Semalam En. Nabil dari Bank Islam kol. Loan rumah kami dah lulus. Petang semalam aku dan B pergi sign offer letter. Perjuangan nak dapatkan rumah ni sangat dahsyat. Kami dah usahakan sejak tahun lepas lagi. Aku siap berencana nak sambut Adam dan berpantang di rumah baru. Tapi tulah, perancangan Allah S.W.T mengatasi segalanya.
Allah dah tetapkan, dalam pertembungan abah yang nak renovate rumah, ateh menyewa rumah baru, aku dan along yang tak ada tempat nak berpantang (bagi yang tak tau, along sedang berpantang lepas melahirkan anak kedua, dan aku baru selesai berpantang anak sulung, Adam) siapa sangka kami akan tinggal sebumbung, duduk serumah adik-beradik macam dulu-dulu masa kami masih kecil. Padahal sekarang, masing-masing dah bersuami, dah jadi ibu orang pun. Meriah jadinya. Abah dan mama pulak hari-hari datang melawat kami. Jadi terbalik.
Berbalik pada cerita rumah baru kami, aku nak terima kasih banyak-banyak pada B yang bertungkus-lumus sampai pinjaman kami diluluskan bank. Aku selalu fikir, apalah hikmah disebalik struggle kami nak dapatkan rumah ni. Naik gila fikir dekat setengah tahun baru loan kami lulus. Tengok-tengok, Allah nak bagi peluang aku merasa tinggal serumah dengan along dan ateh (mungkin buat kali terakhir, siapa tahu). Dah la macam tu, settle je beli semua barang kelengkapan Adam, hari yang sama En. Nabil kol B cakap loan kami dah lulus. Maha Suci Allah!!! Bayangkanlah kalau tengah-tengah banyak nak pakai cash nak prepare untuk bersalin, nak beli kelengkapan baby, tiba-tiba dah start kena bayar rumah.
Sekarang ni sangat terkesan dengan kata-kata: dan apabila Allah tidak memakbulkan permintaanmu, bukanlah bererti Dia tidak mendengar kamu. Tetapi Allah hanya akan memberikan sesuatu sesuai dengan kemampuan kita dan pada masa yang sesuai juga. Ketahuilah bahawa redah Allah S.W.T itu mendahului kemurkaanNya. Sesungguhnya Allah lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Inilah bakal rumah baru kani =) |
Memang jadi impian aku dan B selama ni untuk sediakan tempat berlindung yang selesa untuk anak-anak kami. Tak sabar nak tengok Adam berlari-lari, kayuh basikal, kacau B basuh kereta kat halaman rumah nanti. Verangan much?
Kami memang cari rumah yang ada halaman rumah, supaya kami ada tanah, ada ruang untuk pokok-pokok bunga B, ada ruang untuk pokok limau kasturi, cili padi, serai, halia aku. Ecece. Abah pun dah chup awal-awal "kalau angah dan abang ngah dapat kunci rumah nanti, ajak abah pergi ye. Abah nak tanam pokok ceri depan rumah kamu". Ya Allah, abahlah orang pertama yang kami akan bawak tengok rumah bila kami dah dapat kunci nanti. Sangat excited nak masuk rumah baru ni.
Semua impian ini untukmu anak. |
No comments:
Post a Comment