Ammar & Ummar Kena Chickenpox

Assalamualaikum mommies.
 Latest from Puncak Alam. Ammar dan Ummar kena Chickenpox pulak. Berjangkit dengan budak-budak dekat taska. Allahurabbi. Terkejut bila along hantar gambar whatsapp. Aki dengan nenek tak payah cakaplah. Punyalah bimbang. Ummar boleh tahan lagi, nampak kuat. Masih boleh senyum-senyum. Ammar teruk sangat. Sampai badan pun susut giler, penuh chickenpox satu badan. Mungki antibodi badan dia tak kuat kot nak banding dengan Ummar, sebab Ummar menyusu badan. Teringat dulu-dulu masa kena chickenpox. Along naik dua, tiga ketul aje. Itu pun cuma dekat tapak tangan. Aku pulak penuh satu badan sampai nak masuk dalam mata. Daya ketahanan badan tiap-tiap orang tu tak sama, walaupun kita ni adik-beradik.

Allahurabbi Faris, mommy risau tengok Faris.

Pikipiki, tak sihat pun boleh senyum lagi.

Mommy doa dengan Allah S.W.T mintak cepat-cepat sembuhkan anak-anak syurga mommy berdua ni. Ammar dengan Ummar kuat, mommy tahu. Kalau mommy ada transport, rasa macam sekarang jugak nak pergi melawat Faris dengan Pikipiki. Apakan daya.
Along cakap, along terpaksa angkut Faris pergi kerja. Tak ada choice. Bila kena penyakit berjangkit macam ni, tak boleh nak hantar anak pergi taska. Diorang tak terima sebab takut terjangkit dekat budak lain. Nak tak nak along angkut sekali Faris masuk dewan kuliah. Along banyakkan sabar ye. Ada hikmah di sebalik kejadian. Along ibu yang sangat tabah, itu angah pasti. In shaa Allah, ada ganjaran sedang menanti. Tabahlah. Angah kirim doa tulus ikhlas dari jauh.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol