Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Transfer Pahala

Wah, wah, wah. Hangat betul isu antivax ni sekarang kan. Aku sendiri secara peribadi adalah seorang pro-vaksin. Aku sendiri divaksin sepenuhnya dan anak-anak aku pun ambil semua suntikan vaksin seperti yang disarankan KKM. Sebelum ni ada jugak terpanggil nak menulis tentang isu ini dalam entri sebelum ni. Tapi seperti yang korang baca, entri tu jadi entri adab berhujah pulak sebab naik takut aku tengok golongan antivax dengan provax ni bergaduh kat media sosial. 
Lagi satu niat aku terbantut nak menulis pasal ni sebab aku bukanlah orang yang arif dan bertauliah untuk menulis tentang perkara ni. Cukuplah aku punya kesedaran diri sendiri untuk protect famili aku dari wabak-wabak yang tak diingini ni. Aku pun rajin jugak nak meng'google' ni bila aku nak tau Difteria tu apa? Small Pox tu apa? Ebola tu macam mana rupanya?Yelah, dah itu aje sumber yang ada. Mana pulak aku nak cari buku sejarah yag ada cerita pasal history wabak-wabak ni semua kan. Dan bila lihat betapa ngerinya gambar-gambar ni semua rasa bersyukur sangat ada antara wabak-wabak ni yang kita berjaya eradicate hasil penemuan vaksin untuk penyakit tersebut. Contohnya Small Pox. WHO dah certify global eradication untuk penyakit Small Pox ni pada tahun 1979. Sumber: wikipedia. Kalau korang rajin, trylah google image Small Pox. Gambar dia sangat ngeri sampai tak sanggup nak copy letak kat sini.
Apa yang aku dapat dari google tu aku simpan untuk pengetahuan sendiri aje. Tak mampu aku nak berhujah malah nak menulis full entri tentang kepentingan vaksin dengan knowledge yang sedikit ini. Aku percaya, di kala ini ada ramai mereka-mereka dalam bidang berkaitan yang sedang berjuang mendidik masyarakat tentang kepentingan vaksin. Aku salute mereka ni sebab selalu nampak betapa gigihnya diorang cuba menyedarkan golongan antivax ni dengan kempen-kempen diorang pastu ditambah dengan explanation dan komen-komen di media sosial. Mampu bercerita dengan detail tentang sejarah penyakit tu, penemuan vaksin, penurunan kadar kematian, Herd Immunity semua ni, bla, bla, bla.......Dan walaupun diorang ni berhujah dengan ilmu dan fakta, ceh, tetap kena sanggah macam tu jek dengan golongan antivax ni. Huh, tegar sungguh mereka ni kan. 
Macam yang aku cakap tadi, para doktor yang tinggi pengetahuan diorang pun tak mampu nak menyedarkan golongan antivax ni, inikan pulak aku. Jadi aku cuma mampu duduk diam-diam jek tengok diorang gaduh. Tapi ada satu perkara di tengah-tengah pertelagahan ni yang menarik perhatian aku. 
Cerita pasal vaksin, vaksin ni tujuan dia untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit macam wabak tu kan. Tapi ada satu jenis penyakit yang tengah menular tak kiralah di kalangan provax and antivax sekarang ni. Penyakit apa? Penyakit up status dan statement tak berasas dengan tujuan memprovokasi pihak lawan ,lepas tu bila menerima beribu-ribu caci maki orang ramai mulalah cakap dengan konfiden 
terima kasih sebab transfer pahala korang pada saya dengan mencaci saya.
Hahahah. Syurga Allah itu mahal bro. Senang betul nak rompak pahala orang ye. Provok, tunggu dimaki, lepas tu dapat pahala. Doktor-doktor sekalian, korang ada vaksin tak untuk penyakit macam ni? Highly contagious tau.

Dilema Karenah Anak Sulung

Salam Ramadhan mommies.
Saat ini, tika ini perkara yang paling mencabar pernah aku hadapi sepanjang bergelar seorang ibu (dah dua tahun lebih jadi ibu, Alhamdulillah) adalah nak hadap karenah Adam yang obses bersaing dengan adiknya untuk raih perhatian aku atau lagi mudah disebut 'siblings rivalry'.

Pehh, memang pening kepala dibuatnya. All happen so sudden. Dari seorang budak yang manis, tetiba Adam jadi ganas. Tapi awal-awal sindrom ni jadi, dia cuma buat-buat tepis adik, hayun-hayun tangan kononnya tak sengaja terkena adik, pastu ketuk kepala adik dengan apa-apa barang mainan yang ada kat tangan. Dan yang bertambah pelik, sikap ganas tu cuma dengan Aisya seorang je. Dengan orang lain masih maintain malu-malu dan soft.

Lately, macam makin menjadi-jadi. Kalau adik berdiri depan tv, halang pandangan dia, dia akan cengkam leher adik dari belakang, tarik sampai terlentang. Adik pun menangis. Suka tendang-tendang adik. Baling barang-barang yang berat pastu aim kat kepala adik. Baru ni baling botol susu yang penuh, botol bedak pun pernah. Dahlah bedak tu baru je beli, berat lagi. Nasib baik tak kena. Tapi masa tu aku rasa darah semua dah naik ke muka, jantung rasa macam nak meletup bila nampak dia baling botol bedak tu.
Aku tak tahu apa yang tak kenanya dengan Adam lately. Larang tak dengar, marah tak jalan, pernah jugak kena babab pun tak jadi apa. Nak nasihat, almaklum jelah baru 2 tahun 3 bulan. Bukannya dia faham pun. Bayangkanlah hati seorang ibu. Bila tengok adik kena pukul teruk-teruk, menangis sebab sakit, memang sakit sangat hati ni. Tapi yang tukang buatnye pun buah hati kita jugak. Bila kita takde choice, kita marah. Bila tak dengar, kita pukul. Babab sikit kat tangan yang nakal buat adik tu. Abangnye pun meraung. Dan bila dia tidur. Allahurabbi, azabnya perasaan ni. Anak dah calm, dah lena, mak dia pulak take turn meraung. Meraung dalam hati sebab nyesal sakitkan anak. 
I think there's something wrong with Adam. Mesti ada sebab kenapa dia sangat tak puas hati dengan Aisya. Sebab bila dengan Arissa dia lain sangat, soft sangat. Suka peluk cium Arissa. Main dengan Arissa, buat muka. Dengan Aisya je Adam suka buli. Mujurlah Adam tak turut belasah Arissa jugak. Kalau tak mesti segan dengan abah dan uminya. Penatnya hari-hari nak kena mintak maaf dengan mak orang sebab anak kita buat anak orang kan.
Aku pun masih belajar, masih terlalu banyak yang perlu belajar tentang parenting. Aku pun Google
Abang suka pukul adik
Aku pun terjumpa perkongsian tentang perkara serupa di blog ini. [LINK] Ya Allah, kalau betullah Adam rasa kurang perhatian, maka kamilah orang yang perlu disalahkan. Abah kerja 12 jam/shift. Mama kerja 8 jam sehari. Bila mama dan abah balik rumah, terpaksa bahagikan masa dengan housechores, dan berbagi kasih dengan Aisya pulak. Memang tak cukup masa. Kadang-kadang kita rasa tanggungjawab kita dengan anak-anak kat rumah ialah make sure dia mandi, pakai baju tidur yang bersih, suap makan dan minum susu. Bila anak dah tidur, kita pun rasa lega dah boleh berehat sedangkan anak-anak rasa tak puas nak bermanja dengan kita. Jumpa mama dan abah 3-4 jam lepas tu dah sampai masa tidur.
I must do something! Macam saranan dalam link yang aku bagi tadi, first thing first aku tune kepala aku sendiri dan tell myself "mereka ialah anak-anak aku. Aku yang kawal mereka, bukan mereka yang kawal aku." So, pada sesiapa yang turut menghadapi masalah 'siblings rivalry' ini cara aku menghadapi perkara ini. Aku tak cakap cara ni terbukti 100% berkesan, cuma ini ialah ikhtiar aku, my 1st step.
1. KAWAL EMOSI - mula-mula sekali bila Adam buat adik, aku cuba untuk tidak marah. Istighfar dulu. Tak tengking, tak pukul tangan, tak jerit. Aku tenangkan diri dulu. Lepas tu baru tarik Adam, hug dia rapat-rapat, lepas tu tanya dia baik-baik "Adam kenapa buat adik? Tengok, kesian adik nangis."
2. CUBA ELAK - Kita nak explain lebih-lebih yang tak baik pukul adik, dia pun bukannya faham sangat. Jadi aku dan B cuba pantau aktiviti mereka berdua. Kalau dua-dua duduk dekat kawasan yang sama, tengok tv sama-sama kena ada orang dewasa duduk dekat-dekat dan pantau keadaan. Kami tak biarkan diorang duduk berdua je dalam bilik tanpa pemantauan orang dewasa. Untuk keselamatan Aisya.
3. LUANGKAN MASA - Dah cakap budak-budak ni dambakan lebih perhatian. Maka aku layankan aje. Lebihkan masa bersama. Bila anak ajak main, ajak teman tengok tv, kalau perlu tinggalkan kerja yang sedang buat masa tu, aku tinggalkan. Time mandi bagi diorang main air sampai puas. Kerja rumah boleh tunggu, anak takkan tunggu kita. Sekejap aje mereka dah besar. Bila anak-anak tidur baru sudahkan kerja yang tergendala tadi. Penat memang penat, tapi itulah pengorbanan namanya.
4. DOA - Aku tau fasa perangai pelik-pelik ni sementara aje. Dan seperti tantrum Adam yang lain-lain sebelum ni, fasa ini akan berlalu jugak. Cuma aku berdoa semoga aku diberi ketabahan menghadapi pe'el comel dia ni dan semoga fasa ini tidak lama. Kesian jugak kat Aisya asyik kena belasah aje. Hihi. Aku pun mintak bulan-bulan puasa ni semoga Allah makbulkan doa aku. Aku harap Adam dapat faham dan rasa kasih sayang aku melimpah ruah untuk dia sehingga tak ada ruang untuk dia rasa cemburu pada adik atau rasa kekurangan perhatian.
Anak-anak adalah amanah Allah. Kita kena selalu ingatkan diri tentang ini. Sebab kadang-kadang tanpa sedar kita mengkhianati amanah ini. Penat kerja marah anak, anak gaduh marah anak, takde duit marah anak, marahkan suami pun marah anak. Tapi seorang ibu juga manusia biasa. Ada khilaf. Bila kita sedar, kita perbaiki dan cuba improve diri. Kita cubalah semampunya. Mommies semua doakan saya ye.

Ramadhan 18, 1437H - Perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa

Assalamualaikum mommies. 
Idea nak menulis tentang topik ini tercetus bila beberapa hari lepas aku sangat desperate nak guna nasal spray. Gatal hidung, gatal mata dek kerana resdung (gila mengemas rumahlah kononnya masa weekend ritu). Tapi masa tu sedang puasa. Daripada kecik lagi memang biasa dengar kan, puasa tak boleh korek hidung. Tak boleh korek telinga. Hurm, kalau setakat korek hidung dengan korek telinga pun dah batal puasa, inikan pulak nak gunakan nasal spray. Dalam tukan ada ubat. Fikir aku lah. Dah tu, larat pulak aku nak tahan gatal sampai berbuka maghrib nanti. Takkan aku nak berbuka time tu jugak dek kerana gatal hidung jek. Ish, sayangnya.
Tapi baru-baru ni ada terbaca dekat FB Dr. Maza, korek hidung dengan korek telinga tak batal puasa. Eh? Mufti cakap tak batal pulak. Pakai eye drop pun tak batal. Habis tu selama ni dari kecik diorang tipu aku ke hape?
Bagi aku, perkara yang membatalkan puasa ni mudah je. Asal je memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan (makan, minum, melakukan hubungan seks), dah batal. Tapi yang jadi 'complicated'nye, dah nama pun memasukkan sesuatu ke dalam rongga, habis korek hidung, korek telinga, gosok gigi jadi batal puasanya (walaupun tak mngenyangkan pun korek hidung tu, hihi). Maka, barulah kita tahu ia tidaklah se'simple' yang kita tahu atau dengar selama ini. Perkara yang tidak membatalkan puasa jauh lebih mengelirukan berbanding yang membatalkan. Ish, ish, ish, nak beribadah jadi susah. Maka tak boleh ambil ringan.
Aku pun google dan jumpa website AKADEMI FEKAH PERUBATAN ni. Ada banyak isu berkaitan Fekah yang dikupas kat sini oleh InsyaAllah, mereka-mereka yang betul-betul layak memberi pencerahan. Maka, barulah aku tahu guna nasal drop tu tak membatalkan puasa rupanya. Banyak jugaklah aku jumpa benda yang mengejutkan (kau dah kenapa nak terkejut bagai?). Contohnya, letak ubat jantung bawah lidah (macam arwah abah selalu guna) tu, tak batalkan puasa. Tampal dan cabut gigi pun tak batal. Injection pun tak batal. Wah, sebab tu lah sangat penting untuk terus belajar dan jangan malu nak tanya kalau tak tahu. Ni kalau tak, sia-sia aku menahan gatal hidung sepanjang hari. Kesian aku. Lagi haru kalau aku siap berbuka hari tu sebab jahil tak tahu yang guna nasal drop ni tak batal puasa.
Nak tahu lebih lanjut, boleh pergi baca kat website ini ye. Ni aku bagi [LINK] dia. Dan disebabkan aku terlebih rajin, aku tolong copy jugak list PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA ni.

Accordingly, the participants agreed unanimously that the following do not nulIify fasting).Menurut ahli majlis/peserta seminar tersebut dan telah sepakat bersetuju bahawa perkara-perkara berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA.
  1. Eye and ear drops, and ear wash.Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga
  2. Nitroglycerine tablets placed under the tongue for the treatment of angina.Ubat tablet Bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (Jantung).
  3. Insertion into the vagina of pessaries, medical ovules, vaginal washes, vaginal speculum, and doctor’s or midwife’s fingers during pelvic examination.Memasukkan ubat melalui faraj, memasukan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin).
  4. Insertion of the urethroscope into man or woman radio-opaque media for X-ray diagnosis or bladder irrigation.Memasukkan teropong kesalur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan xray.
  5. Tooth drilling, extraction, cleaning or the use of mis-~ and toothbursh, provided nothing is swallowed into the stomach, do not nullify fasting.Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.
  6. Injections through the skin or muscle or joints or veins, with the exception of intravenous feeding.Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah.
  7. Blood donation or receiving blood transfusion.Penderma atau menerima pemindahan darah.
  8. Oxygen and anaesthetic gases.Oksigen dan Gas Bius.
  9. All substances absorbed into the body through the skin, such as creams, ointments, and medicated plaster.Semua jenis bahan yang boleh menyerap kedalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat.
  10. Drawing blood samples for laboratory testing.Mengambil sampel darah untuk ujian makmal.
  11. Catheter and media for arteriography of heart or other organs.Sesalur dan bahan perantara untuk arteriografi (pemeriksaan xray khas jantung) atau organ lain.
  12. Endoscopy for diagnostic or intervention purposes.Teropong dalam rongga perut (endiskopi) untuk mencari punca penyakit.
  13. Mouth wash, gargle or oral spray, provided nothing is swallowed into the stomach.Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk kedalam perut.
  14. Hysteroscopy or insertion of an intrauterine device.Teropong ke dalam salur peranakan atau memasukkan alat kedalamnya. (ie. UICD)
  15. Biopsy of the liver or other organs.Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain.
A majority of participants added the following:
Majority peserta menambah perkara berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA
  1. Nose drops, nose sprays, and inhalers.Ubat titis hidung, semburan hidung and ubat sedut.
  2. Anal injections, anoscopes, or digital rectal examination.Suntikan kedalm dubur, teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur.
  3. Surgery involving general anaesthetic, if the patient decided to fast.Pembedahan yeng melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan untuk berpuasa.
  4. Machine or intraperitoneal renal dialysis.Mesin atau dialisis buah pinggang melalui perut
  5. Use of gastroscope, provided it does not entail the introduction of liquids or other substances into the stomach.Penggunaan teropong perut, dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya kedalam perut.

Ok, sekarang tak confuse lagi. Terima kasih doktor-doktor dan ustaz-uztaz juga professor-professor yang tak kedekut ilmu bagi pencerahan. Semoga Allah merahmati kalian.

Ramadhan 17, 1437H - Perbezaan Pendapat

Pic Source
Post sempena hari ini yang viral dan kecoh dengan perbalahan tentang vaksin. Para pengamal perubatan dengan pendapat mereka, Si Imam Muda dengan pendapatnya, dan orang awam pula dengan pendapat mereka masing-masing. Tapi bukan isu vaksin itu sendiri yang aku mahu debatkan, sebaliknya  adab bila berdepan dengan perbezaan pendapat dan adab tatkala berhujah. 
Apabila berdepan dengan isu yang kita sendiri pun tidak pasti dan kurang faham letak duduknya sesuatu perkara, maka lebih baik merujuk pada yang pakar. Bertanya pada mereka yang lebih arif. Mereka-mereka itu sudah pastinya berhujah dengan ilmu dan fakta. Tidak sekadar menegakkan ego masing-masing. Sekadar mahu jadi jaguh debat di laman maya.
Semoga kita semua mendapat hidayah.

Buang

Assalamualaikum mommies.
Awal masak? Hehe. Rilek, rilek. Lambat lagi berbukanya. Pelan-pelan kayuh. Sambil, sambil korang fikir dan decide nak masak apa tu, cuba tengok gambar 'tokoh' yang sangat ikonik ini.
Pic Source
Mesti ramai yang kenal kan. Pada adik-adik yang tak kenal siapa ni. Inilah Buang. Sang pengkhianat bangsa yang jadi tali barut Jepun zaman Jepun menjajah Tanah Melayu dulu. Watak 'Buang' dilakonkan oleh Allahyarham Salleh Kamil (gambar) sebagai petualang bangsa dalam salah satu movie P Ramlee yang sangat famous amos, Sarjan Hassan. Watak ni adalah watak antagonis yang sangat ikonik kerana lakonan superb arwah Salleh Kamil (Al-Fatihah) memang sangat menjadi. Kiranya kalau tengok movie ni korang akan rasa menyampah dan meluat giler dengan Si Buang ni.
Watak ni pada akhirnya dibunuh Sang Hero ehem, ehem iaitu siapa lagi, mestilah P Ramlee a.k.a Sarjan Hassan. Seperti biasa, cerita-cerita P Ramlee mesti digarap sarat dengan pengajaran. Hayati kata-kata Sarjan Hassan sejurus berjaya bunuh Si Buang ni.
Pic Source
Ini scene masa Buang kena bunuh. Puas giler tengok akhirnya orang jahat mati. Orang baik menang. Dah macam cerita Tamil pulak. Hahahah (gelak rakus).
Kisah Sarjan Hassan sudah tamat. Jepun pun dah kalah dan balik ke negara asal. Tanah Melayu dah bertukar jadi Malaysia. Masalahnya hari ini, aku tengok masih berlambak lagi tinggalan keturunan Si Buang di zaman serba moden nih. Penjajah dah balik, Malaysia dah merdeka (kononnya) tapi 'cucu-cicit' Si Buang ni masih gigih meneruskan agenda macam biasa.
Demi duit yang sedikit mereka sanggup menikam belakang. Demi pangkat, harta dan kedudukan sanggup bangsa sendiri dipijak-pijak. Menabur fitnah, menabur pasir dalam periuk kawan, selamba. Yang penting aku happy, aku berjaya menjatuhkan orang lain tak kisahlah kalau terpaksa jadi barua pun. Biar aku senang sensorang jek. Keji kan?
Menipu, mengampu dan mengadu domba makanan ruji dah. Tak kisah keluarga kenyang dek duit haram. Tak takut balasan tuhan langsung.
Kerana segelintir 'Buang' ini, rosak bangsa punah negara. Pada bulan Ramadhan yang padanya ada 1000 keberkatan ni, marilah kita menadah tangan untuk setiap 'Buang' yang lahir, akan turut lahir seorang 'Hassan' juga untuk menewaskan dan menghapuskannya. Jangan kasi membiak keturunan Buang ni. Amin.

My Nuffnang

Assalamualaikum mommies.
Untuk pengetahuan korang, aku baru jek berjinak-jinak dengan Nuffnang ni. Baru je daftar 24hb 5 baru ni. Hihihi, dah lama berblogging. Tapi tak pernah tau boleh dapat duit dengan blogging.
Seronok kan. Padahal aku menulis suka-suka jek. Cerita pun ntah hape-hape. Tapi boleh masuk income pulak. Biarlah sikit-sikit pun. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.Mula-mula tu agak merangkak jugak nak letak template iklan-iklan ni. Nasib baik dekat website Nuffnang ni [LINK] dia ajar step by step macam mana nak buat. Kategori iklan pulak ada dua. 1. CPC(cost per click) 2. CPUV(cost per unique visit)
Aku baru dapat CPC je, belum layak lagi untuk CPUV tu. Untuk dapatkan CPUV tu kena dapat unique visistor lebih dari 100/hari. Yelah bukan ramai sangat pun yang baca blog aku ni. Blog personal.
Tengok CPUV aku. RM0. Kesian, kesian, kesian, Ipin cakap.
Hari ni aku taknak lah lagi buat tutorial cara masukkan iklan bagai. Bagi yang belum tahu, korang godek-godeklah dulu dekat link yang aku bagi tadi ye. Aku nak ajar pun tak pandai sangat. Lagipun bukan itu tujuan utama entri ni. Yang aku nak cerita ialah pasal aku punya earning. Macam aku cakap tadi, aku daftar sebagai ahli Nuffnang pada 24hb May. Esoknya tu, aku check akaun aku ada duit. Korang tau berapa? 

RM0.50. 

Wah, inilah 50sen yang paling manis dalam hidup aku. Orang dapat Buffered Earning riban-riban, aku dapat 50sen rasa macam nak melompat kegirangan. Ahaks. Abih semua orang aku bagitau. Dulu-dulu kalau orang tua bagi duit raya 50sen muka kelat jek. Nak singgit. Nak duit kertas. Tapi this time, entahlah. Nak kata excited dapat duit, tak kot. Sebab duit bukan my major reason for blogging. Tapi perasaan excited tu susah nak cerita. Mungkin sebab tak sangka hobi yang sekadar hobi ni boleh mendatangkan 'hasil' jugak. Dan hasil tu lah yang memberikan kepuasan sebenarnya.
Semalam baru 15hbJun. Maknanya tak sampai sebulan pun aku letak iklan tu, nak tahu berapa dah CPC aku kumpul? Tadaaa.......
Banyak kan? Hiks. >_<
Banyak sangat. *Tangan di dada mata ke atas. Tapi ok lah kan sebagai permulaan. Sape nak bagi ko RM2.75 free free kan? Banyak lagi yang aku kena belajar pasal blog ads ni sebenarnya. Macam mana nak dapatkan CPUV. Macam mana nak tingkatkan traffic blog. Macam mana bagi blog ni jadi lebih menarik dan infomatif. Hehehe. Tetiba concern pasal infomatif ke idak. Sebelum ni duk obses ceghita kat oghang pasal diri sendiri dengan budak cinonet berdua tu.
Jadi, di kesempatan ni saya memohon pembaca budiman yang ada melintas dekat-dekat sini, tolong ye klik klik iklan dekat atas, kanan dan bawah page ni. Plish, plish, plish!! Dapat 0.25sen untuk setiap klik tau. Tak sabar nak tunggu minggu depan pulak. Kaching! Kaching!
 Ok, chiow.

Update: Hari ni, 24hb June lepas sebulan aku daftar kat nuffnang, CPC collection aku dah cecah RM4.75. Best2. Kalau setahun dah berapa? RM57. Banyak tu, heheh.

Tema Raya.

Assalamualaikum mommies.
Aku hairan sebenarnya. Semenjak belum start puasa lagi ramai betul orang duk tanya aku
Tema warna apa raya tahun ni?
Mak aih. Aku kecik-kecik dulu takde bertema bagai. Mama beli baju raya mesti pattern sama jek aku dengan along. Kaler je lain-lain. Aku biru, dia merah. Aku hijau dia kuning. Hah, tema kebendanye camtuh? Tapi mungkinlah kan, mungkinlah sebab aku ni dah ada famili sendiri, famili kecil aku dengan dua orang anak aku ni, so orang duk terfikir mestilah aku dengan B nak pakai baju sama-sama dengan anak-anak kami gamoknye. Aku ni, first time beraya berdua dengan B tahun 2013 dulu, dia kerja malam raya. Baju melayu yang aku beli tu memanglah dia pakai, tapi terbongkang je tidur sepanjang hari. Aku raya dengan keluarga aku jelah. macam zaman-zaman single. Masa tu tema purple.
Hamekaw...Tido dengan kain samping tu.
B penat sangat kerja semalam, so aku raya je dengan adik-adik dan sepupu sepapat.
Tahun kedua barulah beraya bersama suami. Tapi malam raya pertama tu B kena kerja jugak. Cuma nasib je malam raya tak kerja, kalau tak mesti dia tidur macam tahun lepas jugak. Tahun ni special sebab tahun pertama beraya dengan Adam. Tahun 2014 tema pink. tapi tak jumpa baju pink untuk Adam, aku pakaikan dia jubah yang comel sangat. Kopiah pun ada tapi dia tak nak pakai.
Ni jelah momen-momen kami beraya sama-sama. Tak puas beraya. Tengahari tu B dah kena rest sebab petang tu dah nak kena masuk kerja. T_T


Comel tak jubah Adam?
Tahun lepas tahun pertama aku beraya dengan keluarga mertua. Akhirnya merasa jugak beraya jauh dari keluarga. Sedih woo. Bukan tu je, 2015 juga tahun pertama kami beraya dengan Aisya. Yezza, memang keje aku tiap-tiap tahun asyik beranak jek. Dan juga tahun terakhir aku sepatutnya beraya dengan arwah abah. Sebab abah meninggal 9 Syawal. [Al-Fatihah] Tapi sebab tahun tu bukan turn raya kat kampung aku, maka redha je. Jauh di sudut hati, memang terasa sebak sangat kalau teringat. Tak apelah dah takdir macam tu. Tak ada rezeki aku nak raya dengan abah kali terakhir.
Tahun lepas, memang raya agak dull dan tak bergambar sangat pun. Aisya pun asyik tidur sepanjang hari. Gambar famili satu pun takde. Ateh cakap kat Kemaman pun raya kurang meriah. Cuma menziarah saudara-mara yang sakit. Tak meriah macam tahun-tahun sudah. Mungkin petanda arwah abah nak tinggalkan kami.
Itu jelah cerita raya aku semenjak tiga tahun jadi isteri orang ni. Tahun ni tak tahu lagi macam mana. Sambutan kami sederhana sahaja. Maklumlah kali pertama beraya tanpa abah. Takut nak fikir. Aku dah beli sikit-sikit baju raya, tapi anak-anak punya je. Aku punya macam tak ada mood lagi. Tak ada masalah kot, baju dewasa standard size cam aku berlambak yang dah siap. Lagi nak dekat raya nanti lagi banyak diskaun.
Tema raya pulak, cadang-cadangnya nak buat kaler camni.
Pic source
Suka warna ni sebab nampak fresh dan ceria. Kalau tak dapat baby blue camni, mint green pun ok gak.
Cantik kan?


Fobia Adam

Assalamualaikum mommies.
Lamanya tak bercerita pasal budak ni. Adam ni lately bila bath time ada satu problem. Eh, selain tu dia pun payah nak gosok gigi. Ok, dua problem. Hehe. 
Lately, aku perasan bila aku mandikan dia masa kena air tu dia ok lagi. Tapi bila kita start je nak guna mandian bayi tu dia akan gelisah. Every single time. Bila dia start rasa badan dia licin je kena mandian dia akan cepat-cepat ambil paip getah sembur badan sendiri. Macam membazirlah pulak kan, sebab mandian tu tak sempat berbuih lagi dia dah cuci. Pernah jugak bila dia nak buat macam tu, aku cepat-cepat tutup paip air. Yelah, rasa macam tak puas sabun badan dia. Rasa macam tak bersih pulak mandi ala kadar macam tu. Bila sabun mestilah kita nak gosok-gosok semua area badan tu kasi kena sama rata lepas tu barulah bilas. Kalau aku tutup paip air, he got no choice. Dia akan masuk dalam bath tub pastu selam badan dia dalam air sampai tinggal kepala jek. Ok Adam. Fine!
Masalah ni kian meruncing (ayat berita sket) bila aku nak cebokkan dia bila dia poopoo. Korang faham tak hazab dia? Pehh. Aku pun tak tahu macam mana fobia Adam dengan mandian ni boleh tercetus. Cuma ada sekali tu bila mandian bayi habis, aku guna je sabun biasa dekat Adam. Pastu orang nak sabun, dia pun sibuk nak pegang sabun tu. Lepas pegang sabun, gosok mata. Pastu melalak mata pedih. Tapi ni dah lama dulu dan lepas tu memang aku tak pernah bagi dia guna sabun untuk adult lagi. Sebab tu kot Adam fobia sangat dengan sabun. Tak reti nak explain kat dia yang mandian bayi ni "TAK PEDIHHKAN MATA!! macam iklan shampoo Baby Johnson tu.
Up to date, aku masih tak berjaya hilangkan fobia Adam dengan mandian nih. Mommies semua ada suggestion tak?
"Apalah mama ni. Bagi tau rahsia Adam kat semua orang."
"Mama, Aisya baik kan? Aisya tak buat perangai cam abang Adam kan? Aisya tak ponteng lagi semayang terawih puasa ni.
Ini lagi sorang budak. Banyaklah dia punya tak buat perangai. Perangai pelik si kecik ni pulak kalau dah mandi tu tak nak keluar bilik air. Mengamuk bila aku dukung keluar. Overexcited sangat main air agaknya. Kadang-kadang rasa kesian jugak. Sebab obviously Aisya rasa bath time is one of our precious moment together. Masa tu lah dia nak bermanja (tanpa gangguan abang Adam, hehe) masa tulah nak main dengan mama (selalunya dia yang siram aku dengan air, so memang selalu basah kuyup time mandikan dia. Sabar jelah.) Menyedari ini, aku cuba panjangkan sikit masa untuk dia mandi. Bagi dia puas main air. Ingatkan dah tak menangis bila siap nanti. Sekali, menangis jugak! Ada jugak aku tinggalkan budak kecik ni tido kat bilik air sekali. Biar dia tahu rasa!

DIY Meja Budak

Assalamualaikum mommies.
Hari tu, adik aku jumpa supplier pallet. Sempat jugaklah berniaga pallet. Sekarang pallet takde stok. Tapi ada lebihan sikit-sikit yang tak sempat jual tu abang teh nak buatkan meja kayu untuk Faris. Yang bestnye baru jek cakap nak buat, esoknya dah siap sebijik meja budak. Maknanya abang teh cuma ambil masa sehari je buat meja ni dan hasilnya comel sangat. Kira cepatlah kan sebab hand made. Bukan ada mesin potong kayu ke apa. Guna gergaji hokkeh. Pastu diketamnya pellet tu kasik licin. Kalau tak abih kena selumbar tangan budak nanti.
 Halus kerja tangannya. Faris pun suka sangat. Niat asalnya nak buat meja jepun. Maknanya boleh duduk bersila je bila nak baca buku ke, apa ke. Tapi meja ni agak tinggi bila Faris duduk kat bawah. So, kena guna bangku atau alas bantal. Tapi bagus jugak buat tinggi sikit, boleh guna sampai besar.
Ada yang berminat nak order?Thihihi. Tapi dah tak ada sample, meja ni along dah angkut bawak balik Dengkil.

Makaroni With Prego Pasta Sauce

Assalamualaikum mommies.
Sebagai weekend housewife, hujung-hujung minggu ni kenalah masak ye. No excuse. Walaupun mak bapaknye puasa tapi kanak-kanak riang berdua tu tak puasa. Kebetulan semalam along pun ada di rumah, so ada tambahan 3 orang budak lagi kat rumah. Jadi kenalah fikirkan sesuatu untuk diorang makan. 
Tengok-tengok kat dapur, ada lagi makaroni lebihan yang tak abis guna hari tu. Tengok lagi sos Prego pun ada dua botol. Hurm, dah tau apa nak buat. So, hari ni aku nak buat:-

MACCARONY WITH PREGO PASTA SAUCE
@
Makaroni dengan Sos Pasta Prego

Senang jek membuatnye. Bak kata Chef Rizz, semudah ABC. Hiks.

Bahan-bahannya:-
BAHAN A
Makaroni/Pasta/Spaghetti
Sos Pasta Prego (Tradisional)
Minyak masak
Brokoli
Bahan perasa (garam, gula,etc)

BAHAN B
Bawang merah sebijik dimayang
Bawang putih 1 ulas ketuk & cincang

Cara membuatnya:
1. Rebus makaroni sampai kembang. Tos dan asingkan.
Bila nampak dah masak elok, terus matikan api. Jangan lama-lama sangat, nanti lembik.
Toskan. Tak payah banyak sangat, bebudak ni bukan makan banyak pun.

Nampak tak, ada dua pilihan? Satu tradisi, satu lagi Carbonara. Hari ni aku nak buat yang merah punya sebab yang Carbonara ritu dah try. Adam dan Aisya suka. Ini first trial untuk original flavour.
2. Panaskan minyak dan tumis BAHAN 2.
3. Bila dah naik bau, masukkan sos prego dua sudu. Tambah perasa sesuka hati.
*Aku guna 2 sudu sebab makaroni sikit je. Kalau suka banyak kuah, korang boleh tambah lagi.
**Sos Prego ni rasanya masam-masam sikit. Kalau nak bagi anak suka, ubahlah ikut citarasa masing-masing. Sebab tu aku tambah garam sikit, gula sikit. Kalau tak nak takpe.
Merah menyala oh jantungku, berdegup pantas kernamu. Oppss!
Masak dalam seminit je. Lepas tu dah boleh tutup api. Sementara tu,
4. Celur brokoli, tos dan asingkan.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Untuk babyboy, bowl pun gambar kereta.
Letakkan makaroni yang dah siap rebus tadi. Bubuh kuah dekat atas. Lepas tu potong-potong brokoli tadi for both, a) mendapatkan khasiat sayur-sayuran b) garnishing.
Tadaaa!!!Striking tol kaler dia.
Anak-anak suka sangat. Buktinya ni gambar Aisya. Comot mulut makan makaroni. Abang Adam macam takut-takut sikit tengok warna merah. Dia pilih-pilih makaroni yang tak kena kuah je. Hadoih.
Nampaknya kena masak Carbonara jugak untuk budak-budak ni.
Ni yang hari tu aku buat. Makaroni Carbonara.
Nota kaki: 1. Makaroni boleh digantikan dengan spaghetti @ pasta. 
2. Kalau suka boleh tambah isi ayam ke, nugget @ sosej potong kecik2. Terpulang.
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol