Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Group Whatsapp Paling Aktif

Assalamualaikum mommies.
Siapa yang macam aku? Ada banyak group Whatsapp. Bukan admin pun. Tapi bila dah join tu mesti payah nak left. Biarlah sekadar jadi silent reader je pun. Seronok jugak baca. Tapi dalam banyak-banyak group, group ni yang aku palig excited kalau nampak ada notification new message.

SISTA

Ada 3 orang je dalam ni (group la sangat kan). Aku, along dan ateh. Along a.k.a bawang besar (perlu banyak dalam masakan), aku a.k.a bawang putih (sikit pun dah menyengat, ngehngeh), Ateh a.k.a bawang kecik (kalau takde masakan tak jadi). Izzah belum boleh join the league lagi. Bawah umur, kami pun tak mau la upgrade dia menjadi bawang lagi hihihi. Mungkin kalau dah besar sikit nanti adik boleh join sebagai bawang Holland ke, bawang goreng pun ok jugak. Tak pun daun bawang. >_<
Topik dalam ni biasanya our daily routine aje. Cerita mak-mak orang. Cerita suka duka menjadi bini orang aside from tanggungjawab kami yang lainnya. Aku akan update baju apa pakai pergi office, apa aku makan masa kua lunch, along perihal labwork PHD dia yang tak habis-habis tu, muka pucat-pcat tak sempat pakai make up, ateh update lauk apa masak hari ni. Update cerita anak-anak, cerita pergi pasar, cerita makin hari makin gemok. Benda-benda camtulah.


Since sekarang yang paling jauh cuma along aje (sejam perjalanan) memang macam-macamlah projek kitorang. Buat makan-makan, celebrate birthday anak, kadang-kadang takde projek pape pun, saje-saje datang lepak. Biasanya on weekend kalau tak kami pergi Bukit Rangin rumah along, along yang balik Kemaman jenguk mama dan adaik-adik. Sekarang ni fasa yang paling best, dah kahwin tapi masih selalu dapat berjumpa. Izzah jelah yang jauh nun di MRSM Kuala Krai sana. Takpe, kejayaan perlukan pengorbanan.

Bila aku di office, ateh update aktiviti anak-anak kat rumah. Main apa, makan apa. Lauk apa dia masak untuk nenek (biasanya nenek menu lain, anak menu lain). Bergaduh ke tak. Ada yang kepala benjol, ada yang kena gigit.








Kitorang sebenarnya teringin sangat nak buat aktiviti famili macam dulu pergi Cameron Highlands ramai-ramai, buat Family Day ke, buat aktiviti kat pantai, pergi jalan-jalan Kuantan tengok wayang, main bowling ke. Tapi dengan anak-anak yang semua masih kecil ni macam hampir mustahil. Bayangkanlah, cucu mama ada 9 orang tapi yang paling sulung baru 6 tahun.
Muhammad Ammar Faris - 6 tahun
Muhammad Adam Falahuddin & Muhammad Ummar Rifqi - 4 tahun
Puteri Nuraisya Humaira & Nur Sufi Amani - 3 tahun
Tengku Arissa Fathiah - 2 tahun
Muhammad Luqman & Tengku Ahmad Harith Azhar - 1 tahun
Muhammad Elyas - 4 bulan 
Memang idok le teman nak bawak bebudak ni pergi jalan-jalan kalau gini gaya punya ramai. Nasib baik kami ada ramai pari-pari. Kalau sebelah abang Man ada ramai adik-adik dia yang perempuan tolong tengokkan budak. Sebelah B pun ada ramai adik-adik boleh tolong jagakan. Tapi kalau kami-kami aje, baik tak usah. Since sekarang tak ada siapa dah planning nak tambah ahli keluarga baru, next 2 years bolehla kami planning nak jalan-jalan makan angin. Tak sabar tunggu anak-anak besar sikit.
Tapi kalau lagi 2 tahun ada yang mengandung lagi, tak dapek den nak nolong eh.

