. Bacalah kisah puan Marini ini. Wanita tabah yang melalui pengalaman terburuk boleh dilalui sesiapa saja: melihat anak menghadap Ilahi sebelum kita sendiri. Dia wanita pemurah yang tidak lokek berkongsi kisah kehilangan anak kesayangannya, si kunang-kunang syurga, Mas Armand Saif Mas Aidif.
AL-FATIHAH BUAT ANAKKU
SUSU TERAKHIR BUAT ARMAND
SEBELUM DAN SELEPAS ARMAND PERGI
Tak ada sekalipun aku tak mengalirkan air mata tiap kali baca kisah Armand nukilan Marini. Aku tak pernah kenal empunya blog ini, tapi kami berkongsi rasa seolah-olah Marini itu kakak aku dan Armand itu anak aku. Pemergiannya cukup menyebalkan. Aku dan Marini sebaya, Adam dan Armand juga sebaya kini. Tapi aku tek pernah mampu membayangkan kalau aku di tempat Marini. Umur kami mungkin sama, tapi ketabahan kami bagai langit dan bumi. Allahuakbar.
Terlalu banyak iktibar yang aku kutip dari kisah ini. Malah blog Nini pun tak pernah aku tutup dalam phone aku. Tiap kali aku rasa lelah menguruskan Adam, bila datang perasaan ingin mengeluh, cepat-cepat aku buka cerita Nini. Cepat-cepat aku fikirkan Armand, cepat-cepat aku beristighfar. Aku bertuah, Adam masih di sisi. Tapi semuanya milik Allah, Allah boleh ambil kembali bila-bila masa.
MERASA SEMPURNA
Marini ada bercerita dia merasakan keluarga kecilnya cukup sempurna. Tapi siapa yang tidak? Punya karier yang stabil, dua anak dan suami yang penyayang sebagai pelengkap hidup. MasyaAllah. Aku pun macam tu. Dengan adanya B dan Adam, aku tak mahu apa-apa lagi. Terasa lengkap sudah hidup ini hingga selalunya kita terlupa mengharap padaNya dek kerana terlalu asyik dengan 'kecukupan' yang Dia kurniakan. Kita malas mengangkat tangan berdoa mengharap rahmatNya. Rahmat dan belas ehsan Allah tidak mendekatkan kita padaNya, malah semakin menjauhkan. Solat hujung waktu, beribadat ala kadar, hanya mengutamakan yang wajib, amalan sunat dipandang sepi. Seolah-olah kita tidak perlu kepada Allah, seolah-olah Allah yang perlu pada kita (bukan Nini yang begini, tapi aku. Peringatan buat diri aku). Maka Allah tarik salah satu nikmat hidup, kerana Dia kasihkan kita, Dia mahu kita kembali padaNya.
TIDAK ADA YANG KEKAL
Aku sangat-sangat setuju dengan Nini, bila Allah uji kita dengan kehilangan, sebenarnya Allah sedang uji sejauh mana keihklasan kita dalam melafazkan syukur padaNya. Abah pun pernah cakap, banyak bezanya antara mereka yang bersyukur ketika ada dengan mereka yang tetap bersyukur serta redha ketika ada dan tiada. Nauzubillah.
JANGAN MENGELUH
PERANCANGAN HAMBA
Semoga kita semua sentiasa bersyukur dengan rahmatNya, dan mampu redha dengan ujian dariNya. Wallahualam.
Nini, mintak izin abadikan wajah comel Armand di blog saya ye. Untuk kenangan. |
Betul pandangan sis..nini tu adalah isteri kpd kenalan saya en mas aidif..coretan nini juga cukup terkesan di hati saya. Tanpa sedar, sy dah namakan anak kedua saya dgn nama Saif Armand..kini berusia 3 bulan..mmg mencabar jaga bayi ni.sama sama lah kita muhasabah diri.
ReplyDeleteSedih kan...kalau sis ada peluang, kirim salam saya pada nini ya....mungkin sebab kita ni dah jadi mak orang, touching tu lebih...
DeleteAssalamualaikum Bazilah,
ReplyDeleteSaya Marini (Nini), ibu Armand yang sis sebutkan dalam entri ini. Saya terjumpa blog sis dalam carian google saya tadi.
Saya cuma nak cakap terima kasih sangat pada sis sebab sudi tulis tentang anak syurga saya, Armand. Dan juga serba sedikit tentang saya sendiri. Sungguh tak pernah expect akan ada pembaca sudi tulis begini. Terima kasih sangat, cukup tersentuh hati saya baca cerita dan pandangan sis dalam entri ini.
Saya harap kita dapat berkawan melalui blog. Saya pun dah masukkan link blog sis di Destiny. Mana tahu satu hari nanti kita dapat berdua muka dan berkenalan di alam nyata.
Semoga Adam terus membesar dengan sihat, cerdik dan terpelihara dari segala bahaya dan kejahatan di dunia ini.
Salam sayang dari saya, Aliff dan Armand.
W'salam Nini. Semalam lagi dah baca commect awak tapi terkejut & speechless sangat sampai tau tau nak reply camne. U dont know how much this meant to me. Terharu sangat.
DeleteSaya sangat berbesar hati untuk jadi kawan Nini & yeah, hope we'll meet soon.
Terima kasih yang teramat sangat sebab doakan kebaikan Adam. Saya doakan yang sama untuk Nini dan keluarga.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.......
allahuakbar...tak ada yg mmpu dluahkan..hya airmata yg xptus2 brlinang..lbh2 lg bl tgok gmbar arwah armand..hati keibuan sy spt disiat2..salam syg untuk mu anak syurga..
ReplyDeleteBenar sis. Setiap kali baca pun masih akan menangis lagi.
Delete