Pesan Abah

Assalamualaikum mommies.
I was 10 years old back then. Masa tu abah cakap, "Kakak, ingat apa abah pesan ni. Bila orang buat kesalahan pada kita, lupakan. Tapi bila orang buat kebaikan pada kita, ingat sampai mati. Sebaliknya pula bila kita buat kebaikan pada orang lain, lupakan. Tapi bila kita buat salah pada orang lain, ingat sampai mati."
"Sekarang umur kakak 10 tahun. Kakak tunggu lagi. Tunggu sampai 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun. Kalau suatu hari nanti ada orang bagitau kakak benda yang sama macam abah cakap ni, kakak bagitau abah ye".
Hari ini abah dah tak ada. Hanya pesan abah yang tinggal. Hari ini angah terfikir abah, pesan abah itu mudah, ringkas. Tapi sampai sekarang angah masih tak mampu buat apa yang abah pesan. Abah, payahnya nak lupakan kejahatan yang orang buat pada kita, tapi sangat mudah lupakan khilaf kita pada orang lain. Sama jugak seperti mudahnya kita lupakan kebaikan orang tapi bila kita sedekah 20 sen dekat pengemis kita akan ingat sangat macam kita bagi sedekah RM2000.
Alangkah baiknya kalau berjaya buat macam yang abah suruh. pasti tak ada tinggal sekelumit dendam dalam hati. Mesti tak ada sebesar zarah riak dan ujub akan betapa baiknya, betapa sucinya, betapa mulianya diri ni. Sekarang dah 18 tahun berlalu abah. Abah pun dah tak ada. Masih tak ada orang yang cakap benda sama dekat angah macam abah cakap. Tak pasti apakah akan ada. Angah akan tunggu lagi abah. Mungkin satu masaT_T
P/s: Masa tu abah masih belum panggil angah lagi. Panggil kakak.

#Al-Fatihah Abah

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol