Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Kereta Kita


Abah, angah dah bawak balik kereta kita T_T

#Al-Fatihah Abah

Mat Dodam & Mek Chaa

Assalamualaikum mommies.
Semalam emo sikit. 1st time dalam enam tahun ni, hulur duit dekat mama dan cuma mama sorang saje. Biasa hulur dekat mama dan abah sekali. T_T 1st time juga dalam enam tahun ni tak dapat lagi tengok abah tadah tangan tinggi-tinggi doakan kesejahteraan aku dan family. Doakan aku murah rezeki. Sekarang tinggal doa mama sahaja pelengkap hidup. Allahurabbi.
Angah rindu sangat abah.
Dah, dah, ritu dah janji dengan abah tak mau emo, emo lagi. Makanya nak update cerita bebudak berdua ni minggu ni. abang Adam minggu ni ada demam sikit. Nampak dari simptom-simptom tu, macam kecacingan. Dekat sini ada sorang mak cik tua yang sangat femes pandai buatkan air tawar kalau budak kecacingan. Mama suggest kat aku. Aku ok jek, tapi kalau lepas tu tak kebah jugak, memang aku angkut ke klinik jugaklah Mat Dodam nih. Tapi alhamdulillah, lepas mak cik tu jampikan adam, bagi minum air tawar, esoknya terus tak demam dah. Dia poopoo cair sikit, lepas tu dah ok. Mulut pun dah tak bau busuk, tidur pun dah tak menonggeng.
Doktor ada pesan, kalau anak sakit/demam, tak nak menyusu, bagi je dia minum apa je minuman yang dia suka. Make sure badan dia tak dehydrate. Kami pun apa lagi, habis benda yang Adam tak pernah rasa sebelum ni kami bagi. Ice blended perisa strawberry la (dia mampu habiskan segelas penuh sorang diri jek), ais krim la, dan macam-macam lagi. adam pulak, macam orang mengantuk disorongkan bantal busyuk, melahap sampai full body covered dgn aiskrim.

Macam tak demam jek.
Yang ni pulak, Adam diperdajalkan oleh abah dia masa baru balik kerja pagi, baru habis shift malam.

Stylo, stylo dah. Tapi ada air liur basi pulak.
Another new thing is, Adam dah kurang addicted dengan cerita katun. Disney movies semua tu. Dia dah minat action movie pulak. Geng dengan abah teh dia. Lately, kalau pasang cerita Ip Man tu kalau boleh dia nak melekap terus depan PC tu.

Syiok wooo.
Kepala melenggak sampai macam tu sekali.

Itu abangnya. Adiknya pulak lain kisahnya. Sepanjang minggu ni dah pandai angkat kepala tinggi-tingg. Dah besar, pandai tak mau baring. 

"Takmau baring la mama."
Lepas tu malam agak payah nak tidur. Kalau tidur pun macam kurang lena. Kalau nak lena, kena letak sebelah, peluk dia. Dah pandai tak mau tidur atas rocker.
Mula-mula mata bulat
Selepas didodoi 15 minit, mata mulai layu. Mama mula berangan nak meregangkan badan atas tilam.
Tiba-tiba, mata luas semula. Impian mama hancur!!
Dia selalu buat aku camni. Nampak mata macam nak tidur sangat-sangat dah. Tetiba, SEPRAIS!!! (tetiba mata bukak seluas alam) "Mama, adik tak nak tidur lagi."

Rupa-rupanya nak tidur atas riba. Awat tak habaq awai-awai.
"Adik tak mantok lagi. Malam ni mama teman adik lagi ye."
#Al-Fatihah Abah

Wordless Wednesday

#Al-Fatihah Abah

Sebulan Sudah Abah

Sebulan sudah abah.
Sebulan sudah tak cium pipi abah, cium tangan abah, pandang wajah abah, peluk abah.
Sebulan sudah tak tengok abah riba Adam.
Sebulan sudah tak dengar suara.
Sebulan sudah.
Semalam, angah dan abang ngah pacakkan kemboja putih di pusara abah. Rindu kami tak berpenghujung untuk abah.

NewMuslim
#Al-Fatihah Abah.

Al-Humazah (Pengumpat) 104:1-9


104:1 Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pengumpat, pencela.
104:2 Yang mengumpul-ngumpulkan harta dan menghitung-hitungnya.
104:3 Dia menyangka bahawa hartanya itulah yang akan memeliharanya.
104:4 Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia akan dihumbankan ke dalam Huthomah.
104:5 Dan sudahkan engkau tahu, apakah Huthamah itu?
104:6 (Itulah) Api neraka yang dinyalakan.
104:7 Yang menjulang ke atas segala hati itu.
104:8 Sesungguhnya neraka itu, atas mereka akan dikunci erat.
104:9 Dengan palang-palang yang panjang melintang.

#Al-Fatihah Abah

Gambar Adam Dari Phone Abah

Assalamualaikum moomies.
Tadi gogek-godek phone arwah abah. Rindu snagat. Dekat sebulan dah tak dengar suara dia. Aku baca balik whatsapp dia dengan aku. Benda yang kami bebelkan, kami sembang. Check dekat gallery dia. Ni gambar yang paling last abah ambil guna phone dia. Gambar Adam tengah makan.





Al-Fatihah abah T_T Angah rindu sangat. Angah akan jaga kesayangan abah ni baik-baik. Didik dia jadi orang baik-baik. Bila dia besar nanti, angah akan selalu cerita kat Adam pasal aki dia. Dia pernah ada aki yang sangat sayangkan dia. Angah akan selalu remind dia untuk sedekahkan ayat suci al-Quran untuk abah. Angah janji.

Pesan Abah

Assalamualaikum mommies.
I was 10 years old back then. Masa tu abah cakap, "Kakak, ingat apa abah pesan ni. Bila orang buat kesalahan pada kita, lupakan. Tapi bila orang buat kebaikan pada kita, ingat sampai mati. Sebaliknya pula bila kita buat kebaikan pada orang lain, lupakan. Tapi bila kita buat salah pada orang lain, ingat sampai mati."
"Sekarang umur kakak 10 tahun. Kakak tunggu lagi. Tunggu sampai 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun. Kalau suatu hari nanti ada orang bagitau kakak benda yang sama macam abah cakap ni, kakak bagitau abah ye".
Hari ini abah dah tak ada. Hanya pesan abah yang tinggal. Hari ini angah terfikir abah, pesan abah itu mudah, ringkas. Tapi sampai sekarang angah masih tak mampu buat apa yang abah pesan. Abah, payahnya nak lupakan kejahatan yang orang buat pada kita, tapi sangat mudah lupakan khilaf kita pada orang lain. Sama jugak seperti mudahnya kita lupakan kebaikan orang tapi bila kita sedekah 20 sen dekat pengemis kita akan ingat sangat macam kita bagi sedekah RM2000.
Alangkah baiknya kalau berjaya buat macam yang abah suruh. pasti tak ada tinggal sekelumit dendam dalam hati. Mesti tak ada sebesar zarah riak dan ujub akan betapa baiknya, betapa sucinya, betapa mulianya diri ni. Sekarang dah 18 tahun berlalu abah. Abah pun dah tak ada. Masih tak ada orang yang cakap benda sama dekat angah macam abah cakap. Tak pasti apakah akan ada. Angah akan tunggu lagi abah. Mungkin satu masaT_T
P/s: Masa tu abah masih belum panggil angah lagi. Panggil kakak.

#Al-Fatihah Abah

Monica Bay With Adam

Assalamualaikum mommies.
Petang tadi B datang ambil balik kerja dan singgah bawak Adam pergi Monica Bay. Dah quite some times tak pergi pantai. Adam nampak canggung dengan pasir pantai. Bila bukak selipar, dia jalan macam pelik. Rasa geli kot kaki kena pasir pantai.


Tapi sekejap je dia macam tu. Bila dah start main, ajak balik pun tak mau.







Adam sangat sukakan pantai. Sebijik macam mama dan arwah aki nya.

#Al-FatihahAbah

Happy 44th Birthday Aunty!!

Assalamualaikum mommies,
Hari ni ateh ajak pergi rumah mak mertua dia dekat Kuantan. Nak hantar kereta Waja dia. Dia dah jual Waja tu since bila abah takde, banyak sangat kereta nak dijaga maintanencenya. Persona lagi, Wira lagi, Storm lagi. Mana dengan installment, insurans & roadtax, maintainence lagi. Tak tahan weh. That's why ateh decided to let go her Waja. Sayang betul, tapi nak buat camne kan. Dia yang membayor, bukan aku.
Nak dijadikan cerita, kami pergi rumah aunty (mama abang Teh) petang tadi. To those yang belum tau, abang Teh adalah sepupu kami, jadi ibu mertua ateh adalah mak saudara kami jugak (pening tak?) aunty siap buatkan laksa Penang untuk kami dan kami lepak sampai malam.

Adam & Aisya with nenek. Wajah yang happy sebab dekat rumah aunty banyak kucing.
Kami lepak sampai malam sebab tetiba Qimah, adik abang Teh cakap dia nak celebrate birthday mama dia kat Taman Gelora malam ni. Jadi invite kami sama nak meriahkan majlis. The more the merrier lah kununnya. Kek pun dah hantar ke sana.

Seronoknya abah teh dia dah balik.
 Empunya diri tak tau langsung kami nak keluar sambut birthday dia. sebab kakak Qimah dah pesan awal-awal semua orang jangan wish happy birthday kat mama dia. Jadi aunty ingat kami nak keluar makan ramai-ramai aje.
Setibanya kat sana, kami order makanan dulu. Tengah-tengah sedap makan kira macam dah dekat-dekat nak habis, tadaaa!!! Qimah datang bawak kek untuk mama dia. Huhuhu. Aku dukung Aisya, jadi tak dapat nak snap moment-moment tu.

