Assalamualaikum mommies.
Semalam emo sikit. 1st time dalam enam tahun ni, hulur duit dekat mama dan cuma mama sorang saje. Biasa hulur dekat mama dan abah sekali. T_T 1st time juga dalam enam tahun ni tak dapat lagi tengok abah tadah tangan tinggi-tinggi doakan kesejahteraan aku dan family. Doakan aku murah rezeki. Sekarang tinggal doa mama sahaja pelengkap hidup. Allahurabbi.
Angah rindu sangat abah.
Dah, dah, ritu dah janji dengan abah tak mau emo, emo lagi. Makanya nak update cerita bebudak berdua ni minggu ni. abang Adam minggu ni ada demam sikit. Nampak dari simptom-simptom tu, macam kecacingan. Dekat sini ada sorang mak cik tua yang sangat femes pandai buatkan air tawar kalau budak kecacingan. Mama suggest kat aku. Aku ok jek, tapi kalau lepas tu tak kebah jugak, memang aku angkut ke klinik jugaklah Mat Dodam nih. Tapi alhamdulillah, lepas mak cik tu jampikan adam, bagi minum air tawar, esoknya terus tak demam dah. Dia poopoo cair sikit, lepas tu dah ok. Mulut pun dah tak bau busuk, tidur pun dah tak menonggeng.
Doktor ada pesan, kalau anak sakit/demam, tak nak menyusu, bagi je dia minum apa je minuman yang dia suka. Make sure badan dia tak dehydrate. Kami pun apa lagi, habis benda yang Adam tak pernah rasa sebelum ni kami bagi. Ice blended perisa strawberry la (dia mampu habiskan segelas penuh sorang diri jek), ais krim la, dan macam-macam lagi. adam pulak, macam orang mengantuk disorongkan bantal busyuk, melahap sampai full body covered dgn aiskrim.
Macam tak demam jek. |
Yang ni pulak, Adam diperdajalkan oleh abah dia masa baru balik kerja pagi, baru habis shift malam.
Stylo, stylo dah. Tapi ada air liur basi pulak. |
Another new thing is, Adam dah kurang addicted dengan cerita katun. Disney movies semua tu. Dia dah minat action movie pulak. Geng dengan abah teh dia. Lately, kalau pasang cerita Ip Man tu kalau boleh dia nak melekap terus depan PC tu.
Syiok wooo. |
Mula-mula mata bulat |
Selepas didodoi 15 minit, mata mulai layu. Mama mula berangan nak meregangkan badan atas tilam. |
Tiba-tiba, mata luas semula. Impian mama hancur!! |
Dia selalu buat aku camni. Nampak mata macam nak tidur sangat-sangat dah. Tetiba, SEPRAIS!!! (tetiba mata bukak seluas alam) "Mama, adik tak nak tidur lagi."
Rupa-rupanya nak tidur atas riba. Awat tak habaq awai-awai. |
"Adik tak mantok lagi. Malam ni mama teman adik lagi ye." |
#Al-Fatihah Abah
No comments:
Post a Comment