Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Al-Kahfi (Ayat 1-10)

Salam Awal Muharam
Waktu abah meninggal dunia, antara perkara yang paling aku terkilan ialah masih belum hafal 10 ayat  dari Surah Al-Kahfi. Masa hayatnya antara soalan yang paling sering ditanya ialah:-
Angah dah hafal 10 ayat Surah Al-Kahfi?
Dan setiap kali itu juga aku jawab, BELUM. Pengajaran yang mahal buat aku. Janganlah selalu bertangguh-tangguh atas perkara kebaikan. Memang aku ada niat nak hafal, dah bila sudah hafal aku teringin nak baca depan abah, biar abah dengar. Sekarang dah terlambat untuk bagi abah dengar, tapi belum terlambat untuk hafal dan amalkan. Aku tak nak sempat aku mati dulu, itu baru betul dah ‘terlambat’ langsung. Aku degil betul dulu. Almost semua orang dalam family dah hafal kecuali aku.
Fadhilat paling besar 10 ayat ini yang sering disebut-sebut ialah untuk menghindari fitnah Dajjal. Dajjal yang sebenar itu di mana, bagaimana, dan bila keluarnya aku tak tahu. Kena bertanya pada yang lebih arif. Tapi dunia hari ini bunga-bunga fitnah dan ‘dajjal-dajjal junior’ itu memang sudah banyak bertebaran di mana-mana.
Aku gunakan peluang bercuti 3 bulan (cuti melahirkan Elyas) untuk menghafal. Sebaik sahaja suci, aku mulakan hafalan. Dan sekarang di tempat kerja, aku ulang baca sebanyak-banyaknya untuk melancarkan bacaan.
Kebelakangan ini syarikat aku berkerja Lynas Malaysia pula terkena tempias fitnah ‘dajjal-dajjal kecil’ ini. Mereka cuba menafikan periuk nasi kami demi kepentingan politik mereka. Seperti yang semua sedia maklum, satu jawatankuasa telah dilantik bagi menyiasat operasi kilang Lynas dan orang yang mengetuai jawatankuasa ini ialah orang yang sekian lama bersikap anti-lynas. Ayat ini senjata aku. Perjuangan kecil aku demi 600 pekerja yang mencari sesuap nasi di sini. Allah lebih tahu. Semoga akhirnya kemenangan berpihak pada kami. Amin.
Pic Source

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol