Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Suatu Masa.

Beberapa hari selepas abah meninggal, I’m having this conversation with mama. 

Sebelum ni angah rasa hidup angah ni cukup sempurna mama. Cukup happy. Especially tahun 2015 ni. Dapat masuk rumah baru, nak beli kereta baru, dapat baby baru. Umur 28, anak dah masuk dua. Sepasang, lelaki perempuan. Comel-comel, pandai, sihat. Dah tu tempat kerja 5 minit jek dari rumah. Kerja rileks, gaji boleh tahan. Anak-anak tak payah bimbang langsung, mama dengan abah sendiri jaga. Tak payah nak fikir kalau-kalau orang dera anak aku. Tiap-tiap hari bila balik dari ofis, ambil anak-anak dari rumah mama dapat pulak tengok muka mama abah. Bayangkan dah tua-tua ni tiap-tiap hari masih dapat peluk cium mama dan abah. Ada suami pun baik. Tak pernah marah-marah dahtu close pulak dengan family kita. Pandai ambil hati mama abah kita, selalu belanja abah, hormat orang tua kita. Berkerjaya stabil. Pendek kata, cukup lengkap. Sempurna. Semua yang orang lain nak, angah ada. Demi Allah mama, dengan mama saje angah cakap macam ni. Sebab mama orang paling rapat dengan angah. Kalau angah cerita dekat orang lain, dah tentu-tentu kena cop RIAK atas dahi. Terlalu banyak nikmat yang dikecapi sampai kekadang, tertanya-tanya sendiri “kebaikan apa yang aku dah buat Ya Allah, yang melayakkan aku terima semua ini?” 
Tiba-tiba Allah ambil abah, mama. Angah cuba kuat untuk mama dan adik-adik. Tapi jauh di sudut hati ada kekosongan yang tak dapat diganti dengan apa pun. Air mata tak mengalir lagi, jauh sekali untuk tidak redha. MasyaAllah, didikan abah cukup hebat untuk angah bersikap kufur, Tapi ada rasa ngilu halus-halus dalam dada. Perit. Pedih. Setiap keletah baru Adam angah nak cerita pada abah, abah tak ada. Cerita-cerita kisah tempat kerja, kerenah kawan-kawan angah nak share dengan abah, abah tak ada. Nanti kalau terbaca kisah-kisah perjalanan ahli sufi yang hebat-hebat, angah nak beritahu abah abah dah tak ada. Angah nak deko laman rumah cantik-cantik, kita boleh lepak kat luar dengan abah, abah dah tak ada. Abang ngah download ceramah Ustz Abdullah Khairi, Dr. Maza yang best-best angah nak ajak abah tengok sekali abah dah tak ada. Ada kekeliruan pendapat tentang hal-hal agama, ketuhanan, angah nak tanya abah tapi abah dah tak ada. Angah nak abah angkat tangan tinggi-tinggi doakan angah macam selalu abah buat, tapi abah dah tak ada. Angah nak beli perkakas dapur baru, nak tunjuk dekat abah sebab abah suka sangat perkakas dapur, abah dah tak ada. Abah dah tak ada mama. Angah hilang ayah, angah hilang kawan. Angah hilang tempat berkongsi rasa. Anak-anak angah hilang kasih sayang aki, belaian tangan aki. Angah rasa sakit untuk diri angah. Tapi angah rasa lebih perit untuk Adam. 
Mendengar semua luahan ni, Mama cuma cakap, bila hidup terlalu sempurna Allah akan ambil sesuatu dari kita. Sempurna sifatnya Allah, kurang itu untuk kita, hamba. Sebab manusia itu resminya bila sempurna ia menjauh. Bila kurang baru ia mendekat. Sudah lumrah.
Allah S.W.T telah menghantar peringatan. Selepas ni mama, apa pun yang angah accomplish dalam hidup, hidup ini tak akan pernah sempurna lagi. Sebab sudah tak ada seorang abah yang angah boleh berkongsi. Tapi mujurlah, masih ada seorang mama. Untuk disayangi, untuk dikasihi. Masih boleh bermanja, masih boleh menumpang kasih. Masih ada seorang ibu yang boleh dijadikan jalan pintas ke syurga. Untuk sementara waktu ini mama, Al-Fatihah untuk abah. Al-Fatihah banyak-banyak untuk abah sampai suatu masa, abah, angah, mama, kita berjumpa lagi. 

#Al-Fatihah abah.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol