Assalamualaikum.
Tahukah korang, tiap-tiap hari yang berlalu aku akan asyik terfikir
Haish, hari ni tak update blog pun
Pastu rasa rugi sebab tiap-tiap hari ada banyak benda nak cerita tapi tak dapat nak cerita dek kerana kekangan masa. Tahukah korang benda yang aku rasa menarik nak share dengan korang (tapi belum ada masa nak taip) aku akan simpan dalam kepala aku macam temporary memory dan keluarkan bila aku dah publish cerita tu kat sini. So, boleh tak korang bayangkan betapa semaknye kepala aku dengan cerita yang aku belum tulis? Dan betapa lega kepala otak aku bila cerita tu dah keluar dari fikiran aku ni. Sebab tu aku kalau boleh hari-hari nak publish entri. Kurang sket semak kepala aku ni.
Oklah, tinggalkan aku punya merepek merapu pukul 3pg ni. Ni pun aku bangun sebab susukan Adam. This time aku nak cerita pasal latest punya barang aku beli untuk Adam. Barang ni crucial sebab masa beli tu tinggal seminggu lagi nak start keje.
Tadaaa!!! Ni rocker dan carseat Adam. Nanti on weekdays tiap-tiap pagi kena hantar Adam rumah aki dan nekma dia. Wajiblah kena ada carseat kan. Aku beli yang bajet je, RM109 carseat untuk baby. Nanti Adam dah pandai duduk, kena beli lain ar. Brand Sweet Cherry.
Car seat untuk baby. 0-8kg. |
Lagi satu rocker. Kesian Ummar Rifqi, Adam asyik tido atas rocking chair dia jadi aku belikan yang lain untuk Adam.
Sangat comfy dan besar. Harga RM399, tapi lepas less dapat RM190. Ske, ske ske!!! |
Ada vibrator function,dengan muzik skali. |
Alhamdulillah, Adam suka dan mau duduk dalam rocker ni. Sampai tertidur dalam tu. Yelah, buatnye nangis takmau duduk atas ni, nak cakap ape? Redha jela, hihi.
Selesa tau duk dalam ni. |
Yes, any problem? |
Yang bestnye, Ammar Faris pulak excited lebih-lebih dengan rocker Adam ni. Dia duk bukak tutup top cover, main mainan yang tergantung tu, pastu duk tekan-tekan button muzik. Comel sangat, haih. Nak larang pun tak sampai hati tau. Aku sangat-sangat puas hati dengan rocker ni. Dahlah aku dapat harga murah, ada vibrator dengan 2 different speed. Ada 3 jenis lagu. Ada penutup dan ada mainan tergantung jugak.
At the end of the day, both Adam dengan Ummar boleh tito sama-sama. So, it's a worth buy and everybody's happy.
No comments:
Post a Comment