Marhaban Ya Ramadhan 1437H

Pic source
AL-FATIHAH ABAH
Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah bertemu lagi dengan Ramadhan, In Shaa Allah. Malam ini mula terawih, kemudian pagi nanti sahur dan esok mula berpuasa.
Tahun ini kami sederhana sahaja. Tahun pertama kami berpuasa tanpa arwah abah. Tentulah sangat terasa akan ketiadaan abah. Tetapi, aku pandang positif semua yang berlaku. Hikmahnya Ramadhan yang bakal tiba ni adalah platform untuk kita melipat gandakan amalan juga pahala dan andai kata adalah pahalanya tu nanti bolehlah aku niat sedekahkan untuk arwah abah.
Mohon juga sahabat-sahabat yang sedang membaca ni murahkan hati bacakan Al-Fatihah untuk arwah abah saya, Tengku Azhar B. Tengku Mat. Saya akan doakan sahabat semua juga.
MARHABAN YA RAMADHAN
Rasa macam cliche' sangat tiap kali tiba Ramadhan, wish Selamat Menyambut Ramadhan. Bila Maal Hijrah, Selamat Menyambut Maal Hijrah. Bila raya, Selamat Hari Raya. Macam tak ada pengisian pulak blog ni. Lagi pun dekat FB, IG dan Twitter dah berlambak-lambak orang wish camtu kan. Siap dengan gambar cantik-cantik lagi. Kalau boleh biarlah dekat blog ada kelainan sikit ye dak? Hihi.
Aku plan untuk tulis 1 entri untuk setiap hari sepanjang Ramadhan ni dan setiap entri tu pulak kenalah ada perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Untuk korang dan untuk aku jugak. Sebagai saham akhirat. Amacam, ok tak? Doakan aku tabah, istiqomah dan tak kering idea ya.
MINTA MAAF
Ada satu perkara lazim yang kita buat bila tiba bulan puasa dan hari raya yang aku rasa patut dan sangat-sangat perlu diteruskan jugak walaupun dah selalu sangat orang buat. Minta maaf. Kita semua pendosa. Siapalah yang tak berharap agar dapat memulakan perjalanan dalam bulan 1000 hikmah ni bebas dari dosa. Bermula dari awal. Bersih macam bayi. Dan harapnya, nyawa kita pun Allah cabut ketika kita bersih dari sebarang noda. Allahu, amin.
Allah Maha Pengampun, tapi manusia? Manusia itu lemah. Mudah tersinggung, cepat terasa, selalu berprasangka. Jadi, pohonlah maaf manalah tahu takut-takut ada kata-kata yang tak bertapis jadi nanah di hati orang lain. Kesian pulak kat orang tu hati dia membusuk dengan dendam. Jadi, kita minta maaf jelah kat semua orang takut ada terbuat salah dalam keadaan sedar atau tidak. Bukan rugi pun. Akhirat nanti In Shaa Allah takyah merangkak cari dia lagi.
WAKTU BERBUKA & IMSAK
Sebagai pembuka majlis, eh, pembuka tirai Ramadhan ni perkongsian aku ialah portal MYSUMBER ni. Di sini, cara paling mudah untuk korang refer waktu berbuka & imsak. Caranya, klik dekat link yang aku bagi tu, dan korang akan nampak list semua negeri:-
Klik negeri tempat tinggal korang dan scroll down sampai jumpa daerah/ kawasan tempat tinggal. Contohnya macam aku, Kemaman. Dia akan bagi jadual berbuka dan Imsak complete untuk sebulan. Ha, mudah nak rancang perjalanan kalau nak travel ke mana-mana, mudah bagi orang yang takde TV dan mudah untuk orang yang rumah jauh dari surau. Sampai azan pun tak dengar. Hihi.
Tu sajalah perkongsian aku hari ni. Aku dah boleh tengok waktu Imsak pagi nanti. 5.22 pagi. Siap dengan jadual segala ni, kalau tak bangun jugak tak tahulah.


No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol