Assalamualaikum mommies.
Tadi aku balik lunch. Fetch adik balik sekolah terus. Senang sekali harung. Sambil makan nasi rancak pulak dia bercerita. "Angah, angah tau tak. Cikgu cakap BM Pemahaman dengan BM Penulisan adik dapat A." Alhamdulillah, abah mesti suka. Jawab aku ringkas. "Matematik naik dah dari 45 masa pertenghan tahun, ni naik 79." Sebab tu angah selalu cakap, Math ni kena banyak buat latih tubi. Angah masa sekolah Math tak pernah tak dapat A. Laju je aku mengomel. Mama dah jeling-jeling. Cepat je aku cover balik. Tapi oklah tu dik, at least dah ada improvement. Lepas ni make sure dapat A okey.
Nasi dalam pinggan dah hampir licin, si adik masih tak habis bercerita. " Angah, nak ajak kawan datang rumah boleh? Adik boring asyik tengok movie je. Main Ipad." Boleh sangat, nape tak bolehnye? Angah lagi suka adik buat aktiviti dengan kawan-kawan. Buat homework sesama ke, buat study group ke, pegi jogging ke petang-petang. Duk hadap Ipad denagn handphone tu tak jadi ape dik. "Tadi kawan adik tanya, Tengku boleh tak saya nak datang umah kakak awak? Adik cakap nanti saya tanya kakak saya dulu. Aku senyum je.
"Angah tau tak. Tadi kat sekolah cikgu buat anouncement." Anouncement ape?
"Anak-anak yatim diminta pergi ke kantin segera. Pastu cikgu pandang adik. Cikgu cakap, Tengku Nurizzah, awak pun pergilah kantin."
Aku. Terkedu. Word adik yang seterus-seterusnya aku tak dengar lagi. Sebak.
#Alfatihah Abah.
#Alfatihah Abah.
No comments:
Post a Comment