DIARI HARI INI.
SUAMI : Hari ni kerja pagi. Pukul 5.45 pagi dah keluar, tinggalkan tilam yang empuk, tinggalkan pelukan hangat sang isteri, cari rezeki untuk anak bini. Sempat kucup pipi si anak buat ubat rindu sepanjang hari. Motivasi sang ayah agar rajin berkerja.
Gambar sekadar hiasan. Hihi. |
IBU DAN ADIK : Ikut rombongan cik kiah ke Kelantan sejak malam semalam. Katanya, nak ke Pangkalan Kubu, Wakaf Che Yeh dan Rantau Panjang. Wahh, shopping sakan korang ye. Have a safe journey y'll.
Selfie sgt korang kan. Bibik2ku, cepatlah balik.. T__T |
ANAK: Main seharian. Sikit pun tak mau tidur. Meraikan esok cukup 2 bulan umurnya barangkali.
Cerita kat tv sikit punya sedih, dia boleh bantai gelak. Oh my Adam. |
AKU: tak jadi satu kerja pun duk melayan si anak. Tak mandi, tak makan. Selalunya ada orang boleh tengokkan Adam while si ibu enjoy her precious personal time. Masa itulah nak mandi, nak makan, nak berak. Haih.
ABANG TEH DAN AKU: Hari ni abang teh je ada di rumah. Abang teh yang masak. Can you believe me? Abang teh masak for me, siap hidangkan nasi, lauk dan masa tengah makan tu tolong hayun rocking chair Adam. Segan sangat abang teh yang masak. Supposed to be me yang masak. By the way, his cooking was not bad. Boleh makan, sedap jugak. Kenyanglah jugak. Siap bagi pesanan lagi,
Angah kena makan banyak. Adam tu menyusu tak berenti.
SUAMI DAN ANAK: Bila si ayah balik petangnya, barulah si anak tidur lena. In fact, tak pernah tidur sampai selama ni. Lepas mandi petang, sampai pukul 1.42 pagi ni. Terpaksa kejut minum susu. Penat main mungkin. Atau tak mau tambahkan penat si ayah.
Almost 8 hours. It's a record. Tidurlah sayang. Esok main dengan mama lagi. |
Bila dah mula merengek, aktiviti si ibu tergendala lagi.
Apa nak buat, si anak dan si ayahlah dunia si ibu sekarang.
No comments:
Post a Comment