Mama & me.
Izzah.
Buah hati aku. Ateh, Izzah & Adam. Sama bulat je tiga-tiga.
Birthday girl ialah yang bertudung pink. Happy Birthday aunty.
Muhammad Adam Falahuddin.
 Dekat kedai makan tu ada skrin besar dan diorang pasang bola. Adam dah tak peduli orang lagi dah. Berdiri atas kerusi, pandang skrin, pastu jerit GOOOLLLLL!!!!
Anak abah.

Puteri Nuraisya Humaira.
Aisya pun tak meragam malam tu. Mujurlah. Senyum aje dan tak merengek langsung. Cuma kesian dia pakai baju lengan pendek dekat restoran tepi pantai. Sejuk weh.
Alhamdulillah. Sambutan yang sederhana tapi kejutannya menjadi. Sampai menangis aunty masa Qimah datang dengan kek tu dan wish birthday dia. Boleh faham perasaan terharu tu macam mana. Kita anak-anak, bila dah kerja, bila dah pegang duit sendiri, kita akan cuba sedaya-upaya memberi yang terbaik untuk ibu bapa kita kan. Nak bagi diorang happy. Sebab senyuman diorang sangat mahal bagi kita kan. Sweet sangat.
Dalam happy-happy tu, memang teringat sangat kat abah. Nak-nak abah genap 3 minggu tinggalkan kami hari ni. Abah orangnya sporting kalau ada celebration apa-apa camni. Kalau datang makan-makan kat luar, abah mesti request nak makan chicken chop. Tak lalu benau nak nengok chicken chop malam tu. Tapi Alhamdulillah aku tengok ateh, mama, Izzah walaupun sedih, semua berjaya sorok perasaan masing-masing malam tu. Tak nak rosakkan majlis orang. Dah kalau kita tengah sedih sekalipun, takkan sampai tak boleh nak tumpang happy untuk orang lain kan =)

#Al-FatihahAbah

Puteriku Nuraisya Humaira

Menulis sebagai terapi

Tadi tengahari balik lunch. Unexpectedly, Si Hijau dah tercongok dalam car porch. I was not informed earlier so boleh bayangkan betapa terkejutnya saya. My first reaction was,
ABAH!! ABAH DATANG RUMAH ANGAH!!!
Only then I realized, "Allah....kan abah dah tak ada". Dah almost 3 minggu abah pergi. Selama abah tak ada, hari ini hari yang paling sayu. Hari yang paling tak kuat. Hari yang paling banyak menangis. Rasa macam nak lepaskan semua rasa yang tersimpan beberapa minggu ni. Semua sayu yang dipendamkan. Semua air mata yang ditahan  kerana saya rasa perlu kuat untuk mama, untuk adik-adik. Tapi hari ini..........


Kebelakangan ini saya sangat rancak menulis. Lebih rancak lagi selepas abah tak ada. Sepertinya dengan menulis saya dapat kurangkan rasa pedih di hati. Distract diri saya dari menangis dan bantu saya lebih fokus dengan kerja. Saya perlukan ini. Saya perlukan terapi jiwa seperti ini. Ia buat saya rasa lebih gembira dan tenang dapat menulis dan berkongsi tentang abah. Supaya saya dapat berkongsi kisah lelaki hebat yang pernah menjadi pelengkap hidup saya. Hari ini, lelaki itu tiada lagi. Saya berdoa agar dapat menyentuh hidup lebih ramai orang dengan ceritanya, dapat memberi inspirasi kepada mereka yang tidak sempat kenal siapa dia.


Jangan bimbang abah. Angah akan teruskan hidup dan ceria seperti waktu abah ada. Angah ada untuk sapu airmata mama, tolong abang teh guide ateh dan tolong mama jagakan Izzah. Angah akan jaga elok-elok cucu-cucu kesayangan abah. Doa angah, tak putus-putus untuk abah dan tak ada sehari pun angah tak teringatkan abah. Jasad abah tiada, kelibat tak kelihatan, suara abah tak kedengaran tapi bagi angah abah ada dengan kami. Sangat dekat. Lebih dekat dari ketika hayat abah ada. Sebab angah dah semadikan abah dalam hati, satu tempat yang sangat istimewa dalam hati angah. Tempat abah kekal di situ. Sampai satu masa, kita jumpa lagi.
Sebelum tidur, telan sebijik Ponstan dulu. Sakit kepala banyak menangis. Harapnya ni yang last. Lepas ni, tak mau nangis-nangis lagi.

#Al-fatihahAbah

Terima Kasih Abah

Pic Source
#Alfatihah Abah.
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol