Assalamualaikum mommies,
suatu masa abah pernah cakap pada saya, dia mahu pulang sepertimana dia datang. Fakir. Kosong tanpa sebarang harta dunia. Itu yang abah bagitau saya bila dia letakkan nama anak-anak sebagai penama setiap kali dia beli sesuatu Allahurabbi. Selepas abah tiada, kami periksa beg duit abah. Memang cuma RM2 yang tinggal. Teringat pula saya kami anak-anak ada bagi duit sedikit sorang untuk belanja hari raya abah. Saya tanya ateh mana perginya semua duit abah? Ateh cakap duit yang anak-anak hadiahkan sebelum raya semuanya lebur untuk baiki Storm abah. Sejak dulu lagi, untuk merealisasikan apa yang dia kata (pulang kosong) abah tak pernah letakkan apa-apa pemilikan atas namanya. Sekian lama tinggal di rumah sewa, akhirnya kami punya rumah sendiri. Tapi rumah dan tanah abah itu atas nama mama. Kereta 2ndhand yang beli cash itu Ude penamanya. Bila abah nak berniaga, dengan sisa-sisa duit EPF yang ada abah beli Storm. Storm pun abah beli atas nama ateh. Abah sendiri fakir. Kosong. Langsung tak punya apa-apa. Tak ada sebarang harta milik empunya nama Tengku Azhar B. Engku Mat. Hanya ada kami, insan-insan yang sangat sayangkannya.
Mungkin seumur hidupnya di dunia ini abah selalu berdoa janganlah Allah s.w.t memberatkan urusan akhiratnya kerana harta dunianya. Seakan satu persatu episod kehilangan terjadi beberapa bulan sebelum abah meninggal. Mula-mula, bulan Februari. Si Hijau kesayangan abah rosak masa abah pergi KL atas urusan bisnes dan melawat along satu famili. Masa tu Si Hijau rosak pun tak terasa sangat sebab seminggu selepas tu abah beli Storm. Masih ada kenderaaan nak bergerak. Tepat 1 April, semasa abah tengah berhempas-pulas mengemas udang-udang putih yang dia nak jual, entah penyangak mana dah sebat wallet dan handphone abah. Handphone tu kami adik-beradik hadiahkan masa birthday abah tahun lepas. Mama dan abah dapat satu sorang handphone yang sama. Sepasang. Abah sayang sangat handphone tu. Kepada si penyangak: "saya tahu abah saya dah maafkan awak. Sebab iman dia tak kan sempurna selagi dia tak maafkan semua orang yang pernah berdosa dengan dia. Jadi saya pun maafkan awak walaupun awak pernah menyakiti dia."
Ateh bawak abah pergi Celcom, nak retrieve balik no phone yang abah yang hilang. No. 0199400522, tapi dah tak dapat sebab dah lebih dari sebulan. Ateh belikan abah no. baru, hampir-hampir sama dengan no. lama tapi aku tau mesti abah frust tak dapat balik no. lama. Dia dah guna since 2003 lagi. No. first abah pakai. Tak cukup lagi dengan tu, dua bulan lepas Storm pulak rosak. Start dari Storm rosak tu lah abah mula patah kaki dah tak dapat bergerak sana-sini. Terpaksa tumpang anak-anak kalau nak ke mana-mana. Macam-macam dah ayah De Man cuba. Lepas satu-satu penyakit Storm tu. Sampai akhir hayat abah pun dia tak dapat tengok Storm tu ok balik. Last sekali, seminggu sebelum abah meninggal. Adam paut cermin mata dia leaps tu tarik kuat-kuat. Patah frame spek abah. Habis semua benda yang abah sayang dan jaga baik-baik tinggalkan dia sebelum dia tinggalkan dunia. T_T
Abah pernah cakap, dia tak mahu hisabnya tertangguh sesaat pun dek kerana apa yang dimiliki di dunia ini. "Abah nak 'balik' dengan kain putih dan amalan saje angah." Sambil belek-belek duit RM2 di tangan, terngiang-ngiang semula apa yang abah pernah cakap.
Tenanglah abah, damailah. Semoga mudahlah urusan abah di sana. Abah tak tinggalkan kami dengan harta dunia, tapi ada banyak yang abah tinggalkan untuk kami. Angah rindu abah.
P/s: Masih janggal nak sebut 'arwah' abah.
#Alfatihah abah

No comments:
Post a Comment