Adam tak biasa bangun awal. Biasa bangun kol 9. Pastu sengih-sengih mintak dukung. Pagi ni hamekaw, pukul 5.45 dia bangun. Ok la, at least dia kejut mama dia Subuh. Semalam, B start cuti seminggu sampai Ahad ni. Cuti ganti sebab hari cuti ritu dia kena pergi training.
Walaupun tak dapat kemas kain baju seperti yang aku planning pagi ni, tapi pagi-pagi dapat jalan-jalan sedut udara pagi dengan B dan Adam, aku suka.
B punya teori, pagi-pagi kalau pernafasan anak macam sangkut-sangkut, hidung tersumbat, kita bawak dia keluar sedut udara segar pagi. InsyaAllah dia macam lega sikit. Macam aku yang ada resdung ni pun, duk hasyum, hasyum tiap pagi, keluar rumah tengah pagi yang membeku tu, terus ok.
Sedut udara pagi yang segar katanya. |
Sunrise depan rumah kami. |
Lepas tu, jalan kaki tiga beranak pergi rumah aki minum pagi. Mabeless!!
No comments:
Post a Comment