Al-Kahfi (Ayat 1-10)

Salam Awal Muharam
Waktu abah meninggal dunia, antara perkara yang paling aku terkilan ialah masih belum hafal 10 ayat  dari Surah Al-Kahfi. Masa hayatnya antara soalan yang paling sering ditanya ialah:-
Angah dah hafal 10 ayat Surah Al-Kahfi?
Dan setiap kali itu juga aku jawab, BELUM. Pengajaran yang mahal buat aku. Janganlah selalu bertangguh-tangguh atas perkara kebaikan. Memang aku ada niat nak hafal, dah bila sudah hafal aku teringin nak baca depan abah, biar abah dengar. Sekarang dah terlambat untuk bagi abah dengar, tapi belum terlambat untuk hafal dan amalkan. Aku tak nak sempat aku mati dulu, itu baru betul dah ‘terlambat’ langsung. Aku degil betul dulu. Almost semua orang dalam family dah hafal kecuali aku.
Fadhilat paling besar 10 ayat ini yang sering disebut-sebut ialah untuk menghindari fitnah Dajjal. Dajjal yang sebenar itu di mana, bagaimana, dan bila keluarnya aku tak tahu. Kena bertanya pada yang lebih arif. Tapi dunia hari ini bunga-bunga fitnah dan ‘dajjal-dajjal junior’ itu memang sudah banyak bertebaran di mana-mana.
Aku gunakan peluang bercuti 3 bulan (cuti melahirkan Elyas) untuk menghafal. Sebaik sahaja suci, aku mulakan hafalan. Dan sekarang di tempat kerja, aku ulang baca sebanyak-banyaknya untuk melancarkan bacaan.
Kebelakangan ini syarikat aku berkerja Lynas Malaysia pula terkena tempias fitnah ‘dajjal-dajjal kecil’ ini. Mereka cuba menafikan periuk nasi kami demi kepentingan politik mereka. Seperti yang semua sedia maklum, satu jawatankuasa telah dilantik bagi menyiasat operasi kilang Lynas dan orang yang mengetuai jawatankuasa ini ialah orang yang sekian lama bersikap anti-lynas. Ayat ini senjata aku. Perjuangan kecil aku demi 600 pekerja yang mencari sesuap nasi di sini. Allah lebih tahu. Semoga akhirnya kemenangan berpihak pada kami. Amin.
Pic Source

Rahsia Wanita - Lactacyd Feminine Wash

Assalamualaikum mommies.
Hari ni kita nak share dengan awak semua apa yang ada dalam handbag kita. Ala-ala macam wartawan terjah handbag artis tu. Walaupun korang tak teringin nak tengok tapi aku tetap nak tunjuk gak. Hahah. Ini handbag yang bawak pergi office tau. Bukan bag serbaguna yang bawak time keluar dengan anak-anak semua. Kalau bag yang itu, dengan pampers, kain lampin, segala datuk nenek tapir dan gajah semua ada. Ok, jom tengok.
PURSE
Of course la kan. Purse ni dah 5 tahun usianya, lagi tua dari Adam. Hantaran kahwin aku dulu. Sedang berkira-kira nak tukar purse baru, tapi yang ni tak rosak apa pun lagi. Hmm, macam sayang kan.

HANDPHONE
Hp kena bawak dua-dua tau. Satu personal satu lagi company punya. Iollss kan orang penting. Kekeke.
PEN & NOTEOOK
Jenis manusia yang boleh dapat ilham pada waktu yang sangat random (eg: dalam jamban) macam aku, memang kena sentiasa ada buku nota dan pen bersama. Nanti teringat pape catat dulu sebelum lupa.
MAKE UP
Aku cuma perlu the most basic one. CC Cream (The Face Shop), Lipstik (NYX) dan celak (Maybelline). Cukuplah untuk aku touch up lepas solat di office.
LACTACYD FEMININE WASH & WIPE
Inilah topik utama yang aku nak cerita ni. Benda yang tak senang duduk kalau takde.
Lactacyd ni product global tau. Cer google, bersepah-sepah gambar dia. Aku kalau beli mesti 2 size. Satu yang besar untuk penggunaan harian di rumah dan satu size mini untuk dibawa kemana-mana.
Kita yang kategori mak-mak ni, penat macam mana sekalipun janganlah sampai kebersihan diri tu terabai. Pergi office cecantik macam Neelofa, duduk rumah macam Hantu Kak Limah. Deng! Lactacyd terdapat dalam 5 pilihan warna berbeza. Korang boleh pilih ikut preference masing-masing.





Di rumah aku pakai White Intimate (warna biru) sebab itu untuk penggunaan daily kan. Barulah cepat nampakkan kesan. Yang mini-size pulak aku prefer yang All Day Fresh (warna hijau). Yelah, bila banyak aktiviti di luar, mestilah kita nak rasa fresh dan segar selalu kan.
Lactacyd ni best sangat sebab dia lembut dan berasaskan susu. Bau pun lembut je.  As we all know, bila produk tu dijual dekat drugstore, maknanya it was dermatologically tested dan terbukti keberkesanannya.
Bercerita pasal barang harian aku, kebetulanlah pulak dua tiga hari lepas Lactacyd aku yang botol kecil dah habis. Gigihlah aku pergi mencari kat Guardian.
Itu dia. Sudah jumpa buah hati saya.
Selalunya botol besar harga dia RM28 (warna biru yang aku pakai tu mahal sikit dari yang lain) boleh tahan sebulan lebih dan yang size mini RM10. Tapi nasib aku terlalu baik pulak hari tu ada sales. Oh Tuhan, kebahagiaan apakah ini?
Ini dia. RM38 dapat 2 botol besar, 1 botol kecik dan dapat Wipes sekali. Memang dapat jimat banyak sangat. Tak apalah tak dapat warna hijau pun. Thank you Lactacyd!

Scarffeya Buat Sale!!

Assalamualaikum mommies.
Skrol skrol Ig siang tadi tengok-tengok melintas la sales Scarffeya. Aku memang dah lama gilakan baju-baju Scarffeya. Tapi selalu tak sempat sebab laku macam goreng pisang panas. Selalunya, mesti size S dah habis tinggal size yang besar-besar je. Contohnya blouse kat bawah ni. Berdarah mata tengok model ni pakai. Tapi sampai sekarang Scarffeya tak restock balik. Pants pun diorang tak restock. Wuwuwu (menangis di bucu katil).
Inilah sales yang dimaksudkan. Kalau tiap kali birthday, founder dia akan buat sales macam ni, aku harap dia akan celebrate birthday 5 kali setahun. Heheh.

Baju kurung punya sales memang gila-gila punya. Sebab selalunya baju kurung Scarffeya punya harga RM200++ yang membuatkan fikir berkali-kali kalau nak beli. Tapi during sales kali ni jadi RM100++ saje. Hah, gila tak gila?
Aku dah lama mengidam baju kurung Hana ni. Sejak mula-mula diorang release teaser kat IG lagi aku dah save sebab nak beli. Sekali baju yang baru release pun diorang buat sales sekali. Dan hari sales nya pulak jatuh di hari gajiku yang mulia ini yakni 27hb. Maka dengan rakusnya aku pejamkan mata transfer duit untuk beli dua pasang yang cantik menarik tertarik kau memang da bomb nih. Hampeh betul Scarffeya, lari bajet la aku bulan nih. Sape suruh buat baju cantik-cantik sangat hah?

Nanti bila dah sampai kita pakai dan buat OOTD ye. Hikhik.

Update: Barang kita dah sampai pada 1 Oktober. Waah, tak sabar nak try.

Warna Najis Bayi

Assalamualaikum mommies.
Kalau dah namanya ibu tu kan, daripada nama baby, makanan baby, pakaian baby, pe'el baby sampai ke perihal u'uk baby pun nak share. Memanglah nampak macam ko dah apehal pasal taik pun nak cerita kan. Tapi ini sangat penting ya ibu-ibu.
Dulu, masa Luqman kena radang usus akibat jangkitan kuman, kami kesan daripada darah dalam diapers bila dia poopoo. Tak ada simptom lain pun. Masa tu baby 5 bulan. Tak menangis, tak demam, cuma macam meneran kurang selesa masa tengah berak. Tak ada simptom lain. Mujurlah kami cepat ke hospital. Doktor cakap kalau lambat boleh menyebabkan sepsis dan kematian. Nauzubillah. Mujurlah Allah masih mahu pinjamkan Luqman pada kami.
Jadi sesiapa yang rasa hal taik ni benda remeh-temeh, sila berubah fikiran sekarang.
Bulan lepas, lebih kurang seminggu sebelum masuk kerja Elyas pulak kena cirit-birit. Sebagai ibu anak empat, aku taklah gelabah tak tentu pasal kan sebab dah biasa. Tapi aku monitor la keadaan dia kalau getting worse to aku akan cepat-cepat bawak ke klinik. Tapi sebab Elyas menyusu macam biasa, pastu dia punya cirit-birit macam on off itu yang asyik bertangguh. Bila kita dah ready nak bawak gi klinik, dia berak ok. Kita ingatkan dah baik dan tak jadi ke klinik. Then, esok jadi balik.
Lagi satu, aku terkejut tengok poop dia kaler hijau terang. Aku pun terus snap gambar, send kat group sista (group aku, along & ateh). Tak sampai hati pulak nak taruk gambarnya kat sini. Hehe. Along rileks je cakap
normal je ni angah. Angah kena menyusu dua-dua belah.
Aku ingat kalau keadaan tu berpanjangan aku nak bawak baby pergi klinik. Tapi sebelum tu aku take initiative google dulu pasal najis warna hijau ni. Banyak jugaklah aku jumpa info berguna. Untuk nak senang faham, korang boleh refer gambar ni. 

Pic Source
Daripada website2 related to baby and parenting yang aku baca, aku dapat tau najis baby warna hijau ni selalu berlaku kalau ibu tu susunya meriah. Baby dah kenyang dan berhenti menyusu sebelum ibu dapat kosongkan breast. 
Kejadian Allah yang Maha Kuasa ni terlalu menakjubkan. Susu awal @ foremilk yang baby minum masa mula-mula menyusu lebih cair teksturnya untuk menghilangkan dahaga dia. Susu akhir @ hindmilk yang baby dapat bila breast hampir kosong pulak lebih berlemak, tinggi kalori dan pekat supaya baby rasa kenyang. Subhanallah.
Kalau ibu menyusu dan mengosongkan payudara, najis baby akan berwana kuning yang elok. Baby yang tak dapat hindmilk (susu akhir yang pekat) pulak, najisnya akan berwana hijau cerah. Jadi petuanya, bila menyusu tu make sure breast betul-betul kosong sebelum beralih ke breast yang sebelah lagi.
Which means, apa yang orang-orang tua selalu bagitau aku selama ni salahla, dan pemahaman aku tentang bf pun belum complete lagi. Sebab orang tua-tua kan selalu suruh bf gilir-gilir kedua-dua belah. Kalau asyik gilir-gilir camtu, payahlah baby nak dapatkan hindmilk.
Mitos: Sebelah breast susu cair untuk hilangkan dahaga, sebelah breast lagi susu pekat untuk baby kenyang. 
Fakta: Foremilk (susu awal) lebih cair untuk hilangkan dahaga, hindmilk (susu akhir) lebih pekat untuk mengenyangkan
Haa. Sekarang dah fahamkan? Aku harap ibu-ibu yang nampak najis anak tu warna hijau janganlah bimbang sangat. Cuba cara yang aku cakap tu. Bila aku try, memang menjadi. Slowly, baby poopoo warna kuning semula. Harap korang fahamlah penerangan aku tu. Tak reti dah nak terangkan cara lagi simple. Huhu. 
Ok, goodnite mommies. Harap ini membantu. Nak tengok Legends of the Blue Sea jap, pastu nak tido.

Forever Living - Kepentingan Ambil Extra Suppliment

Assalamualaikum mommies.
Boleh tak share umur korang? Berapa orang anak?
Aku 31.
Anak empat orang.
Siang berkerja di chemical plant, malam seorang ibu dan housewife. Lifestyle, memang tak sihat. Tercongok depan laptop sepanjang hari dan takde senaman langsung. Berjalan pun dari car park ke office (boleh kira jugak ke ni) je. Kalau di rumah tu barulah banyak sikit bergerak. Mandikan anak, bancuh susu, kemas rumah, duk melayan karenah budak-budak itu ini, duduk bangun, duduk bangun. Tapi itu semua dah jadi rutin harian kan, so tak terasa sangat pun. Tak boleh dikira bersenam. Keluar peluh pun tidak.
Seiring dengan pertambahan usia aku dapat rasa kesihatan macam makin merosot. Kalau muda-muda dulu (masa umur 20an) lama-lama sekali baru jumpa demam. Batuk selsema tu lagilah jarang-jarang. Sekarang mudah aje nak kena. Selalunya aku demam bila berada kat tempat berhabuk. Sebab habuk akan trigger aku punya Sinusitis dan aku pun mulalah bersin. Bila dah lama sangat bersin mulalah rasa macam nak demam pulak. Panas je badan, kepala pun berdenyut-denyut.
Asyik bersin, kepala pun sakit. Pic source
Itu dari aspek daya ketahanan tubuh. Dari segi pemakanan pun sama. Dulu bak kata orang tua-tua, makan gajah rimau pun takde hal. Sekarang? Ambil minuman berkafein sakit kepala. Minum air kelapa sakit urat saraf sampai tak boleh tidur. Minum air batu sakit badan. Makan nangka dan terung datang angin kus kus, ehehe. Sekarang aku memang tak boleh sentuh langsung kebanyakan ‘processed food’ yang frozen, contohnya macam nugget dan sosej tu. Terus gatal mata, rasa macam mencucuk-cucuk. Kalau beli kebab (sebab diorang guna frozen meat) belum sempat habiskan sebiji dah start gatal mata. Sampai macam tu sekali teruknya. Makanan tu belum sampai ke perut lagi kata orang tapi dah trigger alahan aku.
Dah lama melupakan frozen food camni. Pic source
Kalau dari segi endurance pulak jangan ceritalah. Zaman study dulu aku selambe je 10 round UITM punya padang kawad tu. Lari ramai-ramai siap menyanyi lagi (rindu weh zaman Komander Kesatria). Boleh dikatakan itu fasa paling fit dalam hidup aku. Masa tu umur lebih kurang 19-21 tahun. Kalau swimming tu aku boleh rally 1km (20 lap ulang-alik) non-stop. Tapi tak speeding la, layan jek. Lagi satu aku perasan yang aku macam dah tak larat berjaga malam. Kalau tidur tak cukup 6-7 jam, esoknya tu memang akan flat terus. Dulu-dulu toksah cerita la. Whole night berjaga pun takde benda. Kalau berjaga tu study ke, buat assignment ke, semayang tahajud ke baguslah jugak. Ni, marathon tengok citer Korea. Krik. Krik.
Salah satu cerita yang duk layan sampai tak tdo malam kat UITM dulu. Sebab running man, Song Ji Hyo dah femes giler sekarang. Pic Source
Tapi itu semua cerita lama. Menyedari aku dah tak sekuat dulu, terpaksalah aku cari alternatif untuk cergaskan balik diri aku ni, tingkatkan daya tahan penyakit aku. Aku ada jugak buat senaman ringkas kat rumah, sambil layan anak-anak tengok tv. Aku buat plank & sit up. Bukak video Zumba, aku layan joget dengan anak-anak aku, hihi. Tapi nak bersenam yang proper tu memang takde masa la. Anak empat kot. Kau rasa?
Selain tu, aku pun dah mula amik supplement untuk kecergasan dan kesihatan dalaman. Dan pilihan aku, haruslah produk global yang dah famous seantero dunia. Huhu. Ini dia……….
Forever Living
Untuk permulaan ni aku nak try Aloe Vera Gel dengan Vitamin C ni dulu.
Dapat bag comel ni. Sparkling silver gitew.
Aku teringat pernah baca satu quote dari Prof. Dr. Muhaya. Kita kena invest juga walaupun sedikit untuk makanan kesihatan. Terpulanglah kalau tak mau ambil supplement, mungkin boleh cuba makan makanan Sunnah, banyak makan buah-buahan ke, bancuh air Detox ke. Sukati koranglah. Tubuh badan yang sihat penting untuk hidup yang gembira dan berkualiti. Sebab tu tak rugi keluar duit sikit beli makanan kesihatan. Sebab bila dah sakit, lagi berganda-ganda banyaknya duit yang diperlukan untuk merawat penyakit tu, betul tak? Tapi pilihlah produk yang betul-betul berkualiti ye.
Aku nak cuba consume dulu Forever Absorbent Vit C dan Aloe Vera ni. Nanti kalau aku dapat rasa apa-apa perubahan yang positif aku akan update lagi ikat sini.
Vitamin C tinggalkan di office supaya tak lupa makan.

My First Ariani

It's true. 
I never have an Ariani or Fareeda before. Nealofar ada sehelai. Itupun B suruh beli sebab nak ambik hati kawan dia yang baru bukak Butik Nealofar dekat Kuantan City Mall. Baru pakai sekali masa Raya Haji. Aku beli beberapa hari sebelum Elyas lahir. Sempat lagi dalam sarat-sarat tu merayau shopping barang baby dekat KCM. 
Aku memang limitkan harga tudung aku tak lebih RM30 sehelai. Huhu. Bapaknye kedekut kan. Sebab tu dalam almari aku tak ada Ariani, Fareeda, Nealofar, Radiusite, Sugarscarf dan benda alah apa lagi namanya. 
Tapi baru ni along datang rumah. Dia bagi sehelai Ariani, baru pakai sekali masa raya katanya. Dah tak nak, dia bagi aku. Cantik warna + lembut je kainnya. Aku pakai hari ni pergi kerja. 
Ok tak aku pakai Ariani?
P/s: Aku tak pakai jenama-jenama di atas bukan sebab boikot ke, sabotaj ke apa, sebab mahal je. Sebab nak jimat. Takde nak memburukkan produk siapa-siapa. Rezeki masing-masing kan.
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol