Tadi tengahari balik lunch. Unexpectedly, Si Hijau dah tercongok dalam car porch. I was not informed earlier so boleh bayangkan betapa terkejutnya saya. My first reaction was,
ABAH!! ABAH DATANG RUMAH ANGAH!!!
Only then I realized, "Allah....kan abah dah tak ada". Dah almost 3 minggu abah pergi. Selama abah tak ada, hari ini hari yang paling sayu. Hari yang paling tak kuat. Hari yang paling banyak menangis. Rasa macam nak lepaskan semua rasa yang tersimpan beberapa minggu ni. Semua sayu yang dipendamkan. Semua air mata yang ditahan kerana saya rasa perlu kuat untuk mama, untuk adik-adik. Tapi hari ini..........

Kebelakangan ini saya sangat rancak menulis. Lebih rancak lagi selepas abah tak ada. Sepertinya dengan menulis saya dapat kurangkan rasa pedih di hati. Distract diri saya dari menangis dan bantu saya lebih fokus dengan kerja. Saya perlukan ini. Saya perlukan terapi jiwa seperti ini. Ia buat saya rasa lebih gembira dan tenang dapat menulis dan berkongsi tentang abah. Supaya saya dapat berkongsi kisah lelaki hebat yang pernah menjadi pelengkap hidup saya. Hari ini, lelaki itu tiada lagi. Saya berdoa agar dapat menyentuh hidup lebih ramai orang dengan ceritanya, dapat memberi inspirasi kepada mereka yang tidak sempat kenal siapa dia.
Jangan bimbang abah. Angah akan teruskan hidup dan ceria seperti waktu abah ada. Angah ada untuk sapu airmata mama, tolong abang teh guide ateh dan tolong mama jagakan Izzah. Angah akan jaga elok-elok cucu-cucu kesayangan abah. Doa angah, tak putus-putus untuk abah dan tak ada sehari pun angah tak teringatkan abah. Jasad abah tiada, kelibat tak kelihatan, suara abah tak kedengaran tapi bagi angah abah ada dengan kami. Sangat dekat. Lebih dekat dari ketika hayat abah ada. Sebab angah dah semadikan abah dalam hati, satu tempat yang sangat istimewa dalam hati angah. Tempat abah kekal di situ. Sampai satu masa, kita jumpa lagi.
Sebelum tidur, telan sebijik Ponstan dulu. Sakit kepala banyak menangis. Harapnya ni yang last. Lepas ni, tak mau nangis-nangis lagi.
#Al-fatihahAbah
No comments:
Post a Comment